ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday, 28 February 2015

YANG MENYATAKAN HJ HADI SESAT ADALAH ULAMA JUGA.

TUESDAY, NOVEMBER 25, 2014

Yg Menghukum Amanat Hadi Sebagai Sesat Adalah Ulama Juga

Yg menghukum Amanat Haji Hadi sebagai sesat adalah para ulama2 di Melaka yg duduk dlm Majlis Fatwa.

Kalau tak nak menentang ulama maka wajiblah kita terima fatwa tersebut dan menghukum Haji Hadi sebagai sesat

Lagipun Haji hadi yg sama juga yg tangguh hudud di Terengganu selepas diperkenan Tuanku Sultan Mizan.

Peringatan kepada puak2 yang menentang ulama. Sesiapa yang menentang para mufti adalah penentang ulama.

Termasuklah mufti Harussani.

Mereka2 yang mendokong ulama wajib menjunjung keputusan para Mufti di bawah ini

Kalau tak junjung kira kita ni memusuhi ulama macam yang digembar gemburkan oleh El Haraki dan Tok Usin Ceroiii



LEBIH JAHAT DARI IBLIS

Makhluk Yang Lebih Jahat Dari Iblis



Siapa dia sejahat-jahat makhluk..  Iblis la'natullah..? Si pembawa fitnah Al Masih Dajjal..? Atau syaitan-syaitan yang membisik kejahatan pada kita..?


Yang kat atas tu memang kita dah sedia maklum sebagai makhluk yang tercela sifat diorang, tapi ade satu lagi makhluk ni yang lebih jahat lagi dari diorang. Tahap gaban punya jahat...!! Siapa tu? 

Mereka lah para ulama' suk yang menyembunyikan kebenaran tetapi menyebarkan fitnah. Fitnah di sini bermakna kerosakan yang mereka bawa ke dalam umat akhir zaman ini. 

Kata-kata mereka amat umat percayai dan pegang bahkan melebihi dari pegangan umat terhadap kalam Penciptanya dan sunnah Rasul utusan Allah swt pada mereka.

Umat kini beriman pada ULAMA, menjadi penyembah ulama. Bukan lagi menyembah Allah azzawajal.



Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: 

Telah bersabda Rasulullah saw:“sudah hampir sampai satu masa di mana tidak tinggal lagi daripada islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada di bawah naugan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.
(hadis riwayat baihaqi)


Wallahu'alam..

CIRI-CIRI ULAMA SUK SENANG DILIHAT.

CIRI-CIRI ULAMA SUK SENANG DILIHAT DAN DINILAI.

Ulama suk atau yang diistilahkan sebagai fasik boleh kita lihat secara jelas pada akhir zaman ini. Ulama fasik yang disebut dalam hadis adalah pakej yang Allah datangkan pada akhir zaman bersama dengan ahli ibadah yang jahil. Hal ini kerana ulama pada akhir zaman tidak begitu berperanan dalam mendidik umat Islam ke arah ibadah yang betul. Hadis yang dimaksudkan ialah:

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ ، وَعُلَمَاءُ فُسَّاقٌ " . ابن حبان

Maksudnya, daripada Anas r.a dia berkata, Sabda Rasulullah: “Akan berlaku pada akhir zaman ahli ibadah yang jahil dan ahli ilmu yang fasik.” (Riwayat ibnu Hibban) Wujudnya ahli ibadah yang jahil mungkin tidak memeranjatkan kita kerana mereka menjadi jahil kerana tidak diajarkan ilmu yang betul oleh ulama atau mereka tidak mahu belajar ilmu yang betul daripada ulama.

Tetapi bagaimana dengan ulama fasik, bagaimana pula boleh wujud ulama fasik sedangkan ulama itu adalah dalam kalangan orang yang cerdik pandai Islam. Inilah yang perlu kita lihat secara tepat sekali gus mengenali ciri-ciri ulama fasik ini.

Sebelum mengenal pasti ciri-ciri ulama fasik itu, elok juga kita memahami maksud fasik. Sebenarnya fasik kalau kita sandarkan kepada seseorang bermakna dia itu mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil.

Jadi kalau ulama fasik bererti ulama itu mengekalkan dosa besar dan meremehkan dosa kecil. Bayangkan kalau ulama ini berada di dunia ini, sudah pasti akan menjadi masalah kepada masyarakat dan negara. Apa tidaknya, ulama yang mengekalkan dosa besar mengajar umat Islam, tentu ilmu itu tidak berkat atau ilmunya tidak tepat atau terseleweng.

Maka dengan sebab itu lahir ahli ibadah yang jahil. Jelas, wujudnya dua golongan ini menjadi cabaran kepada Islam akhir zaman, malah mereka inilah yang banyak mengganggu perkembangan Islam.

Rasionalnya begini, apabila pendakwah cuba mendekati para ahli ibadah yang jahil, cuba didik mereka ke arah membetulkan cara mereka melakukan ibadah, tiba-tiba datang ulama rosak ini dengan beberapa ulasan yang meremehkan ilmu yang disampaikan itu. Kesannya, mereka yang baru hendak disedarkan itu terus tawar hati dan kembali kepada asal. Ciri-ciri Ulama Fasik Secara umumnya ulama ini akan selalu menyanggah pandangan dengan apa yang dibawa oleh ulama amilin, apatah lagi suara mereka disokong oleh golongan ramai.

Walaupun secara zahirnya, kita tidak dapat membezakan antara dua golongan ulama ini di sudut pakaian dan percakapan, namun kita dapat menilai mereka melalui tindakan dan kesan daripada tindakannya.

Antara ciri-ciri ulama fasik ialah:

1.Takut untuk menyampaikan kebenaran

2.Menyembunyikan ajaran sebenar

3. Perjuangan kerana dunia yang ditawarkan

4.Cakap berbolak balik dalam sesuatu isu atau tidak berani berterus terang

5.Hasad dengki dengan yang lain Bercakap agama atas kepentingan orang lain.

Untuk mudah kita kenali ulama ini suka saya membawakan satu contoh terdekat iaitu isu perkataan Allah.

Baru-baru ini ramai ulama bercakap tentang perkataan Allah, namun tidak seorang pun sanggup menjelaskan dengan baik sesuai dengan kehendak Allah. Akhirnya orang ramai termasuk orang politik memahaminya secara tidak tepat.

Isu asalnya amat kecil iaitu memohon kebenaran menggunakan kalimat Allah bagi menggantikan perkataan God dalam bible berbahasa Melayu. Isu ini boleh selesai dengan mudah iaitu dengan menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah tidak tepat bagi menggantikan God, sebaliknya adalah lebih tepat kalau mereka menggunakan kalimat Tuhan.

Siapakah dalam kalangan ulama yang berani menjelaskan hal ini kepada orang Kristian? Kalau mereka masih berdegil mahu menggunakan perkataan itu, kita boleh tanyakan kepada mereka untuk apa digantikan Allah dalam bible Melayu sahaja? Belumpun mereka memberi alasan, boleh kita jelaskan begini, kalau bible dalam bahasa Melayu menyebut Allah sudah tentu untuk tujuan menarik perhatian orang Melayu.

Perbuatan ini adalah salah dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, maka janganlah diteruskan demi perpaduan. Adakah mana-mana ulama kerajaan yang cuba menjelaskan begitu? Jelas, tiada ulama yang berani menjelaskan begitu kepada mereka. Sebaliknya mereka mengulas bukan merujuk kepada isu sebenar.

Lalu lahirlah pelbagai pandangan yang antaranya, “siapa yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah kafir.” Pandangan ini sepatutnya bukan lahir daripada seorang ulama.

Ulama sepatutnya bukan sekadar ulas tetapi memberi ilmu kepada umat Islam termasuk pemimpin politik; “Allah adalah tuhan sekelian Alam, tuhan manusia tuhan binatang dan tuhan alam seluruhnya.” Kita wajib bertuhankan Allah tanpa syirik tanpa sekutu dengan yang lain. Inilah yang sepatutnya diulang-ulang ke telinga umat Islam. Perlu dijelaskan juga, selain orang Islam ada golongan lain yang dinamakan kafir dan ada lagi yang dinamakan musyrik, mereka ini menyengutukan Allah dengan tuhan-tuhan lain.

Sebenarnya Umat Islam juga boleh menjadi musyrik sama seperti orang yang bukan Islam jika mereka bertuhankan harta, bertuhankan pangkat dan jawatan di samping beriman dengan Allah.

Bahkan orang Kristian juga termasuk dalam golongan musyrik kerana mereka turut bertuhankan Isa dan Mariam di samping percaya kepada Allah. Selain itu kita tidak boleh nafikan agama hindu, budha dan lain-lain juga percaya kepada Allah tetapi Allah itu telah disyirikkan dengan patung dan berhala. Ilmu ini perlu dijelaskan kepada umat Islam dari sejak kecil lagi. Bahkan kalau mampu maklumkan juga kepada orang bukan Islam.

Mereka juga hendakkan maklumat yang betul. Sama ada mereka hendak terima atau tidak terserah kepada mereka. Allah yang boleh memberi hidayah kepada mereka. Kalau ilmu ini dapat dijelaskan kepada anak-anak kita, apa yang hendak dibimbangkan kalau ada risalah bible disebarkan ke sekolah-sekolah.

Mereka tidak akan terpengaruh dengan sebaran itu kerana ilmu asas sudah tertanam dalam kepala mereka. Tetapi, kalau ilmu ini tidak disampaikan kepada mereka, itulah sebabnya mengapa mereka bising dan riuh rendah degnan isu sebaran risalah itu di sekolah baru-baru ini.

Saya hairan, mengapa sukar sangat ulama kita untuk menjelaskan hal ini kepada umum. Kita takutkan siapa? Kita akur dengan larangan menggunakan beberapa perkataan khusus untuk Islam seperti yang diwartakan.

Tetapi kita tidak ada hak untuk menghalang orang lain menyembah Allah kerana Allah adalah tuhan sekelian alam. Syirik tempatnya neraka Soal mereka syirik kepada Allah tidak timbul sebab keadaan mereka telah dijelaskan dalam al-Quran. Mereka yang syirik tempatnya adalah neraka walaupun mereka beriman kepada Allah.

Malah orang Islam sendiri kalau syirik kepada Allah, nerakalah tempatnya. Tegasnya, ulama yang tidak berani menjelaskan semua ini dengan betul, maka hakikatnya mereka tergolongan dalam ulama fasik.

Bagaimana dengan anda? Marilah kita bertaubat dan kembalikan peranan kita dalam menyampaikan ilmu kepada semua pihak. Percayalah kalau ulama kita bangun nescaya anak-anak kita boleh terima dan faham tentang Allah sekali gus tidak mensyirikkan Allah. Pada masa yang sama kita boleh jelaskan kepada mereka yang bukan Islam, agar mereka faham dan kemudiannya memeluk Islam.

Inilah kerja ulama amilin. Ingatlah ulama fasik atau suk selain tidak ada tempat di sini Allah di akhirat nanti, mereka di dunia ini akan dibenci oleh orang ramai. Hal ini dijelaskan oleh hadis berikut:

عَنْ أَبي بَكْرٍ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "مَنْ يَعْمَلْ سُوءًا ، يُجْزَ بِهِ فِي الدُّنْيَا." أحمد بن حنبل

Maksudnya, daripada Abu Bakar dia berkata sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang melakukan kerja jahat akan dibalas di dunia ini lagi.” (Riwayat Ahmad ibnu Hanbal) Jadi, hentikan kerja jahat, lakukan kebaikan dan sebarkan Islam dengan penuh tanggungjawab. Kita tentu tidak sanggup dihukum Allah di dunia ini lagi. Kita tidak mahu dihina dan dicaci masyarakat kerana kita sangat perlukan masyarakat. Wallahu aklam.

MENGENALI CIRI ULAMA YANG SEBENAR.

Ahmad Tajuddin Idris al-Manhaji

Gelaran ulama adalah gelaran yang mulia di dalam Islam. Umat Islam akhir zaman tidak boleh berpedoman dalam urusan agama melainkan kena kembali dan merujuk kepada para ulama apabila inginkan fatwa bagi menyelesaikan kekeliruan dalam banyak urusan dan masalah agama.

Apakah untuk mendapat mendapat gelaran ulama perlu menduduki peperiksaan tertentu? Bila mana lulus peperiksaan tersebut maka layak mendapat kerusi ulama? Apakah gelaran ulama itu perlu mempunyai pengikut yang ramai dan pengikutnya pula memberikan gelaran itu? Atau apakah kelayakan gelaran ulama itu penampilannya sentiasa berjubah dan berserban?

Tidak kurang juga persolan yang bermain di minda kita apakah ciri-ciri seorang ulama itu mestilah belajar di universiti dan mendapat PHD? Atau yang pandai membuat lawak terhadap hukum agama dan para pendengarnya bergelak ketawa dengan penjelasannya? Atau mereka yang pandai berkata-kata dalam memanipulasi ayat al-Quran dan hadis Nabi? Dan tidak kurang juga barangkali ada sebahagian kaum muslimin menganggap seseorang yang berani menentang pemerintah, memakinya dan mendoakan kehancuran pemerintah itu dianggap ulama?

Ironinya, semua persoalan tersebut pada pemahaman sebahagian kaum muslimin dalam Negara kita hari ini beranggapan itulah ciri-ciri ulama sebenar dan merekalah yang layak dimartabatkan dengan gelaran ulama.

SIAPAKAH ULAMA SEBENAR?

Namun, Nabi saw pernah berkata bahawa : “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

Hadis Nabi di atas jelas kepada kita bahawa selepas ketiadaan Nabi, maka para ulamalah yang akan mewarisi tugas dan tanggungjawab yang telah dilakukan oleh Nabi. Para ulama adalah pewaris nabi, manakala ulama yang sebenar (rabbani) mestilah mewarisi ilmu seperti apa yang Nabi ajarkan tidak boleh menambah atau mengurangkan dalam urusan agama apa-apa yang telah disampaikan oleh Nabi saw.

Jika kita perhalusi perkataan di kalangan para ulama salafus soleh pula dalam memberikan ciri-ciri ulama dan siapakah yang layak mendapat gelaran ulama ini nesacaya apa yang kita sangkakan dengan pemahaman dari persoalan di atas pasti meleset sama sekali.

Seperti perkataan Ibnu Rajab Al-Hambali RH, beliau mengatakan : “ Ulama ; mereka adalah orang-orang yang tidak menginginkan kedudukan, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun”.

Al-Hasan mengatakan: “Orang faqih adalah orang yang zuhud terhadap dunia dan cinta kepada akhirat, bashirah (berilmu) tentang agamanya dan senantiasa dalam beribadah kepada Rabbnya.” Dalam riwayat lain: “Orang yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengambil upah sedikitpun dalam menyampaikan ilmu Allah.” (lihat: Al-Khithabul Minbariyyah, jilid 1 ms 177)

Manakala perkataan Syeikh Abdus Salam bin Barjas RH lebih jelas dalam menjelaskan ciri- ciri ulama rabbani seperti katanya : “Orang yang layak untuk disebut sebagai ulama jumlahnya sangat sedikit sekali dan tidak berlebihan kalau kita mengatakan jarang. Yang demikian itu karena sifat-sifat ulama rata-ratanya tidak akan terwujud pada diri orang-orang yang menyandarkan diri kepada ilmu pada masa ini. Bukanlah dinamakan ulama bila sekadar fasih dalam berkata-kata atau pandai menulis, orang yang menyebarluaskan karya-karya atau orang yang mentahqiq kitab-kitab yang masih dalam tulisan tangan. Kalaulah ulama diukur dengan cara ini, maka terlalu banyaklah ulama itu. Akan tetapi penggambaran seperti inilah yang banyak tertanam di fikiran orang-orang yang tidak berilmu. Oleh karena itu banyak orang tertipu dengan kefasihan seseorang dan tertipu dengan kepandaian mengarang, padahal ia bukan ulama. Ini semua menjadikan orang-orang takjub. Ulama hakiki itu adalah yang mendalami ilmu agama, mengetahui hukum-hukum Al -Quran dan Sunnah. Mengetahui ilmu usul fiqh seperti nasakh dan mansukh, mutlak, muqayyad, mujmal, mufassar, dan juga orang-orang yang mengkaji ucapan-ucapan ulama salaf terhadap apa yang mereka perselisihkan.” (lihat kitab : Wujubul Irtibath bi ‘Ulama, hal. 8)

PEMBERIAN GELARAN ULAMA

Apa yang dapat difahami, tidaklah semudah yang disangka untuk kita hendak menentukan siapakah ulama rabbani tersebut sekiranya kita memahami maksud perkataan ulama salaf di atas. Hal ini kerana yang paling layak untuk menentukan seseorang itu ulama sebenar mestilah ulama juga bukan orang awam atau pengikutnya. Umpamanya, Imam Malik RH menjadi ulama rabbani bukan diberikan oleh muridnya tetapi imam Malik menjadi ulama kerana dia diiktiraf lebih dari 80 orang ulama di zamannya. Begitu juga Imam Syafie menjadi ulama bukan diberikan oleh muridnya tetapi Imam Malik dan para ulama yang lebih senior darinya mengiktiraf gelaran ulama untuknya.

Jika masyarakat awam yang memilih siapakah yang mereka ingin tabalkan sebagai ulama supaya mereka boleh mengikutinya tanpa neraca ilmu dari ulama yang sebenar, dikhuatiri kesesatan dalam beragama itu lebih besar kemungkinannya dari kebenaran yang hendak dicari.

BEZA ULAMA SEBENAR DAN ULAMA JAHAT

Kerana di samping ulama rabbani (sebenar) terdapat di sana juga para ulama su’ (jahat). Bukanlah ulama rabbani sekiranya ia sering berjenaka dalam menyampaikan ilmu agama melainkan ia adalah seorang panglipurlara. Nabi memberi ancaman dengan berkata : “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !” (Sahih, Hadis Riwayat Abu Daud)

Bukanlah ulama rabbani jika hati dan mulutnya sering mendoakan kehancuran dan menentang pemerintah Islam melainkan ia seorang ulama khawarij. Bukanlah juga dapat digelar ulama rabbani seandainya ia hanya pandai bernyanyi dengan diikuti dengan alat-alat muzik dalam mendakwahi manusia melainkan ia adalah seorang ruwaibidhah.

Maka, sewajarnya kita semua berhati-hati dalam mengikuti seseorang yang disangka ulama hanya melalui penilaian mata kasar kita, boleh jadi mata kita mudah tertipu dengan pakaian atau watak seseorang. Tetapi hakikat seseorang ulama itu sentiasa mengembalikan segala urusan agamanya mengikut al-Quran dan sunnah sesuai dengan manhaj sahabat dan salafus soleh.

Penulis adalah Ketua Biro Massa ilmuwan Malaysia (iLMU), Lulusan Syariah Fiqh dan Usul, Universiti Malaya (UM)

3 GOLONGAN ULAMA DAN 4 JENIS MANUSIA

3 GOLONGAN ULAMA & 4 JENIS MANUSIA.
Apabila mereka di beritahukan tentang hukum Allah dan Rasul-Nya, dengan berat dan lamban mereka melaksanakannya seolah-olah di atas kepala mereka sedang di bebani sebuah batu besar( wal-iyyaadzubillah).

Ia akan mencari-cari seorang alim dan bertanya, dengan harapan ada dispensasi untuk tidak mengerjakan ibadah. Padahal para ulama mengatakan bahwa mencari-cari rukhsah atau dispensasi termasuk perbuatan fasik, wal'iyyaadzubillaah.

Bahkan sebagian para ulama mengatakan bahwa barang siapa yang mencari-cari dispensasi masuk dalam kategori orang zindiq. Oleh karena itu, apabila seseorang mendengar perintah Allah dan Rasul-Nya dari seseorang yang terpercaya keilmuan dan agamanya maka janganlah ragu untuk menerimanya.

Di maksudkan ilmu dan agamanya karena sebagian orang ada yang taat dan taqwa kepada Allah tidak berdasarkan ilmu. Namun setelah menghapalkan satu atau dua hadits, langsung berdiri di hadapan orang ramai seolah-olah seorang imam.

Harus hati-hati dengan fatwa orang seperti ini, karena akan muncul kekeliruan yang banyak pada fatwanya di karenakan ilmunya yang masih teramat sedikit.

Sebagian orang ada yang berpengetahuan luas. Akan tetapi hawa nafsunya lebih mendominasi dirinya( wal' iyaadzubillah). Berfatwa kepada orang lain sesuai dengan selera yang meminta fatwa walaupun Allah tidak meridhainya. Orang seperti ini di sebut seorang ulama ummat.

Ulama itu ada tiga golongan:

1. ULAMA AGAMA.
*Ulama agama adalah mereka yang menyebarkan agama Islam dan berfatwa tentang agama berdasarkan ilmu. Ia tidak peduli apakah fatwanya sesuai dengan selera manusia ataukah tidak.

2. ULAMA NEGARA.
*Ulama negara adalah mereka yang melihat apa yang di inginkan penguasa dan mengeluarkan fatwa sesuai dengan keinginan penguasa, walaupun harus mengotak -atik Al-Quran dan As-Sunnah.

3. ULAMA UMMAT.
*Ulama ummat adalah mereka yang melihat apa yang di inginkan masyarakat. Apabila melihat masyarakat menginginkan yang ini maka iapun akan berfatwa sesuai dengan selera masyarakat. Kemudian ia berusaha untuk mengartikan ayat atau hadits agar sesuai dengan keinginan masyarakat.

{Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan kita semua sebagai ulama agama}.

Yang penting janganlah ada orang yang tertipu dengan agama dan ketaatan seseorang. Tetapi bersabarlah sampai menemukan seseorang yang terpercaya keilmuan dan agamanya sehingga ia dapat mengambil fatwa agama darinya.

Seperti yang di katakan oleh salah seorang ulama salaf:

"Sesungguhnya yang di maksud ilmu di sini adalah ilmu agama. Oleh karena itu perhatikanlah dari siapa engkau mempelajari agamamu! "

Ilmu tersebut menjadi pedoman dan sebagai jalan menuju Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Syaikh Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah mengatakan di dalam kitabnya,{ Al-Fatawa Al-Hamawiyah}, orang-orang dahulu sering berkata:

"Tidak ada yang merusak agama maupun dunia kecuali empat jenis manusia, yaitu:

1. TEOLOG YANG SETENGAH-SETENGAH.

2. AHLI FIQIH YANG SETENGAH-SETENGAH.

3. AHLI BAHASA YANG SETENGAH-SETENGAH. dan,

4. DOKTER YANG SETENGAH-SETENGAH. "

Penjelasan:

1. Seorang TEOLOG YANG SETENGAH-SETENGAH, akan menghancurkan agama dan keyakinan. Mereka berani berbicara walaupun ilmu kalamnya hanya sedikit dan belum menyentuh puncakn, sehingga merekapun menjadi takabur karenanya. Sebaliknya para teolog yang telah sampai ke puncaknya, mereka mengetahui inti permasalahan sehingga merekapun kembali kepada kebenaran.

2. Seorang AHLI FIQIH YANG SETENGAH-SETENGAH, akan merusak negara karena ia berani memutuskan sebuah hukum tanpa ilmu, sehingga negarapun hancur. (Ia memberikan hak si fulan kepada orang lain dan hak orang lain kepada si fulan).

3. Seorang AHLI BAHASA YANG SETENGAH-SETENGAH, akan merusak bahasa sebuah masyarakat, karena ia mengira dirinya telah menguasai tata bahasa Arab, tetapi ia salah ucap sehingga merusak sebuah bahasa.

Dan jenis manusia yang ke empat ini, yaitu seorang DOKTER YANG SETENGAH-SETENGAH, ia akan merusak tubuh seseorang karena tidak mengetahui ilmunya. Karena di mungkinkan ia meracik obat yang sebenarnya adalah racun atau ia tidak tepat memberikan obat sehingga si fasien meninggal dunia.

Walhasil, seseorang tidak boleh mengeluarkan fatwa kecuali jika ia memang menguasai ilmunya dan berkompeten dalam memberikan fatwa.

Apabila Allah Ta'ala menghendakinya menjadi imam bagi masyarakat, mengeluarkan fatwa dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus, maka ia akan menjadi seorang pemberi fatwa yang sesungguhnya.

Tetapi, jika Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak menghendaki demikian, maka keberaniannya mengeluarkan fatwa tidak akan bermanfaat apa-apa baginya.

Allah Ta'ala berfirman:

قل ما أ سلكم عليه من اجر و ما أ نا من المتكلفن •

(insya Allah, artinya):
"Katakanlah( hai Muhammad) : "Aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku; dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mengada-adakan." {Qs. Shaad: 86}.

Haditsnya:

و عن مسرو ق قال:
دخان عل عبد الله بن مسعو د رضي الله عنه فقل:
ي ايحنس من الم شيا فليقل به و من لم يعلم فليقل:
الله اعلم فان من العلم ان تقو ل لم لا ةعام:
الله اعلم. قل الله تعال لنبيه صل الله وسلم:
{قل ما ا سا لكم ء ليه من اجر وما أ نا من المتكلفين}
(رواه البخري)

Insya Allah, artinya:

Dari Masruq ia berkata, kami pernah menemui Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu Anhu, pada saat itu ia berkata, "Wahai sekalian manusia, siapa yang mengetahui sesuatu, maka sampaikanlah, dan barang siapa yang tidak mengetahui, maka ucapkanlah, Allahu A'lam. Karena termasuk ilmu jika engkau tidak mengetahui kemudian engkau berkata Allahu A'lam." Allah Ta'ala berfirman kepada Nabi-Nya, "Katakanlah (hai Muhammad) : "Aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku; dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mengada-adakan."
{Shahih Al-Bukhari, hadits no. 4809 dan Shahih Musim, hadits no. 2798}.


Apa fungsi Ulama' disini Umara'.... Sebenarnya

1.jika ulama melihat ada unsur2 yang boleh merusakkan aqidah ummah dalam pentadbiran dan aktivitinya Umara'... Menjadi wajib keatas mereka menegur dan menegah perkara itu......Ada mereka buat selama ini.....?

2.jika ulama melihat dan mengetahui dgn jelas bahawa umara' tidak melaksanakan hukuman Allah swt sepenuhnya....menjadi kewajipan keatas mereka menegur dan menegah perkara itu...Ada mereka buat...?

3.jika ulama melihat dan mengetahui punca perpecahan ummah hari ini disebabkan fahaman kepartian politik masing2.. Menjadi wajib keatas mereka menegur dan menegah akan perkara itu....Adakah mereka buat....??

3 perkara ini amat pening disini Agama Islam bila Umara' sepatutnya meminta pandangan bernas Ulama berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah Rasullullah saw...ada mereka buat....??

3 perkara ini sedang berlaku dengan rakusnya merenggut keimanan ummah...mengguris A'qidahnya ummah...memecahbelahkan kekuatan ummah...dan adakah mereka bertindak menegur dan menegah perbuatan keji lagi mungkar ini.......

Dan dimana kedudukannya ulama kita hari ini disini umara' yg memerintah...
Adakah mereka sekadar pak turut dibelakang tabir semata2....?

Adakah ulama kita tidak lagi berani bersuara lantaran golongan Umara' telah mengongkong mereka secara keji dan Kotor.....?

Ataupun ulama kita hari ini lebih cenderung menjaga periuk nasi dahulu dari agamanya dan ummah....
Hanya mereka yg jujur sahaja berani bertindak kerana Allah swt dan Rasulnya....


Diposkan oleh blog kakaktua800/anti dap,pas dan anwar

Friday, 27 February 2015

Kaedah Dan Aturan Dalam Menetapkan Hukum Kafir

Kaedah Dan Aturan Dalam Menetapkan Hukum Kafir


Bahaya Takfir (Pengkafiran)

Apabila seseorang individu itu murtad (kafir) dengan keluar daripada Islam, maka ia menjadi sebab dihalalkan darah dan hartanya, dan ia kekal di Neraka. Dengan sebab itulah terdapat sebuah peringatan yang sangat keras bagi sesiapa sahaja yang mahu menghukum kafir kepada seseorang Muslim. Ini adalah supaya tindakan takfir tidak dilakukan dengan sembarangan, tergesa-gesa tanpa penelitian yang jelas, dan tidak bebas dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

“Tidaklah seseorang menuduh kepada orang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:

اعلم أن الحكم على الرجل المسلم بخروجه من دين الإسلام، ودخوله في الكفر - لا ينبغي لمسلم يؤمن بالله واليوم الآخر أنْ يقدمَ عليه إلا ببرهانٍ أوضحَ من شمس النهار؛ فإنه قد ثبت في الأحاديث الصحيحة المروية من طريق جماعة من الصحابة، أن: ((مَن قال لأخيه: يا كافر، فقد باء بها أحدهما))؛ هكذا في الصحيح، وفي لفظ آخر في "الصحيحين" وغيرهما: ((مَن دعا رجلاً بالكفر، أو قال: عدو الله، وليس كذلك، إلا حار عليه))؛ أي رجع، وفي لفظ في الصحيح: ((فقد كفر أحدهما))، ففي هذه الأحاديث وما ورد موردها أعظمُ زاجر، وأكبر واعظ عن التسرع في التكفير

“Ketahuilah bahawa menghukumkan kafir ke atas seseorang Muslim dengan menyatakan ia telah keluar dari Islam dan menjadi kafir adalah tidak dibenarkan bagi seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan dengan bukti yang jelas bagaikan sinar matahari di siang hari. Telah diriwayatkan dalam hadis-hadis sahih melalui jalan para sahabat bahawa sesiapa sahaja yang berkata kepada saudaranya: “Wahai kafir”, maka salah seorang dari keduanya layak menyandang gelaran tersebut. Begitulah yang terdapat dalam kitab sahih dan dari lafaz yang lain dalam ash-Shohihain (dua kitab sahih) dan serta juga kitab-kitab yang lainnya:

“Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan kafir atau berkata, “Wahai musuh Allah”, sedangkan yang dipanggil itu tidak berhak menyandang sebutan tersebut, maka hukum kafir tersebut kembali kepadanya.”

Dan dalam lafaz yang lain yang sahih disebutkan, “Maka telah kafir salah seorang darinya.”

Dalam hadis tersebut dan yang sama dengannya mengandungi peringatan keras supaya kita tidak terburu-buru dalam menghukumkan kafir kepada seseorang.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar Mutadafiq ‘ala Hada’iqil Azhar, bab: ar-Riddah bi I’tiqad, 4/578)

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

الأصل فيمَن ينتسب للإسلام بقاء إسلامه، حتى يتحقق زوال ذلك عنه، بمقتضى الدليل الشرعي، ولا يجوز التَّساهُل في تكفيره؛ لأن في ذلك محذورين: أحدهما: افتراء الكذب على الله - تعالى - في الحكم، وعلى المحكوم عليه في الوصف الذي نَبَزَه به، أما الأول: فواضح حيث حَكَم بالكفر على مَن لم يكفره الله - تعالى - فهو كمَن حَرَّمَ ما أحل الله؛ لأن الحكم بالتكفير أو عدمه إلى الله وحده؛ كالحكم بالتحريم أو عدمه. وأما الثاني: فلأنه وصف المسلم بوصف مضادٍّ، فقال: إنه كافر، مع أنه بريء من ذلك، وحريٌّ به أن يعود وصفُ الكفر عليه

Secara dasarnya, orang yang mengaku Islam, ia tetap dalam Islam sehingga dapat dibuktikan keislamannya telah hilang dari dirinya berdasarkan tuntutan dalil-dalil yang syar’i. Kita tidak boleh tergesa-gesa menghukum kafir kepadanya disebabkan di dalamnya mengandungi peringatan yang keras, iaitu:

1 – Mengada-adakan pendustaan atas nama Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam menjatuhkan hukum dan terhadap orang yang dihukumkan dengan tuduhan kafir tersebut.

Perkara ini adalah jelas kerana menghukum kafir ke atas seseorang yang tidak dihukumkan kafir oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, sama seperti mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah, kerana urusan menjatuhkan hukum sama ada kafir atau tidak itu adalah dikembalikan kepada Allah sebagaimana menghukum haram atau tidak.

2 – Penjatuhan hukum kafir tadi boleh dikembalikan kepada orang yang menghukum tersebut sekiranya orang yang dituduh kafir itu masih tidak berhak dikafirkan.

Ini adalah kerana ia telah menyifatkan seseorang Muslim dengan sifat yang sebaliknya, padahal ia masih belum wajar disifatkan dengan sifat tersebut (dikafirkan). Maka, dengan sebab itulah tuduhan (kafir) tersebut dikembalikan kepadanya...

وهو محذور عظيم يوشك أن يقعَ به؛ لأن الغالب أنَّ مَن تَسَرَّعَ بوصف المسلم بالكفر كان معجبًا بعمله، محتقرًا لغيره، فيكون جامعًا بين الإعجاب بعمله، الذي قد يؤدي إلى حُبُوطه، وبين الكبر الموجب لعذاب الله - تعالى - في النار؛ كما جاء في الحديث الذي أخرجه أحمد وأبو داود، عن أبي هريرة - رضي الله عنه -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((قال الله - عز وجل -: الكبرياء ردائي، والعظمة إزاري، فمن نازعني واحدًا منهما، قذفته في النار)) فالواجب قبل الحكم بالتكفير أن يُنظر في أمرين: الأمر الأول: دلالة الكتاب والسنة على أن هذا مكفِّر؛ لئلاَّ يفتري على الله الكذب. الثاني: انطباق الحكم على الشخص المعيَّن؛ بحيث تتم شروط التكفير في حقِّه، وتنتفي الموانع

“Ini adalah peringatan keras yang dibimbingangi ianya (penghukum kafir) akan terjerumus ke dalamnya, kerana secara umumnya orang yang tergesa-gesa dalam menghukum seseorang Muslim dengan kekafiran, biasanya dijangkiti penyakit ‘ujub terhadap amalnya dan meremehkan amalan orang lain. Kemudian ia menggabungkan di antara ‘ujub terhadap amalnya yang mampu menghanguskan amal-amalnya itu sendiri dan sombong yang mengundang azab Allah Ta’ala di Neraka, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah berfirman: “Kesombongan adalah selendang-Ku dan keagungan adalah kain-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dengan salah satu dari keduanya, maka Aku lemparkan dia ke Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Jadi, sebelum menjatuhkan hukum kafir ke atas seseorang, wajib ditinjau dua perkara berikut:

1 – Petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah yang menjelaskan bahawa perkara tersebut menjadikan kafir (pelakunya), supaya tidak ada pendustaan atas nama Allah.

2 – Penjatuhan hukum kafir kepada individu tertentu mestilah dengan dipenuhi syarat-syarat takfir dan hilangnya semua halangan (atau takwilan).” (Rujuk: Majmu’ al-Fatawa Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin, susunan Fahd as-Sulaiman, 2/133-134)

Syaikh Dr. ‘Abdurrahman al-Mahmud mengulas berkenaan “Berhukum dengan selain hukum yang Allah turunkan” dengan katanya:

إحداهما: رأتْ أن المعين لا يُكفر أبدًا، فأغلقت بابَ الردة؛ بدعوى صعوبة التطبيق على المعين؛ لعدم وجود شرط من شروط التكفير، أو لوجود مانع من موانعه، كما سبقت الإشارة إلى شيء من ذلك، عندما يقول المرجئة: إنه لا يكفر إلا المكذبُ بقلبه فقط، ومعنى ذلك أننا لا نستطيع أن نحكم على أحد بالكفر بعينه لأي قول، أو فعل من الأفعال، مهما كان ناقضًا للإسلام؛ لأنه قد يكون مؤمنًا لوجود التصديق في قلبه. والأخرى: قالت إذا وُجِد الحُكْم العامُّ على فِعلٍ منَ الأعمال بأنه كُفْر، دخل فيه جميع الأفراد ممن وقع منهم هذا الفعل المُكَفِّر، وكفروا بأعيانهم، دون النَّظر إلى حال كلِّ فرد على حدة؛ مِن حيث توفُّر شروط التَّكفير، وانتفاء موانعه. أما أهل السنة، فإنهم لم يقولوا: إنَّ المُعَيَّن لا يكفر أبدًا؛ كما أنهم لم يوقعوا التكفير على كل من فعل المُكَفِّر، دون النظر إلى عوارض الأهليَّة. ولو نَظَرْنا إلى فعل السلف - رحمهم الله تعالى - لَوَجَدْنا أنهم كثيرًا ما يُطلقون التكفير في بعض الأفعال، والبدع، والمقالات، ونحوها، وحينما يطبقونها على محلِّها بتكفير المعين، يُشَدِّدون في التطبيق؛ لأنَّ مَن وقع منه ذلك قد يكون جاهلاً، أو متأوِّلاً تأويلاً سائغًا، أو حديث عهد بالإسلام، أو غير ذلك منَ الأمور التي تمنع منَ الحكم بتكفيره. والإمام أحمد وغيره أطلقوا: أنَّ التَّجَهُّم وتعطيل الصفات، أو القول بخلْق القرآن، أو إنكار رؤية الله، أوِ القَدَر - كُفر؛ لكنَّهم لم يُكَفِّروا الأعيان إلاَّ قليلاً ممن ثبت كفرهم، بتوفر الشروط، وانتفاء الموانع، ومن ثَمَّ أُقيمَتْ عليهم أحكام الرِّدَّة منَ القتل وغيره

“Sesungguhnya ada perbezaan di antara hukum secara umum ke atas suatu perbuatan (atau perkara yang dianggap kufur) dengan individu tertentu yang mengaplikasikan perbuatan tersebut pada dirinya.

Terdapat dua golongan yang keliru dalam masalah ini:

1 – Kelompok yang menganggap bahawa seseorang tidak boleh dikafirkan sama sekali. Mereka menutup pintu kemurtadan dengan dalih bahawa amat sulit/sukar untuk menerapkan perkara tersebut ke atas seseorang kerana tidak adanya syarat-syarat takfir, atau kerana adanya sesuatu penghalang. Perkara tersebut sebagaimana yang telah kami isyaratkan sebelumnya pada perbahasan berkaitan perkataan Murji’ah (Murji’ah: salah satu kelompok sesat yang meyakini bahawa iman hanya dengan hati dan amal tidak memainkan peranan penting dalam naik dan turunnya iman – pen.) bahawa tidak dapat dikafirkan melainkan orang yang mendustakan dengan hatinya. Maksudnya di sini, kita tidak dapat menjatuhkan hukum kafir ke atas individu tertentu disebabkan perkataan dan perbuatannya yang kufur (walaupun perbuatannya tersebut jelas membatalkan keislamannya), kerana mungkin pada dirinya masih ada keimanan di hati (pembenaran hati).

2 – Kelompok yang mengatakan - apabila ada hukum yang menyatakan sesuatu perbuatan itu kafir secara umum, bererti sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan tersebut, ia pun dijatuhkan hukum kafir tanpa melihat keadaan setiap individu tersebut secara terprinci bagi memastikan adakah setiap syarat takfir (pengkafiran) telah dipenuhi atau belum berserta semua penghalang dan takwilan telah luput atau belum.

Adapun Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, mereka tidak mengatakan bahawa individu tersebut tidak mengatakan bahawa individu tersebut tidak dapat dihukum kafir sama sekali, sebagaimana juga mereka tidak menjatuhkan hukum kafir kepada setiap individu (muslim) yang melakukan amalan kekafiran tanpa melihat faktor-faktor kelayakannya.

Sekiranya kita melihat kepada sikap para salaf (ulama generasi awal) rahimahullah, tentu kita akan dapati mereka banyak menjatuhkan hukum kafir kepada beberapa bentuk perbuatan, bid’ah-bid’ah, perkataan-perkataan, dan seumpamanya. Akan tetapi, di ketika mereka mahu mengaplikasikannya pada tempatnya dengan mengkafirkan individu tertentu, mereka terlebih dahulu melakukan penelitian (perincian) yang sangat ketat dalam penerapannya. Ini adalah kerana orang yang terjerumus ke dalamnya boleh jadi jahil, atau mentakwil dengan takwilan yang dapat diterima, atau baru sahaja memeluk Islam (muallaf: dalam peringkat belajar dan banyak perkara yang tidak diketahui) serta banyak perkara tertentu yang menghalangnya untuk menjatuhkan hukum kafir dengan serta-merta.

Imam Ahmad dan ulama lainnya menyatakan secara umum bahawa fahaman Jahmiyah itu kafir, menafikan sifat Allah itu kafir, mengatakan al-Qur’an makhluk itu kafir, mengingkari ru’yatullah (melihat Allah) itu kafir, dan mengingkari takdir juga kafir. Tetapi, mereka tidak serta-merta mengkafirkan individu tertentu (yang melakukan perkara tersebut) melainkan hanya sedikit iaitu orang-orang yang telah jelas kekafirannya dengan telah cukup syarat-syaratnya dan tiada lagi takwil penghalangnya. Berdasarkan ini semua, hukum-hukum kemurtadan ditegakkan ke atas mereka, sama ada dengan bunuh atau seumpamanya. (Rujuk: Risalah al-Hukmu bi Ghairi ma Anzalallah, m/s. 372-373. Dinukil dari: Dr. ‘Abdullah B. ‘Abdul ‘Aziz al-Jibrin, Dhowabithu Takfir al-Mu’ayyan: http://www.alukah.net)

Syarat-syarat Takfir (Pengkafiran)

1 – Pelaku Kekufuran Tersebut Telah baligh dan berakal.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

رفع القلم عن ثلاثة: عن النّائم حتى يستيقظ، وعن الصّغير حتى يكبر، وعن المجنون حتى يعقل، أو يفيق

“Ada tiga golongan yang kesalahannya tidak diambil kira: 1 – Orang yang sedang tidur sehingga ia bangun, 2 – anak kecil sehingga ia dewasa (baligh), 3 – dan orang gila sehingga ia kembali waras.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 41/224, no. 24694. Dinyatakan jayyid sanadnya oleh Syu’aib al-Arnauth dan dinilai sahih oleh al-Albani)

إنّ الرّدّة لا تصحّ إلاّ من عاقل فأما مَن لا عقل له كالطّفل الذي لا عقل له والمجنون، ومَن زال عقله بإغماء أو نوم أو مرض، أو شرب دواء يباح شربه، فلا تصحّ ردّته ولا حكم بكلامه بغير خلاف

Kemurtadan tidak dianggap sah melainkan jika dilakukan oleh orang yang berakal. Adapun orang yang tidak berakal seperti kanak-kanak kecil yang belum sempurna akalnya, orang yang gila, orang yang kehilangan akal disebabkan pengsan, tidur, sakit, atau kerana mengambil ubat, maka kemurtadannya tersebut tidak dianggap sah dan perkataannya tidak diambil kira tanpa ada perselisihan di antara para ulama. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 19/446)

2 – Perkataan atau Perbuatan Kekafiran Tersebut Dilakukan Tanpa Paksaan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Sesiapa yang kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir sedangkan di dalam hatinya tetap tenang dalam keadaan beriman (dia tidak berdosa), tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan mereka akan mendapat azab yang besar.” (Surah an-Nahl, 16: 106)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 778) menyatakan bahawa,

اتّفق العلماء على أنّه يجوز أن يوالي المكرَه على الكفر إبقاءً لمهجته، ويجوز أن يَسْتَقْتل كما كان بلال يأبى عليهم وهم يفعلون به الأفاعيل

“Para ulama telah bersepakat, mereka yang dipaksa dibenarkan melakukan kekufuran demi menjaga keselamatan nyawanya. Namun, ia juga dibolehkan mempertaruhkan diri mengharungi maut sebagaimana dahulu Bilal radhiyallahu ‘anhu enggan memenuhi permintaan kaum musyrikin walaupun mereka menyiksanya dengan pelbagai jenis siksaan.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/606)

Udzur turut diberikan kepada mereka yang melakukan kekufuran dalam keadaan di luar kesengajaan atau kesedaran seperti di ketika terlalu marah, sedih, atau gembira. Ini adalah sebagaimana kisah yang disebutkan dalam Shohih Muslim berkenaan seorang lelaki yang kehilangan untanya di tengah padang pasir. Dalam kisah tersebut dinyatakan bahawa pada ketika lelaki tersebut telah putus asa, tiba-tiba ia menemui untanya berdiri di sisinya. Maka iapun segera memegang tali untanya tersebut lalu berkata dengan penuh perasaan kegembiraan,

