ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 12 July 2015

DENGAN IZIN ALLAH SWT NAJIB AKAN TUMBANG


DENGAN IZIN ALLAH SWT NAJIB AKAN TUMBANG
Saya secara peribadi amat kurang yakin dengan keikhlasan serta kredibiliti 'task force' dalam siasatan kes skandal 1mdb namun begitu yakin dengan kuasa Allah swt akan mengatasi segalanya. Ini pendapat peribadi saya.
Setiap manusia mampu membohongi sesama manusia tetapi mana-mana manusia tidak akan mampu membohongi Allah swt Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil.
Dalam apa jua keadaan saya begitu yakin bahawa dato sri najib tun razak bakal tumbang dari kerusi nombor satu negara dalam sedikit masa lagi kerana beliau telah gagal memikul tanggungjawab secara amanah kepada bangsa, agama serta tanahair.
Polemik politik tanahair masakini menjadi kemelut kerana setakat ini dato sri najib tak mahu dan gagal menjawab semua persoalan secara jujur mahupun ikhlas. Saya tak faham kenapa dato sri najib tak mahu jawab semua persoalan yang ditimbulkan secara kaedah mudah.
Kalau rakyat tanya mana pergi duit-duit 1mdb jawab saja ianya sedang berada di mana!! Bekalkan kenyataan dengan bukti hitam putih!! Cukup senang dan mudah!!
Kalau wall street journal dan sarawak report tuduh sejumlah wang 1mdb yang berjumlah USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya; dato sri najib tanpa berlengah harus pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis terhadap pihak yang kononnya memfitnah beliau. Fitnah ini pula disebarkan ke seluruh dunia yang amat memalukan najib serta imej negara!! Malangnya, dato sri najib enggan lapor polis serta tidak ambil tindakan saman malu secara secepat yang mungkin!! Kenapa??
Surat dari pihak peguam najib yang dihantar ke wall street journal hanyalah seutus surat 'bodoh' yang cukup melucukan!!
Bukan surat saman tetapi surat untuk meminta penjelasan dari wall street journal saja. Saya tak tahu samada peguam 'benak' atau dato sri najib pun tak faham bahasa!!
Secara jujur dan ikhlas, saya sebagai rakyat marhein ingin menasihati dato sri najib agar sekurang-kurangnya bercuti untuk izinkan satu siasatan yang komprehensif oleh pihak 'task force' dapat dijalankan secara telus, adil lagi saksama.
Budaya manusia kaki bodek minda lemah ni selagi bos berada di kerusi nombor satu negara; kita takut kalangan ini merasai serba salah untuk menyiasat secara telus dan seterusnya melaporkan berteraskan kebenaran hakikat!!
Sebelum saya bernekad untuk lawan kemungkaran rasuah skandal 1mdb ini; saya sudah dapat bayangkan beberapa malapetaka bakal menimpa diri. Saya juga mempunyai sedikit pengalaman lawan kemungkaran datuk seri anwar ibrahim pada tahun 1998 bila menerbitkan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' di saat tun dr mahathir mohamad enggan mempercayainya pada waktu itu.
Jadi saya sudah 'mangli' dan faham sangat implikasi politik yang bakal menimpa diri saya bila kita lawan arus atas dasar kebenaran!! Kini pula saya lawan kemungkaran kepimpinan Perdana Menteri maka lagi teruk implikasi dari aspek politik serta ekonomi yang bakal membelenggui diri saya!!
Bersyukur kehadrat Allah swt yang bekalkan prinsip berani kerana benar kepada saya secara utuh!! Saya hanya yakin dan berpegang pada aqidah Allah swt demi untuk selamatkan negara dan rakyat di tanahair kita. Saya juga tidak mempunyai sebarang kepentingan sebab itu selepas terbukti datuk seri anwar ibrahim bersalah pada tahun 1998 nasib diri saya sama saja berusaha siang malam untuk teruskan perjuangan hidup.
Kalau saya disuruh oleh tun dr mahathir mohamad pada waktu itu dan menjadi budak suruhan beliau sudah pastilah kini saya mungkin dah jadi menteri kabinet!!
Moral di sini, saya tiada kepentingan peribadi cuma saya pikul tanggungjawab perjuangan ini sebagai satu fardhu kifayah untuk menyelamatkan negara kita dari runtuh bankrap sekiranya rasuah tidak dilawan secara habis-habisan!! Rasuah perosak bangsa, agama dan negara!!
Kita tidak boleh biarkan lagi pemimpin memperbodohkan serta mengkhianti aspirasi rakyat yang mengundi mereka untuk memerintah negara kita.
Yakinilah pada Allah swt seterusnya keempat-empat anggota 'task force' yang terdiri dari ketua polis negara, peguam negara, gabenor bank negara dan ketua pesuruhjaya sprm mesti berpegang pada amanah Allah swt berteraskan ajaran Al-Quran serta As-Sunnah di dalam melaksanakan tanggungjawab secara amanah!!
JANGAN TAKUT SESAMA MANUSIA, TAKUTLAH HANYA PADA ALLAH SWT!!

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...