Bila Tempoh Tamat, Peguam Najib Anggap Sebagai Pengakuan Bersalah ? ? Hahahaha .....
Tuesday, July 21, 20150 comments
Dua minggu berlalu, hari yang dinanti berkunjung tiba ...., dari TMI -
.
Mewakili firma Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak, beliau berkata, sehingga semalam pihaknya belum menerima sebarang respons daripada penerbit WSJ, Dow Jones.
"Antaranya mengemukakan saman atau mengeluarkan surat tuntutan kepada WSJ
Wan Azmir dilaporkan berkata, tindakan berdiam diri WSJ itu memberi tanggapan akhbar itu mengaku bersalah dan pihaknya menunggu arahan lanjut daripada Najib mengenai tindakan yang sesuai diambil terhadap artikel tersebut.
Apakah tindakan Najib seterusnya ? Diam sebulan sebelum bagi NOTIS 3 bulan pula sebelum saman WSJ ?
Nak saman atas alasan apa kalau motif WSJ masih belum jelas pada pandangan Najib ? Kenapa tidak saman saja pada dakwaan yang jelas iaitu - Dakwaan transaksi deposit billion2 masuk akaun peribadi Najib. Itu kan yang JELAS ?
Kemudian keluarkan satu kenyataan yang jelas juga kepada rakyat Malaysia bagi menafikan transaksi2 itu.
Saya amat hairan sepanjang isu ini berlegar, TIDAK ADA seorang pun pemimpin Umno atau BN yang berani tampil meminta Najib menafikan dakwaan deposit billion2 ke dalam akaun peribadinya itu !
Apakah anda semua merasakan ia satu perkara yang boleh diterima ? TIDAK APA ?
Apakah rakyat Malaysia tidak perlu tahu apa2 mengenai deposit2 itu ?
Apakah mereka yang pro Najib juga tidak merasakan keperluan untuk mendapatkan kepastian akan deposit2 itu ?
APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN2 NEGARA INI ? ?
Bagaimana dengan dakwaan Tun Mahathir melalui artikel Chedet semalam (KLiK ) -
12. There is no denial that money was deposited in the private account. The explanation to UMNO is that it was for the elections. UMNO seems satisfied. Don’t they know that Government money cannot be used to help a political party to win elections? But the money was from donation. Who donated 2 billion Ringgit? No answer.
Ya, siasatan masih berjalan. Tapi bukankah PENGAKUAN atau PENAFIAN dari empunya badan perlu ditagih terlebih dahulu ?
Apakah kepimpinan Umno merasakan TIDAK APA deposit2 itu sekiranya ia untuk kepentingan parti ?
Setakat mengesahkan transaksi2 itu tidak memerlukan masa yang lama, hanya rujuk kepada dokumen2 sah yang ada. Malah kalau merujuk dari penyata bank pun dah boleh sahkan samada transaksi2 itu wujud atau tidak.
Kenyataan Tun Mahathir di atas juga perlu mendapat perhatian bukan saja dari Task Force tapi dari pihak Polis dan SPRM !
Untuk menyiasat apa yang disebalik transaksi2 itu mungkin mengambil masa. Tapi buat masa ini apa yang rakyat mahu dengar adalah samada ADA ATAU TIDAK deposit billion2 itu ?
APA YANG PAYAH SANGAT ? ? ?
Oya, rumusan dari pihak peguam Najib ini memang kelakar -
"Keengganan Dow Jones memberi sebarang jawapan mahupun penjelasan terhadap dakwaan itu boleh diterjemahkan sebagai pengakuan bersalah,"
.
Hahahahaha ........ BERSALAH atas apa kalau Najib sendiri terkemut2 nak jawab ! ?
Satu lagi, bila diberikan syarat 'Jawab/Tarik Balik ATAU Berdepan Saman' dan suspek tak layan, bukankah itu membawa maksud dia CABAR BALIK supaya di saman ?
Saya baca pendirian BOLAYAN pihak WSJ terhadap surat minta penjelasan Najib sebagai SATU CABARAN supaya Najib menyaman mereka bukannya sebagai satu pengakuan bersalah sebagaimana kata peguam Najib.
Oya, kalau si isteri pun berdepan dengan situasi yang hampir sama ! ( KLiK)
“Memandangkan profil klien saya sudah didedah di peringkat nasional dan antarabangsa, adalah diharapkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjalankan siasatan segera dalam tempoh 72 jam dan memaklumkan hasil siasatan tersebut,”
Itu pada 11 Julai lalu. Sudah 10 hari atau 240 jam berlalu ..........
Media kita hanya gempak masa nak hantar surat jer, konon yang kena tuduh berani ..... tapi bila tempoh hadmasa tamat tanpa sebarang reaksi, tidak ada yang mahu hebahkan.
Rakyat mahu tahu - ADA atau TIDAK ADA deposit billion2 dan juta2 itu ke dalam akaun peribadi pasangan Najib-Rosmah ?
No comments:
Post a Comment