ثُمَّ قَالَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ اللَّهُمَّ أَنْتَ عَبْدِي وَأَنَا رَبُّكَ أَخْطَأَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ

“Ya Allah, Engkau adalah hambaku, dan aku adalah tuhan-Mu.” Beliau telah mengucapkan sesuatu yang salah (tersasul) disebabkan terlalu gembira yang luar biasa. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab at-Taubah, 13/296, no. 4932)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

فإذا اجتمع القصد والدّلالة القولية أو الفعلية ترتب الحكم. هذه قاعدة الشّريعة، وهي من مقتضيات عدل الله وحكمته ورحمته، فإن خواطر القلوب وإرادة النّفوس لا تدخل تحت الاختيار، فلو ترتبت عليها الأحكام لكان في ذلك أعظم حرج ومشقّة على الأمّة،ورحمة الله وحكمته تأبى ذلك،والغلط والنسيان والسهو وسبق اللسان بما لا يريده العبد بل يريد خلافه والتّكلم به مكرهاً وغير عارفٍ لمقتضاه، من لوازم البشرية لا يكاد ينفك الإنسان من شيء منه، فلو رتب عليه الحكم لحرجت الأمّة وأصابها غاية التّعب والمشقّة، فرفع عنها المؤاخذة بذلك كلّه حتى الخطأ في اللفظ من شدّة الفرح والغضب، والسكر كما تقدمت شواهده، وكذلك الخطأ والنسيان والإكراه والجهل بالمعنى، وسبق اللسان بما لم يرده، والتّكلم في الإغلاق ولغو اليمين، فهذه عشرة أشياء لا يؤاخذ الله بها عباده بالتّكلم في حال منها لعدم قصده وعقد قلبه الذي يؤاخذ به

“Apabila niat dan perkataan atau perbuatan bertemu, maka pada ketika itu barulah diterapkan hukum. Ini merupakan kaedah syari’at. Dan ini pulalah bukti dari keadilan Allah, hikmah dan kasih-sayang-Nya. Kerana perkara-perkara yang terdetik di dalam hati, juga kehendak jiwa, boleh muncul dengan begitu sahaja tanpa kawalan. Sekiranya perkara tersebut memiliki hukum tersendiri, sudah tentu akan mengakibatkan beban dan kesukaran yang amat berat bagi umat. Kasih-sayang dan hikmah Allah tidak menghendaki keadaan ini berlaku.

Kekhilafan (kesilapan), kelupaan, kelalaian, ucapan yang keluar dari lisan seseorang tanpa dikehendaki, padahal sebenarnya ia menginginkan sebaliknya, mengucapkan sesuatu kerana paksaan atau dalam keadaan tidak mengetahui kesan/kedudukan ucapan tersebut, ini semua termasuk sifat/karektor yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Bahkan hampir semua orang tidak mampu terlepas darinya. Sekiranya perkara tersebut memiliki hukuman, nescaya umat akan ditimpa kesusahan dan beban yang amat berat.

Oleh sebab itu, umat ini tidak berhak dikenakan hukuman disebabkan bentuk-bentuk fenomena seperti disebutkan. Termasuk kekeliruan tutur kata akibat keadaan terlalu gembira, marah yang menggelegak, dan mabuk, sebagaimana telah kami sebutkan contoh-contohnya di hadapan. Demikian pula kekhilafan, kelupaan, keterpaksaan, ketidakfahaman, ucapan yang keluar dari lisan tanpa terasa atau tanpa sedar, sumpah yang keluar dari lisan tanpa ada maksud untuk bersumpah. Sepuluh keadaan ini sekiranya terjadi ke atas diri seseorang hamba, maka Allah tidak akan menimpakan hukuman ke atasnya. Kerana dalam hatinya tidak ada tujuan dan niat, di mana perkara inilah yang menyebabkan seseorang hamba berhak dikenakan hukuman. (I’lam al-Muwaqqi’in, 3/105-106)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

إنّ الله وضع عن أمّتي: الخطأ، والنّسيان، وما استكرهوا عليه

“Sesungguhnya Allah mengampuni kesalahan umatku: Kelupaan mereka dan perbuatan yang dilakukan kerana paksaan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 6/217, no. 2035. Dinilai sahih oleh al-Albani)

3 - Tidak Boleh Menghukum Seseorang Muslim Yang Melakukan Kekafiran Melainkan Setelah Ditegakkan Hujah.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى

“Dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka, “Adakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Tuhanmu dan memberi peringatan kepadamu akan pertemuan dengan harimu ini?” Mereka menjawab, “Ya benar ada.”.” (Surah az-Zumar, 39: 71)

رُسُلا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ لِئَلا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ

“Para Rasul adalah pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya tidak ada lagi alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul tersebut diutuskan.” (Surah an-Nisaa’, 4: 165)

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولا

“Dan Kami tidak akan mengazab, sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (utusan).” (Surah al-Isra’, 17: 15)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:

إخبار عن عدله تعالى، وأنّه لا يعذّب أحداً إلاّ بعد قيام الحجّة عليه بإرسال الرّسول إليه

“Ayat tersebut merupakan bentuk pemberitahuan tentang keadilan Allah Ta’ala, di mana Dia tidak akan menyiksa seseorang, melainkan setelah ditegakkan hujjah dengan diutuskan seorang Rasul kepadanya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/52)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

والذي نفس محمّد بيده لا يسمع بِي أحدٌ من هذه الأمّة يهودي ولا نصراني، ثم يموت ولم يؤمن بالذي أرسلتُ به إلاّ كان من أصحاب النّار

“Demi Allah yang jiwa Muhammad di Tangan-Nya, tidaklah seseorang dari umat ini mendengar berita tentang diriku, sama ada dia itu orang Yahudi atau Nashrani, kemudian ia mati dalam keadaan belum sempat untuk beriman kepada risalah yang aku bawa, melainkan ia akan termasuk dari kalangan penghuni Neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/365, no. 218)

Al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullah (Wafat: 544H) menjelaskan lagi dari hadis tersebut dengan katanya,

فيه دليل على أنّ مَن في أطراف الأرض، وجزائر البحر المقطعة مِمَن لم تبلغه دعوة الإسلام ولا أمر النبي أنّ الحرج عنه في عدم الإيمان ساقط

“Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang berada di hujung dunia atau kepulauan terpencil, lalu dakwah Islam dan berita tentang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam belum pernah sampai kepadanya, lalu sekiranya ia tidak beriman, maka ia dimaafkan.” (al-Qadhi ‘Iyadh, Ikmal al-Mu’alim Syarah Shohih Muslim, 1/308)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,

وإذا عرف هذا فتكفير المعيّن من هؤلاء الجهّال وأمثالهم، بحيث يحكم عليه بأنّه من الكفّار. لا يجوز الإقدام عليه إلاّ بعد أن تقوم على أحدهم الحجّة الرسالية التي يتبيّن بها أنّهم مخالفون للرّسل، وإن كانت هذه المقالة لا ريب أنّها كفر. وهكذا الكلام في تكفير جميع المعيّنين ... ومن ثبت إيمانه بيقين لم يزل ذلك عنه بالشّكّ، بل لا يزول إلاّ بعد إقامة الحجّة وإزالة الشّبهة

“Tidak boleh menjatuhkan hukum kafir secara khusus ke atas orang-orang yang tidak tahu (jahil) atau yang seumpamanya, dalam ertikata menghukum mereka sebagai orang kafir. Melainkan setelah ditegakkan hujjah yang jelas yang dengannya mereka menjadi tahu (faham) bahawa diri mereka telah menyelisihi para rasul. Walaupun sebenarnya perbuatan yang mereka lakukan tersebut (secara zahirnya) tidak dapat dinafikan ianya termasuk ke dalam kekufuran. Inilah kaedah yang perlu diterapkan dalam masalah takfir terhadap individu tertentu....

.... Sesiapa yang telah jelas diyakini telah beriman (walaupun telah melakukan kesalahan yang secara zahirnya kafir), tidak boleh dijatuhkan hukuman kafir (hilang keimanan) dengan hanya berdasarkan alasan yang samar. Bahkan keimanannya tidak boleh dihukumkan telah hilang terhadapnya melainkan setelah ditegakkan hujah kepadanya dan syubhat yang ada di kepalanya dibersihkan.” (Majmu’ al-Fatawa, 12/500-501)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

إنّ العذاب يستحق بسببين:
أحدهما: الإعراض عن الحجّة وعدم إرادتها والعمل بها، وبموجبها.
الثّاني: العناد لها بعد قيامها وترك إرادة موجبها.
فالأوّل: كفر إعراض. والثّاني: كفر عناد.
وأما كفر الجهل مع عدم قيام الحجّة، وعدم التمكن من معرفتها، فهذا الذي نفى الله التّعذيب عنه، حتى تقوم حجة الرّسل

Seseorang berhak menerima azab disebabkan dua keadaan:

Pertama: Tidak peduli dengan dalil, tidak menghendakinya, juga enggan mengamalkannya atau menerima/mengakui kewajibannya.

Kedua: Membangkang setelah mengetahui dalil dan meninggalkan sesuatu yang diperintahkan dalil tersebut.

Jenis yang pertama dinamakan kufur i’radh (ketidakpedulian), dan jenis kedua dinamakan kufur ‘inad (keangkuhan/sombong).

Adapun seseorang yang melakukan kekufuran disebabkan ketidaktahuan, disebabkan dalil belum dijelaskan kepadanya, serta ia tidak memiliki kemampuan untuk mengetahuinya, maka nescaya Allah tidak akan mengazabnya. Melainkan setelah dalil-dalil yang dibawa oleh para Rasul dijelaskan kepadanya. (Thariq al-Hijratain, m/s. 611)

4 – Ia melakukannya bukan kerana takwil (anggapan bahawa perbuatannya tersebut adalah benar disebabkan terkeliru) atau syubhat.
Maksud Takwil:

والتأويل هو: أن يرتكب المسلم أمرًا كفريًّا، معتقدًا مشروعيته، أو إباحته له؛ لدليل يرى صحته، أو لأمر يراه عذرًا له في ذلك، وهو مخطئ في ذلك كله

Iaitu seseorang Muslim yang melakukan kekufuran dengan keyakinan (anggapan) bahawa perkara tersebut disyari’atkan atau dibolehkan berdasarkan dalil yang difahami benar, atau dalam makna yang lain, ia dimaafkan (atas kekeliruannya) sementara ia salah dalam setiap anggapannya tersebut. (Dr. ‘Abdullah B. ‘Abdul ‘Aziz al-Jibrin, Dhawabithuhu Takfir al-Mu’ayyan: http://www.alukah.net)

إن المتأوِّل الذي قصد متابعة الرسول - صلى الله عليه وسلم - لا يكفر؛ بل ولا يفسق، إذا اجتهد فأخطأ، وهذا مشهور عند الناس في المسائل العملية، وأما مسائل العقائد فكثير من الناس كفَّر المخطئين فيها، وهذا القول لا يُعرف عن أحد من الصحابة والتابعين لهم بإحسان، ولا عن أحد من أئمة المسلمين، وإنما هو في الأصل من أقوال أهل البدع الذين يبتدعون بدعة ويكفرون من خالفهم كالخوارج والمعتزلة والجهمية

