ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Thursday, 9 July 2015
Jangan pilih kasih dalam siasatan terhadap Najib.....Rakyat memerhati setiap tindakan
Jangan pilih kasih dalam siasatan terhadap Najib.....Rakyat memerhati setiap tindakan
SUARAKAMI 21:45 NEWS
Saya mengharapkan PDRM dan SPRM tidak bersikap pilih kasih di dalam menjalankan siasatan berhubung dengan tuduhan yang dikemukakan oleh Wall Street Journal (WSJ).
Tuduhan ini berhubung dengan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata WSJ akan disiasat bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 berhubung dengan dakwaan yang dibuat.
Saya melihat kepada setiap kenyataan yang dibuat oleh KPN dan tidak menemui sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa beliau akan turut sama menyiasat Datuk Seri Najib Razak sebagaimana dakwaan yang dikemukakan oleh WSJ bagi memastikan kesahihannya.
Sehingga ke hari ini tidak ada sebarang siasatan yang telah dijalankan ke atas Datuk Seri Najib Razak oleh pihak PDRM berhubung dengan dakwaan yang dikemukakan oleh WSJ tersebut.
Hal ini berlawanan dengan aduan yang diterima oleh PDRM berhubung dengan laporan yang dibuat ke atas Ahli Parlimen pembangkang sepertimana sebelum ini.
Pihak PDRM dilihat lebih ‘cergas’ dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk memanggil Ahli Parlimen berkenaan bagi disoal siasat.
Malah, MP Batu pernah pada bulan Mei 2015 yang lalu ditahan secara tergesa-gesa dan dilayan seperti seorang penjenayah gara-gara didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur.
Di dalam kes skandal 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak ini, mengapakah laporan yang dikeluarkan oleh WSJ pada 3hb Julai 2015 yang lalu baru disiasat barulah diserbu hari ini (8hb Julai 2015) oleh pihak PDRM? Mengapa begitu lama masa yang diambil oleh PDRM untuk bertindak di dalam kes ini?
Dalam tempoh masa lima hari ini berbagai-bagai perkara boleh berlaku dan kemungkinan besar bahan bukti yang dikehendaki telah diseludup keluar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam masa yang sama juga KPN turut memberi amaran tidak akan membiarkan sesiapa pun mendedahkan maklumat perbankan seseorang individu ataupun mana mana syarikat kerana ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi dan akan disiasat bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) atas kesalahan sabotaj ekonomi.
Persoalan yang timbul di sini mengapakah KPN beriya-iya memberi amaran kepada pihak yang membongkar maklumat kepada WSJ di dalam kes ini sedangkan pembongkaran tersebut adalah melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
Adakah amaran ini dibuat bagi tujuan menakut-nakutkan orang ramai supaya pada masa akan datang tidak ada lagi sebarang pembongkaran maklumat yang berkaitan salah laku orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan di dalam kerajaan?
Saya melihat berlaku sikap pilih kasih di dalam siasatan yang dijalankan oleh PDRM dan juga kenyataan yang dibuat apabila ianya melibatkan individu-individu tertentu yang mana di dalam kes ini adalah merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak.
SPRM dan PDRM perlu dilihat lebih berintegriti apabila mengendalikan sesuatu kes yang berprofil tinggi yang melibatkan Pegawai Tinggi Kerajaan dan tidak hanya bersungguh-sungguh membuat siasatan apabila ianya melibatkan pihak pembangkang.
Gesaan supaya siasatan dibuat ke atas Datuk Seri Najib Razak juga pernah disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menyifatkan beliau pernah berbohong mengenai status wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan disimpan di BSI Bank di Singapura.
Bukti-bukti dalam bentuk dokumen yang dikemukakan oleh WSJ dan Sarawak Report perlu dipandang serius oleh SPRM dan PDRM memandangkan ianya melibatkan maruah Negara dan memberi kesan buruk kepada ekonomi Negara yang seterusnya akan memberi impak besar kepada rakyat Malaysia.
Sebelum ini Datuk Seri Najib Razak pernah dikaitkan dengan beberapa kes berprofil tinggi seperti kontroversi pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Atlantuya. Di dalam kes tersebut, Razak Baginda bekas pembantu rapat Datuk Seri Najib Razak telah didakwa bersama-sama dengan dua orang anggota polis elit Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri yang juga merupakan pengawal peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Tetapi mengapakah Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan ataupun disoal siasat. Adakah ini menunjukkan ada kekebalan tertentu yang beliau miliki?
Adakah kekebalan Raja-Raja Melayu yang dihapuskan semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir dahulu telah berpindah kepada Datuk Seri Najib Razak pada hari ini?
Daripada situasi yang sedang kita lihat sekarang ini, saya dapat membuat rumusan bahawa kekebalan atau hak keistimewaan yang cuba dihapuskan Tun Dr Mahathir tidak pernah terhapus, tetapi cuma berpindah dari institusi Raja Raja kepada pihak eksekutif politik yang sangat berkuasa pada hari ini.
Mungkin inilah juga di antara sebab mengapa Tun Dr Mahathir sangat risau dan marah dengan keadaan politik negara pada hari ini.
Keadaan ini juga yang menyebabkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pengerusi SPRM dan Governor Bank Negara semuanya longlai dan membisu seribu bahasa. Di dalam hal ini, rakyat menjadi pemerhati dan masih menunggu jawapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment