ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday 20 March 2015

PENILAIAN SEMULA KISAH HUDUD PAS.

PENILAIAN SEMULA HUDUD PAS.

Apabila tiba sahaja musim pilihanraya maka PAS mula mencanang isu basi mereka iaitu Hudud PAS. Lagu UMNO menolak hudud akan didendangkan sekuat yang mungkin. Namun rakyat sudah mula sedar bahawa UMNO tidak pernah menolak hukum Hudud Allah s.w.t. UMNO hanyalah menolak hudud PAS yang ternyata sesat sesesat sesatnya dalam menjaga akidah dan pegangan umat Islam kerana hanya UMNO sahaja yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan maruah umat Islam.



Mari kita imbas kembali janji kerajaan PAS Kelantan yang mahu melaksanakan hudud sebaik sahaja berjaya merampas Kelantan dari tangan UMNO.Perlu kita ingat setelah berpuluh tahun PAS memerintah Kelantan, sekelumit hudud pun tidak dapat mereka laksanakan.



Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Rupa-rupanya setakat itu sahaja proses hudud mereka. Janji untuk melaksanakan hudud adalah janji-janji palsu sebagaimana janji-janji pilihanraya pakatan yang lain. Sehingga kini ada terdapat tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.



Satu tamparan yang hebat kepada retorik hudud PAS apabila Sultan Brunei mengumumkan perlaksanaan hukuman hudud di Brunei , termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Ianya merupakan satu langkah yang cukup bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di Brunei.


Isu kesesatan yang paling ketara dalam hudud PAS adalah isu perlantikkan hakim bukan Islam pun boleh jadi hakim dalam enakmen hudud PAS. Manakala dalam isu qazaf, empat saksi pula sekiranya empat saksi beri keterangan betul ada berlaku zina maka akan jatuh hukum. Akan tetapi sekiranya tiba-tiba salah seorang saksi itu tarik diri, maka ketiga orang tadi itu akan dihukum pula.



Namun persoalan yang paling penting adalah kesalahan yang terlalu banyak yang bercanggah dengan Islam dalam hudud PAS. Isu liwat dalam – seksyen 14 hudud PAS – liwat. Tafsiran liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur selain daripada isterinya, maknanya kata kalau seorang lelaki, suami main dubur isteri dia itu tidak liwat dalam ‘hudud PAS’ ini. Ini merupakan antara kesesatan yang nyata yang wajib ditolak oleh seluruh umat Islam.



Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan bercanggah dengan hukum hudud Allah di mana banyak perkara yang perlu diperbetulkan yang sesuai dengan al-Quran, hadis-hadis, pendapat juga ulama dan mazhab Imam Syafii kerana di antaranya diperjelaskan tidak terdapat dalam elemen tersebut contoh 21 mengikut fasal 10(1) enakmen PAS watissubahah sahaja yang dikecualikan daripada zina. Manakala rogol, zina paksa tidak dikecualikan. Apakah wanita yang mengaku dirogol boleh dihukum hudud sedangkan ia dipaksa berzina?


Enakmen Hudud Hisab dan Ta’zir PAS ini ia bukannya daripada undang-undang Islam yang sebenarnya. Mukalaf mesti 18 tahun itu amat jelas bertentangan dengan Islam. Begitu juga Hudud PAS yang membenarkan liwat isteri bukan liwat jelas dan nyata bercanggah sama sekali dengan Islam. Enakmen Hudud PAS ini pun bukan hudud yang dibawa oleh Rasulullah.



Ini merupakan antara sebab utama Tun Dr. Mahathir Mohamad hudud PAS yang amat jelas bercanggah dengan hudud Islam. Percanggahan yang cukup jelas isteri dibenarkan boleh diliwat, mukalafnya 18 tahun. Betapa jahat dan busuk hatinya PAS apabila Tun Dr. Mahathir telah dituduh menolak hudud sedangkan Tun hanya menolak hudud PAS yang sesat. Tun tidak pernah menolak hudud Allah.



Namun begitu dengan sikap dan mentaliti yang cukup rendah PAS terus menuduh UMNO menolak hudud Allah walaupun hakikatnya UMNO tidak pernah menolak hudud Allah. UMNO hanya menolak hudud PAS yang sesat. Oleh itu, rakan-rakan semua mempunyai tanggungjawab yang cukub besar untuk membetulkan semula fitnah yang telah disebarkan oleh PAS supaya semua rakyat dapat membuat pilihan yang betul dan bijak dalam pilihanraya yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...