Individu yang mentakwil dengan tujuan mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ia tidak dikafirkan. Ia juga tidak dilabel sebagai fasiq apabila ia telah berijtihad (berusaha sedaya-upaya dengan kemampuan dan ilmunya) lalu tersalah. Ini suatu yang masyhur di kalangan awam dalam permasalahan ibadah. Adapun dalam permasalahan ‘aqidah, ramai orang yang bertindak mengkafirkan mereka yang salah. Padahal, pendapat ini tidak diketahui oleh seorang pun daripada sahabat dan Tabi’in yang berjalan di atas prinsip yang benar ataupun juga dari para imam kaum muslimin. Sebenarnya pendapat yang mengkafirkan pelaku takwil tersebut (secara khusus) adalah dari kalangan ahlul bid’ah yang memiliki kebiasaan menciptakan bid’ah lalu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak selari dengan pendapat mereka seperti kaum khawarij, Muktazilah, dan Jahmiyah. (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, 5/161-162)

Firman Allah:

رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami sekiranya kami lupa atau kami bersalah.” (Surah al-Baqarah, 2: 286)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

والمتأول المخطىء مغفور له بالكتاب والسنة قال الله تعالى في دعاء المؤمنين ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا وثبت في الصحيح أن الله عز وجل قال قد فعلت وفي سنن أبن ماجه وغيره أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ والنسيان

Orang yang tersalah faham (keliru dalam memahami dalil), dosanya diampuni berdasarkan al-Kitab dan as-Sunnah. Allah Ta’ala menceritakan permohonan kaum mukminin, “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami sekiranya kami lupa atau kami bersalah.” Lalu dijawab-Nya, sebagaimana diriwayatkan dalam hadis qudsi di Shohih al-Bukhari, “Ya, Aku telah memperkenankannya.”

Nabi juga bersabda, sebagaimana diriwayatkan dalam Sunan Ibnu Majah dan selainnya, “Sesungguhnya Allah memaafkan kesalahan dan keterlupaan umatku.” (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, 4/265)

Syaikh ‘Abdur Rahman B. Nashir as-Sa’di rahimahullah berkata:

إنّ المتأوّلين من أهل القبلة الذين ضلّوا وأخطأوا في فهم ما جاء به الكتاب والسّنة، مع إيمانهم بالرسول، واعتقادهم صدقه في كلّ ما قال، وأنّ ما قاله كلّه حقّ، والتزموا ذلك، لكنهم أخطأوا في بعض المسائل الخبريّة أو العمليّة، فهؤلاء دلّ الكتاب والسّنة على عدم خروجهم من الدّين، وعدم الحكم لهم بأحكام الكافرين، وأجمع الصّحابة ـ رضي الله عنهم ـ والتّابعون ومَن بعدهم من أئمة السّلف على ذلك

Kaum muslimin yang melakukan takwilan/tafsiran (dalam usaha memahami agama), lalu ia tersesat dan keliru dalam memahami al-Kitab dan as-Sunnah, dalam keadaan mereka beriman kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, meyakini kejujurannya dan kebenaran setiap sabdanya, serta berpegang teguh dengan prinsip ini. Tetapi mereka terkeliru (tersalah) dalam beberapa bentuk permasalahan khabariyyah (aqidah) dan amaliyah (fiqih), mereka tidak boleh dijatuhi hukuman keluar dari agama Islam, juga tidak boleh diperlakukan padanya hukum yang khusus sebagaimana diperlakukan ke atas orang-orang kafir sebagaimana dijelaskan dalam al-Kitab dan as-Sunnah. Kaedah ini telah pun disepakati oleh para sahabat (radhiyallahu ‘anhum), tabi’in, serta para ulama salaf setelah mereka. (al-Irsyad ila Ma’rifatul Ahkam, m/s. 207)

أن المبتدعة الواقعين في المكفر ثلاثة أقسام: قسم لا يُعذر؛ بل يكفر؛ لمعرفته بالحق، وإصراره على المخالفة، وقسم آثِم؛ لعدم بحثِه عنِ الحق، وقسم ربما كان مغفورًا له؛ لجهله مع حرصه على معرفة الحق، ولكن لم يتيسر له من يعلمه إيَّاه


Bahawasanya ahlul bid’ah yang terjatuh dalam kekufuran itu terbahagi kepada tiga jenis,

1 – Mereka yang tidak dapat dimaafkan. Dan mereka dikafirkan kerana mereka mengetahui hakikat kebenaran yang sebenar.

2 – Mereka yang berdosa kerana tidak berusaha mencari kebenaran.

3 – Mereka yang mungkin mendapat keampunan disebabkan kebodohannya walaupun ia telah berusaha sedaya-upaya untuk mengetahui hakikat kebenaran, akan tetapi tiada guru yang dapat mengajarnya (dengan benar). (al-Irsyad ila Ma’rifatul Ahkam, m/s. 209)

Dengan penjelasan tersebut, maka dapatlah kita ketahui dan fahami siapakah yang berhak mendapat udzur atau tidak. Mereka adalah dari kalangan orang-orang yang beragama Islam, beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan meyakini segala kebenaran yang dibawa olehnya.

Dengan adanya batasan ini, orang-orang kafir dan kaum zindiq yang menyamar di sebalik tabir takwil, sama sekali mereka tidak termasuk dalam kategori ini. Kerana tujuan mereka bukanlah untuk taat kepada Allah dan mengikuti Rasul-Nya, melainkan untuk menghancurkan agama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari dasar prinsip-prinsipnya. Seperti contohnya dari kalangan kaum syi’ah Rafidhah, Bathiniyyah, dan yang seumpamanya. Kalau pun mereka memiliki takwil, takwil itu hanyalah sebagai alasan untuk mengelabui umat Islam agar makar dan tipu-daya mereka tidak diketahui umum.

Dengan itu juga, jelaslah bahawa orang-orang yang memiliki tujuan dan maksud yang busuk, seperti para pengikut hawa nafsu yang sebenarnya mengetahui hakikat kebenaran dan makna yang telah sahih dari dalil-dalil yang dibentangkan, namun mereka bertindak mentakwilkannya kerana dorongan hawa nafsu (benci dengan kebenaran) dan berniat busuk, maka takwil seperti ini tidaklah termasuk dalam kategori takwil yang berhak mendapat udzur.

Wallahu a'lam...

Memohon Sesuatu Kepada Orang Yang Telah Mati

Memohon Sesuatu Kepada Orang Yang Telah Mati



Memohon (berdoa) kepada orang yang telah mati atau yang tidak berada di hadapan kita (memohon secara ghaib) adalah merupakan perbuatan syirik besar.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak pula memberi mudharat kepadamu selain Allah, kerana jika kamu melakukan seperti itu, maka sesungguhnya kamu tergolong dari orang-orang yang zalim.” (Surah Yunus, 10: 106)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih memohon kepada tandingan selain Allah, niscaya dia akan masuk neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Jadid)

Kesimpulan:

1 – Sesiapa yang melakukan kesyirikan, maka dia diancam neraka. Jika dia melakukan syirik besar, maka ia kekal di dalam Neraka, dan sekiranya dia melakukan syirik kecil, maka ia akan disiksa oleh Allah bersesuaian dengan kehendak Allah dan pasti akan dikeluarkan dari Neraka setelah itu.

2 – Nasib seseorang di akhirat kelak adalah bergantung kepada bagaimana amalan akhir kehidupannya.

3 – Allah menjelaskan bahawa yang memberi manfaat, menghilangkan kesulitan, mendatangkan serta menghilangkan mudharat adalah hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan perkara ini merupakan kekhususan bagi Allah sahaja.

4 – Sesiapa yang berdoa atau meminta kepada selain Allah dan meyakini bahawa sesuatu tersebut mampu memberi manfaat dan menghilangkan kesusahan, maka sebenarnya orang tersebut telah melakukan kesyirikan yang besar.

5 – Perbuatan syirik adalah merupakan kezaliman yang paling besar.

Mengenali Ciri-ciri ‘Ulama

Mengenali Ciri-ciri ‘Ulama


Pernah terjadi sebuah kisah di era para sahabat yang diredhai, di mana ‘Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu membawa (mengangkat) Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu yang masih tersangat muda ke dalam sebuah majlis perbincangan di antara para sahabat yang lebih senior (utama) dari kalangan ahli Badar (peserta perang Badar). Ini dilakukan oleh ‘Umar adalah di antaranya berdasarkan kepada keilmuan Ibnu ‘Abbas yang tinggi dan matang. Ia berlaku tanpa mengira usia dan kedudukan. Apatah lagi apabila beliau (Ibnu ‘Abbas) telah didoakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan doa, “Ya Allah faqihkanlah dia di dalam urusan agama, dan ajarkanlah padanya ilmu ta’wil (ilmu tafsir).” 

Begitu juga dengan halnya Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu yang diangkat oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai seorang panglima Perang sejak usianya semuda 17 tahun lagi. Dan beliau juga terus diberikan tanggungjawab tersebut di era Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu.

Setelah itu, kita juga pasti pernah mendengar tentang imam asy-Syafi’i rahimahullah yang dibenarkan memberi fatwa (mengeluarkan pendapat) kepada masyarakat seawal usia belasan tahun oleh gurunya.

Dari beberapa situasai yang disebutkan ini, jelas bahawa umur bukanlah ukuran yang muktamad untuk menentukan keilmuan seseorang.

Pernahkah kita membaca atau mendengar bagaimana imam Malik bin Anas, imam Ahmad bin Hanbal, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, dan beberapa ulama lainnya yang berfatwa dari dalam penjara? Jika kita perhatikan dari kisah ini, bukankah ia juga dapat menterjemahkan kepada kita bahawa kriteria seseorang ulama itu bukanlah semestinya mereka berada di dalam barisan Majlis Fatwa Negara, Dewan Ulama, atau pun yang menyandang jawatan-jawatan khas hal ehwal agama tertentu di dalam Negaranya. Bahkan pernah terjadi di zaman mereka ini orang-orang yang menyandang jawatan keagamaan adalah dari kalangan Jahmiyah dan Muktazilah yang menyelewengkan begitu banyak perkara-perkara agama.

Di dalam beberapa kisah yang lain pula, pernah berlaku di mana 'Ali Radhiyallahu ‘anhu mengerahkan tentera memerangi sekumpulan manusia yang tekun beribadah seperti rajin solat malam, selalu berpuasa, dan membaca al-Qur’an, yang mana akhirnya kumpulan manusia tersebut habis ditewaskan. Ini berlaku adalah kerana mereka menyelisihi manhaj para sahabat dalam memahami agama dan berpisah dari ketaatan terhadap pemerintah (menjadi pemberontak).

Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu yang menjelaskan bahawa tekun beribadah semata-mata bukanlah sebuah jaminan bahawa seseorang itu berada di atas landasan yang benar, apatah lagi untuk meletakkan mereka di dalam barisan alim ulama.

