Asas-asas Islam: Hakikat Kufur
HAKIKAT KUFUR
Kufur ini asal perkataan nya kafara - maknanya tertutup. Yang penting, kenapa kena tahu: Sebab kalau kita nak faham islam, kita kena faham apakah benda yang selain islam. Kalau kita tak tahu hitam, kita tak tahu putih, kalau kita tak tahu tinggi, kita tak tahu rendah. Kalau kita tak tahu gemok, kita tak tahu kurus, kalau kita tak tahu lawan, tak tahu betul. Kalau kita nak tahu pendek, kita kena tahu panjang.
Lawan kepada islam ialah kufur, jadi kena tahu kufur.
Saidina Umar ra;
Sesungguhnya akan tercabut ikatan islam ini satu ungkai demi satu ungkai (seolah-olah ikatan yang kukuh tercabut) apabila lahir dalam islam ini, orang-orang yang tidak mengenal jahiliyah.
Jadi, kena kenal jahiliyah, supaya tahu borderline islam. Kita kena kenal yang salah supaya kita tak tertipu. Kita belajar tentang islam dan juga tahu apa yang bukan islam. Allah SWT jadikan dalam dunia ini benda yang baik dan jahat, maka kita peru kenali kedua-dua nya. Dalam Al Quran, Allah cerita sifat orang beriman, dan ada juga sifat-sifat orang kufur (orang kafir/jahat).
Orang yang berpegang kepada islam - muslim. Yang kufur - kafir.
Jadi apakah hakikat kufur?
Hakikat islam
Dalam diri manusia ada dua islam;
islam ikhtiari (islam secara pilihan)
islam ijtibari (islam secara rela/paksa)
Semua manusia adalah muslim dari sudut fitrahnya.
Hadith Nabi saw: Semua anak-anak dilahirkan adalah diatas fitrah.
Semasa kita dialam arwah dahulu, Allah dah kumpulkan kita dan bertanya;
Alas tu bi rabbi kum?
Manusia menjawab;
Bala Syahidna
Maknanya, bila manusia lahir ke bumi, dia telah suci kerana telah menyaksikan Allah sebagai Rabb mereka. Ibu bapanyalah yang akan dia sebagai, Majusi atau Nasrani (Hadith Nabi SAW). So, kita tengok, selepas manusia lahir ke bumi, apa yang ada disekelilingnya lah yang akan jadikan manusia itu kafir atau islam.
Bila sebut kufur, kufur ada banyak jenis;
Kufur I'tiqad
Kufur Nikmat (mungkin biasa dengar)
Kufur nikmat ini bila Allah bagi nikmat kita tak gunakan dengan betul.
Kufur yang kita nak cerita disini ialah kufur i'tiqad. Bila kita kufur i'tiqad, iaitu dia dah janji dengan Allah pada alam arwah, then bila lahir ke bumi, dia kufur pula (lari dari fitrah dia).
Kufur = tertutup. Bila kita tutup majlis, kita panggil tasbih kifarah, bukan tasbih tutup majlis, tapi untuk menutup maksiat yang mungkin terlaku dalam sesuatu majlis. Kufur dipanggil tertutup kerana ia telah melindungkan fitrah.
Manusia ini muslim, kita tak boleh nak buangkan muslim dalam diri kita. Jadi bila kita buat something yang non-muslim - maka kita kufur (menutup muslim kita). Atau kita telah melindungkan fitrah kita. Tengok; Surah 17, ayat 67:
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
Maksudnya; jika manusia dalam keadaan cemas seperti diatas - dia mesti akan teringat pada Tuhan - Allah. Termasuklah manusia yang tidak menyembah Allah sekalipun. Kenapa? Sebab pada masa itu terbuka penutup-penutup yang menutup fitrah manusia itu. Manusia itu akan kembali pada Tuhan.
Contoh kisah Lenin, Ketua Komunis di Syria, sebelum dia mati, dia sangat sakit. Hinggakan dia tersebut; "Oh, My God". Lenin ialah seorang yang tak percayakan Tuhan.
Contoh satu lagi dalam kapal terbang yang ada manusia pelbagai fahaman, bila pramugari kata engine akan mati apa yang berlaku agak-agak? Semua orang mesti akan berdoa pada Tuhan. Sebab kain-kain yang menutup fitrah manusia akan terbuka dan manusia akan kembali pada Tuhan.
Tapi Allah kata, bila Dia telah selamatkan manusia, manusia kembali kufur atau Allah kata kafura. Kafura ni maknanya sangat-sangat kufur. Kalau dalam terjemahan, maksudnya selalu engkar, tapi maksud sebenarnya ialah -> sangat-sangat kufur. Bahawa, dia ini, asalnya, percaya pada Tuhan, tapi oleh kerana banyak nya benda dalam dunia ini, contohnya, materialisme dan sebagainya. Kerana setiap hari telinga, mata, mulut kita disumbat dengan benda-benda seperti hiburan, lagu, movie yang disebabkan fitrah kita tertutup sedikit demi sedikit.
Ada satu hadith, Nabi bersabda;
Hati manusia ni macam kain putih, dan setiap kali kita buat dosa, maka seolah-olah seperti kain hitam atas kain itu. Sehinggalah lama kelamaan, kalau kita ni sentiasa tak ingat Tuhan, kita lupa pada Allah dan tidak bertaubat, banyak sangat dosa, dia menjadi titik-titik hingga hati kita hitam legam seperti bawah periuk.
Bayangkan.....
Maksiat atau kelalaian kita akan buat hati kita tertutup dan kita takut kita mati sewaktu hati kita gelap.
Kufur ini juga ialah kejahilan dan kejahatan. Kenapa kufur ini kejahilan? Jahil ini maknanya tak memahami atau tak tahu benda yang betul. Jadi, orang-orang Mekah sebelum Nabi , dipanggil jahiliyah, kerana dia tak tahu benda yang betul.
Contoh: Dia tahu Allah ini Tuhan. Dia kenal nama Allah dan dia beri nama anaknya Abdullah. Ayah Nabi namanya Abdullah, sedangkan masa tu Nabi Muhammad SAW belum bawa islam lagi. Maknanya Abdul Mutalib, telah tahu nama Allah. Cuma dia tak kenal hakikat islam yang betul. Maka dinamakan zaman itu zaman jahiliyah, bukannya tak tahu Tuhan itu Allah.
Kita sekarang pun, kalau kita tak kenal ALlah betul-betul melalui Quran & Hadith, maka kita mungkin akan menajdi orang jahiliyah juga walaupun kita kenal nama ALlah.
Dan kemudian kufur ini ialah kejahatan kerana dia menafikan benda yang betul, benda yang bukan sebenarnya.
Wallahu'alam.
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
No comments:
Post a Comment