“Akan datang kepada kalian suatu kaum yang kalian akan merasa rendah apabila solat kalian dibandingkan dengan solat mereka, puasa kalian dibandingkan dengan puasa mereka, amal-amal kalian dibandingkan dengan amal-amal mereka. Mereka membaca al-Qur’an (tetapi) tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka meleset (keluar) dari (batas-batas) agama seperti terlepasnya anak panah dari (sasaran) buruannya.” (Muttafaqun ‘alaihi, dari Abu Sa’id al-Khudri)

Maka, dari itu apakah kriteria-kriteria yang tepat untuk meletakkan seseorang itu sebagai manusia yang layak dipanggil atau digelar sebagai ulama? Sekaligus tidaklah setiap orang itu bermudah-mudah dalam mengkategorikan sesiapa sahaja sebagai ulama yang wajar dijadikan sebagai contoh atau ikutan (diambil pendapatnya) dan berhak mengeluarkan fatwa (menyelesaikan masalah masyarakat dan umat Islam).

Seorang tabi’in besar, Muhammad bin Sirin rahimahullah berkata:

“Sesungguhnya ilmu ini adalah dien (petunjuk yang memangkin kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik dari siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Diriwayatkan oleh Muslim sebagaimana di dalam Muqaddimah kitab Shahihnya)

Berikut kita perhatikan satu persatu beberapa kriteria utama yang wajar ada kepada para alim atau ulama. Seterusnya, kita dapat menjadikan mereka sebagai manusia rujukan yang boleh kita ambil pendapat-pendapatnya di dalam pelbagai persoalan agama dan permasalahan-permasalahan yang mendatang.

1 – Mereka adalah orang yang paling takut dan paling taat kepada Allah, disebabkan mereka sangat mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala berdasarkan ilmu yang benar.

“Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya adalah para ulama (orang yang berilmu).” (Surah Fathir, 35: 28)

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.” (Surah az-Zumar, 39: 9)

2 – Mewarisi dan menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berupa al-Qur’an, hadis-hadis dan sunnahnya bersertakan kefahaman yang benar (faqih).

Daripada Abu Darda’, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi itu tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, sungguh dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.”(Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih Menurut penilaian al-Albani di dalam Shahih Sunan Abi Daud)

Berkata Ibnu Hibban rahimahullah: "Di dalam hadis ini terdapat penjelasan yang sangat jelas bahawa ulama yang memiliki keutamaan yang kami singgung adalah mereka yang mengajarkan ilmu Nabi shallallahu 'alaihi wa Sallam saja, bukan yang mengajarkan ilmu-ilmu lain. Bukankah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ulama adalah pewaris para nabi," dan para nabi tidak mewariskan apa pun selain ilmu dan ilmu Nabi kita Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah sunnahnya. Siapa pun yang tidak mengetahui sunnah bukanlah pewaris para nabi." (Lihat: Sahih Ibnu Hibban hadis no.88, tahqiq Syaikh Syua'ib al-Arna'uth)

Ilmu di sini adalah meliputi sehingga kepada seluruh cabang-cabang ilmu dalam agama, sama ada aqidah, hadis, tafsir, fiqh, atsar para sahabat dan termasuklah penguasaan bahasa/lughah (bahasa arab). (Rujuk perkataan imam al-Ashbahani rahimahullah di point no. 4)

Juga sabdanya:

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama...” (Shahih menurut penilaian al-Albani di dalam Misykah al-Mashabih)

3 – Memiliki sifat tsiqah (dipercayai/adil) bagi tujuan membawa dan menjaga agama dari sebarang bentuk penyelewengan serta perubahan terhadapnya.
“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yang adil (terpercaya dan bukan fasiq) dari generasi ke generasi, yang selalu berjuang membersihkan agama ini dari:

1 - Tahriful Ghalin (Penyelewengan maksud-maksud agama)
2 – Intihalul Mubthilin (Pendustaan orang-orang sesat yang mempergunakan nama agama)
3 – Ta’wilul Jahilin (Penta’wilan agama yang salah yang dilakukan oleh orang-orang yang jahil.”


(Shahih menurut penilaian al-Albani di dalam Misykah al-Mashabih)

4 – Memiliki ilmu yang mendalam terhadap agama dan mampu menganalisa serta merungkaikan kepelbagaian persoalan.

“Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya di atas kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang sangat ingin kepada kehidupan dunia: “Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar memiliki keuntungan yang besar”. Berkatalah orang-orang yang dikurniakan dengan ilmu: “Kecelakaan besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperolehi pahala itu, melainkan oleh orang-orang yang sabar”.” (Surah al-Qasas, 28: 79-80)

“Dan itulah contoh-contoh yang kami buat untuk manusia, dan tiada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.” (Surah al-Ankabut, 29: 43)

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan sekiranya mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri (para ulama) di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Jika tidak disebabkan kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).” (Surah an-Nisaa’, 4: 83)

Abu Qasim al-Ashbahani (rahimahullah) memberitahu kepada kita, dia berkata:

“...seseorang dapat menjadi pemimpin di dalam agama (menjadi ulama), dan ahlul kalam (para pemikir atau ahli falsafah) tidaklah termasuk ulama.

Para ulama Salaf berkata, “Seseorang tidak boleh menjadi imam di dalam agama sehingga dia memiliki kriteria berikut: 1 - Memahami bahasa arab berserta pelbagai perkara yang berhubung dengannya, menguasai makna-makna syair arab, 2 - memahami perbezaan pendapat di antara para ulama atau ahli fiqh, 3 - seorang yang berilmu, 4 - mengerti tentang i’rab (tatabahasa arab dari kata per kata), 5 - memahami al-Qur’an berserta bacaan-bacaannya, perbezaan di antara para qurra’ (para periwayat bacaan al-Qur’an), 6 - menguasai tafsir sama ada berkaitan ayat-ayat muhkam (yang jelas) atau pun mutasyabihat (yang samar-samar), yang nasikh (yang memansuhkan) mahu pun yang mansukh (yang dimansuhkan) serta pelbagai kisah di dalamnya, 7 - memahami hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dapat membezakan di antara yang sahih dan sebaliknya, yang bersambung atau pun terputus, hadis-hadis mursal dan sanad-sanadnya, yang masyhur, yang gharib, 8 - serta mengetahui perkataan-perkataan (atsar) para Sahabat radhiyallahu ‘anhum, 9 – kemudian dia harus wara’, menjaga diri, jujur, terpercaya, membina (mengeluarkan) pendapat dan agamanya berpandukan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya”.” (Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Membantai Ahlul Ahwa dan Bid’ah, Pustaka as-Sunnah, m/s. 85-86)

5 – Menegakkan tauhid dan menegakkan keadilan. Tidak menyembunyikan ilmu serta sentiasa menyebarkan kebenaran dengan cara mengajarkan ilmu, menerapkan nilai-nilai agama, mengajak kepada kebaikan, dan melarang manusia dari segala bentuk kemungkaran.

“Allah menyatakan bahwasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu).” (Surah Ali ‘Imran, 3: 18)

“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku (dari kalangan orang yang berilmu) yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat (ketetapan Allah)”.” (Hadis Riwayat Muslim)

6 – Menjadi tempat rujukan masyarakat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah supaya sentiasa merujuk kepada orang yang mengetahui (berilmu).

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan sekiranya mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri (para ulama) di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Jika tidak disebabkan kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).” (Surah an-Nisaa’, 4: 83)

“Bertanyalah kamu kepada ahluz zikri (orang yang berilmu iaitu dari kalangan ulama) apabila kamu tidak mengetahui.” (Surah an-Nahl, 16: 43)

Ibnu Qutaibah rahimahullah berkata:

“Sekiranya masalah yang rumit di antara kedua perkara tersebut dikembalikan kepada orang yang berilmu yang memahami al-Qur’an dan as-Sunnah, maka jelaslah bagi mereka manhaj itu dan jalan keluarnya pun menjadi luas, tetapi ada sesuatu yang menghalanginya iaitu mencari kekuasaan, suka mengikut keyakinan dan perkataan-perkataan saudara-saudaranya.” (al-Ibanah, 1/188. Dinukil dari Tsaqil Shalfiq al-Qasimi, Membantai Ahlul Ahwa dan Bid’ah, Pustaka as-Sunnah, m/s. 83)

Demikianlah beberapa kriteria yang dapat disenaraikan dari beberapa sumber rujukan berkenaan ciri-ciri ulama. Dengan itu agar kita tidak bermudah-mudah mengangkat seseorang sebagai ulama atau sesebuah pendapat manusia tertentu untuk dijadikan sebagai fatwa sekaligus sebagai rujukan di dalam agama.

Malah imam Malik rahimahullah sendiri pernah berkata dengan tegas:

“Seseorang tidak layak memandang dirinya telah wajar untuk mengeluarkan pendapat (fatwa) sehingga dia bertanya (tentang dirinya) kepada orang yang lebih ahli (berilmu) daripada dirinya.” (Diriwayatkan oleh Abu Na’aim dan al-Baihaqi)

Mengungkit-ngungkit Kebaikan

 Mengungkit-ngungkit Kebaikan Disertai Menyakiti (Hati) Orang Yang Diberi Kebaikan

Mengungkit-ngungkit Kebaikan Disertai Menyakiti (Hati) Orang Yang Diberi Kebaikan

Sumber: 
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com

Bersedekah atau berinfak di jalan Allah adalah termasuk kepada perbuatan ma’ruf yang mendekatkan seseorang hamba kepada Rabb-nya dengan sedekat-dekatnya dan menjaga diri dari kematian yang buruk.

Allah Subhanahu wa ta’ala (s.w.t.) telah memuji hamba-hambanya yang mengeluarkan sedekah (memberi sedekah), firman-Nya,

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan penerima), mereka memperolehi pahala di sisi Rabb mereka. Tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (al-Baqarah, 2: 262)

Dari penjelasan dalil tersebut menyatakan bahawa mereka yang tidak mengungkit-ngungkit pemberiannya dan tidak menyakiti hati si penerima, maka Allah memberikan kepadanya pahala. Juga sebaliknya, jika mereka memberi dengan keadaan yang mengungkit-ngungkit dan menyakiti si penerima, maka Allah menghilangkan pahala dari perbuatan amalannya itu. Ini dilihat sebagaimana firman Allah s.w.t.,

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (al-Baqarah, 2: 264)

Maka, hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam mengeluarkan sedekah iaitu dengan meletakkan ciri ikhlas sebagai tunjuangnya dan dengan semata-mata kerana mengharap redha Allah s.w.t. bukannya mengharap balasan balik dari manusia. Dan sesungguhnya Allah memberikan balasan yang besar kepada mereka yang bersedekah atas landasan ikhlas kerana Allah sebagaimana yang dinyatakan melalui firman-Nya,

“Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, (iaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera, di dalamnya mereka duduk bertelakan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.” (al-Insaan, 76: 5-13)

Ancaman kepada Mereka Yang Suka Mengungkit Pemberian

1 - Tidak memperolehi ganjaran pahala sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya,

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan penerima), mereka memperolehi pahala di sisi Rabb mereka. Tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (al-Baqarah, 2: 262)

2 -Tidak diterima alasan dan tebusannya, sebagaimana Hadis Nabi s.a.w.,

“Tiga (3) orang yang Allah tidak menerima alasan dan tebusannya, iaitu anak yang derhaka kepada orang tua, orang yang mengungkit-ngungkit kebaikan dan orang-orang yang mendustakan Taqdir.” (Hadis Riwayat Ibnu Abi ‘Ashim dalam as-Sunnah, 323. ath-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir, 7547, dan lain-lain dari hadis abu Ummamah rdhiyallahu ‘anhu (r.a.). Sanadnya dihasankan oleh al-Mundziri dalam at-Targhiib wa at-Tarhiib, 3/321)

3 - Tidak akan di-ajak bicara, tidak melihat kepadanya dan tidak akan disucikan oleh Allah.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda,

“Tiga orang yang tidak akan Allah ajak bicara pada hari kiamat, tidak pula Allah melihat kepada mereka dan juga tidak mensucikan mereka, serta bagi mereka azab yang pedih.”

Abu Hurairah berkata, “Beliau mengulanginya hingga tiga (3) kali”. Abu Dzarr berkata, “Sungguh merugi, siapakah mereka wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Musbil (orang-orang yang berisbal iaitu yang melabuhkan pakaiannya melebihi mata kaki ke bawah (bagi lelaki)), orang yang mengungkit-ngungkit kebaikannya dan orang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu.” (Hadis Riwayat Muslim, 106)

4 - Diancam Tidak Masuk Syurga

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tiga (3) orang yang tidak akan masuk syurga, “Anak yang derhaka kepada orang tuanya, orang yangterus-menerus minum khamar, dan orang yang mengungkit-ngungkit pemberiannya.” (Diriwayatkan oleh an-Nasa’i, 5/80-81, Ahmad, 2/134, al-Hakim, 4/146-147, al-Baihaqi, 8/288, al-Bazzar, 1875, dan selain mereka dari jalan Salim bin ‘Abdillah)

Penutup

Maka, bersegeralah kita menjauhi hal-hal yang seperti itu dan menerapkan keikhlasan dalam setiap amal perbuatan kita dengan mencari redha dari Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman,

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (al-Baqarah, 2: 263)

Kufur, Syirik, Murtad dan Nifaq

Kufur, Syirik, Murtad dan Nifaq

Adakah kita mengetahui bahawa orang yang mati dalam keadaan kafir, musyrik, atau murtad, tidaklah sah amalan-amalan baiknya, sama ada seperti solat, puasa, sedeqah, hubungan baik silaturahim, menjaga hak-hak tetangga dan sebagainya. Hal ini adalah kerana syarat sahnya ibadah adalah sewajarnya terlebih dahulu mengetahui untuk siapa ia/kita beribadah. Sedangkan orang kafir kehilangan syarat ini, maka amalannya pun batal/sia-sia.

Allah s.w.t. berfirman:

“...Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya. “ (Surah al-Baqarah 2: 217)

Allah s.w.t. berfirman:

“Tidaklah sepatutnya orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedangkan mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam Neraka.” (Surah at-Taubah 9: 17)

Allah s.w.t. berfirman:

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mendustakan akan pertemuannya dengan akhirat, sia-sialah, perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-A’raaf 7: 147)

Allah s.w.t. berfirman:

“Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam), maka hapuslah amalannya dan ia di hari akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah al-Maa-idah 5: 5)

Allah s.w.t. berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kemudian mereka mati dalam keadaan kafir, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampun kepada mereka.” (Surah Muhammad 47: 34)

Firman Allah telah sampai kepada puncaknya (akhirnya) dalam menetapkan hakikat syari’at ini, menyatakan kepada Rasulullah dalam rangka mengingatkan ummatnya. Maka, jika Rasulullah s.a.w. (dengan kedudukannya yang mulia) berbuat syirik, maka akan batallah seluruh amalannya. Bagaimana dengan kita?! Akan tetapi, beliau s.a.w. tidak akan berbuat syirik kerana ketinggian darjatnya, lebih-lebih lagi jika beliau murtad, sangatlah mustahil dilakukan oleh beliau secara syara’, kerana beliau itu ma’shum (terpelihara dari kesalahan) yang dipelihara oleh Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman:

“Dan sesungguhnya telab diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-Nabi) sebelummu jika kamu mempersekutukan (Allah,), niscaya akan terhapuslah amalmu, dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang yang rugi. “ (Surah az-Zumar 39: 65)

Allah s.w.t. berfirman mengkhabarkan tentang seluruh Rasul-Nya:

“...Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang mereka kerjakan.” (Surah al-An’aam 6: 88)

Dan ayat-ayat berkenaan hal ini cukup banyak sekali

Nabi s.a.w. bersabda:

“Jika Allah telah mengumpulkan manusia dari pertama sampai terakhir pada hari yang tidak ada keraguan padanya (hari Kiamat), seorang penyeru akan berkata: “Barangsiapa yang menyekutukan Allah dalam amalannya yang ia lakukan untuk seseorang, maka hendaklah ia meminta pahala darinya, kerana Allah sangat tidak memerlukan kepada kesyirikan”.” (Sahih lighairihi, diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (3154), Ibnu Majah (4203), Ahmad (4/215), Ibnu Hibban (7301) dan yang lainnya dari jalan Muhammad bin Bakr al-Bursani, dari Abdul Hamid bin Ja’far, ayahku mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu Mina, dari Abu Sa’ad bin Abi Fudhalah al-Anshari secara marfu’. at-Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan gharib,” dan disepakati oleh Syaikh al-Albani dalam Takhriijul Misykaah (5318). Menurut Sheikh Salim al-Hilali, “Hadis tersebut sebagaimana yang beliau katakan, Ibnu Mina’ namanya adalah Ziyad, ia seorang yang hadisnya hasan, insya Allah, rawi darinya adalah Ja’far bin ‘Abdillah, seorang yang tsiqah, dan rawi lain semuanya tsiqah. Hadis ini mempunyai syawahid yang sahih dari hadis Abu Hurairah r.a. yang diriwayatkan oleh imam Muslim (8/115, Syarh Nawawi))

Dan selayaknya juga mengetahui beberapa perkara dalam bab ini secara ringkas, di antaranya adalah:

a). Bahawa orang-orang yang mati (dalam keadaan) kafir, tetapi mereka mengamalkan sebahagian perbuatan baik, Allah tidak akan menyia-nyiakannya, namun Allah akan membalasnya di dunia saja.

Allah s.w.t. berfirman:

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak dirugikan, itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali Neraka, dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telab mereka kerjakan.” (Surah Huud 11: 15-16)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi kebaikan seorang mukmin, Dia memberinya (dalam riwayat lain: memberi pahala) rezeki di dunia, dan balasan di akhirat. Adapun orang kafir, ia diberi makanan dengan kebaikan yang ia lakukan di dunia, sehingga apabila ia telah pulang ke akhirat, tidak ada satupun kebaikan yang boleh dibalas. (Hadis Riwayat Muslim (16/149-150, Syarh Nawawi) dari hadis Anas r.a.)

b). Bahawa orang kafir apabila masuk Islam dan wafat di atas keimanan, Allah akan menghapuskan semua kesalahannya, dan dituliskan untuknya kebaikan yang pernah ia lakukan sebelum masuk Islam, sebagaimana yang ditunjukkan oleh dalil-dalil yang jelas dari Rasulullah s.a.w..

Dari Abu Said al-Khudri r.a., ia berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang hamba masuk Islam dan keislamannya itu baik, Allah akan menulis setiap kebaikan yang pernah ia lakukan dan dihapus darinya setiap keburukan yang pernah ia lakukan, kemudian setelah itu adalah balasan; satu kebaikan dihitung 10 sehingga 700 kali lipat, setiap keburukan dihitung satu, kecuali bila Allah memaafkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari secara mu’allaq (1/98, Fathul Baari) dan disambung sanadnya oleh an-Nasa’i (8/105-106) dengan sanad yang sahih. al-Hafizh berkata (1/99): “Telah tsabit dalam seluruh riwayat apa-apa yang tidak ada dalam riwayat al-Bukhari, iaitu tentang penulisan kebaikan yang dilakukan sebelum masuk Islam.”)

Dari Hakim bin Hizam r.a., ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang perkara (ibadah) yang dulu aku pernah lakukan di masa Jahiliyyah yang berupa sedeqah, memerdekakan budak, jalinan silaturahmi, apakah ada pahalanya?” Beliau menjawab:

“Engkau masuk Islam di atas kebaikan yang pernah engkau lakukan dahulu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (3/301 Fathul Baari) dan Muslim (2/140, 141,142, Syarh Nawawi))

Dari ‘Aisyah r.anha, ia berkata: “Ya Rasulullah, dahulu di masa Jahiliyyah, Ibnu Jad’an gemar menyambung tali silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Beliau menjawab:

“Tidak, wahai ‘Aisyah, sesungguhnya ia tidak pernah sekalipun mengatakan: ‘Wahai Rabb-ku, ampunilah kesalahanku pada han Pembalasan)” (Hadis Riwayat Muslim (3/86, Syarh Nawawi))

‘Abdullah bin Jad’an adalah orang yang sering memberi makan, sehingga ia menyediakan sebuah piring besar (yang berisi makanan) untuk tamu tidak diundang, yang ia boleh ambil dengan menggunakan tangga. Semua itu tidak bermanfaat untuknya di akhirat, kerana ia mati dalam keadaan kafir, ia mengingkari hari Kebangkitan.

Inilah kebenaran yang ditetapkan oleh dalil-dalil yang sahih yang banyak, bahawa orang kafir apabila masuk Islam, maka amalan solehnya di waktu Jahiliyyah tetap bermanfaat untuknya, berbeza jika ia mati dalam kekafiran, maka (amalnya) tidak akan bermanfaat untuknya, bahkan terhapus disebabkan kekufurannya, perbuatan baiknya akan dibalas di dunia sahaja secara syara’, (tetapi) di akhirat kelak kebaikannya tidak akan bermanfaat sedikitpun dan siksanya tidak akan diringankan, apatah lagi untuk diselamatkan darinya.

Apabila kita sekalian telah menyedari hakikat ini, jelaslah bagi kita kesilapan sebahagian kaum muslimin (dalam pandangan kelalaian dan kebodohan) bila mereka melihat penyimpangan kaum muslimin dari akhlak dan perangai yang baik, mereka berkata: “Orang Yahudi dan Nasrani lebih baik dari mereka.’ Maksudnya, ahli maksiat dari kaum muslimin.

Demikian pula perkataan sebagian kaum muslimin (yang bersumpah atas Nama Rabb mereka): “Demi Allah, tidak akan masuk Neraka orang yang menciptakan telefon dan menemukan bahan-bahan perubatan yang menakjubkan, cukuplah untuknya khidmat yang agung ini yang ia persembahkan untuk manusia dan meringankan kesulitan mereka.”

Sheikh Salim al-Hilali menyatakan: “(Pahala Allah itu) bukanlah menurut angan-angan kalian yang kosong, Allah telah berfirman:

‘Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya. Dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. ‘ (Surah Ali ‘Imran 3: 85)

Orang-orang kafir itu tidak akan diterima oleh Allah, taubat dan tebusannya, kerana mereka telah menghabiskan kebaikan mereka dalam kehidupan dunia. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:

“Dan (ingatlah) hari (ketika,) orang-orang kafir dihadapkan ke Neraka (kepada mereka dikatakan): “Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasiq”.” (Surah al-ahqaf 46: 20)

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...