Petrosaudi Kencing 1MDB ATAU 1MDB-Petrosaudi BerJV Kencing Rakyat Malaysia ? ?
Tuesday, July 7, 201535comments
Dalam artikel kontroversi WSJ isu Najib Billion2, kenapa WSJ merujuk Petrosaudi sebagai sebuah syarikat yang tidak dikenali sedangkan kerajaan Malaysia begitu amat teruja sekali bila dapat berurusniaga dengan Petrosaudi, bertuah konon dapat buat usahasama dengan sebuah syarikat minyak gergasi milik negara Arab Saudi ! ?
Semakan melalui laman web Petrosaudi menemukan kita kepada kenyataan ini -
PetroSaudi was founded in 2005 by Tarek Essam Ahmad Obaid and private investors. PetroSaudi International is a privately owned oil exploration and production company, with its main offices in the United Kingdom, Saudi Arabia and Switzerland.
Privately owned / Milik persendirian ? Laaaa..... bukanlah milik kerajaan Arab Saudi @ keluarga diRaja Arab Saudi !
Laman web nya pula tidak menunjukkan ianya sebagai sebuah konglomerat atau syarikat yang besar. Banyak maklumat yang tidak ada sepertimana yang biasa kita temui di laman2 web syarikat besar. Paling mengejutkan adalah, Petrosaudi tidak ada langsung aktiviti perniagaan sebelum tahun 2009. Dari tahun 2005 sehingga 2009, Petrosaudi merupakan sebuah syarikat yang dormant / tidak aktif !
Err... sekadar peringatan..... JV 1MDB-Petrosaudi Cayman adalah pada tahun 2009 .... Bagaimana 1MDB boleh sesenang itu beri USD1 billion hasil jualan bon Islam untuk JV dengan sebuah syarikat yang tidak aktif ? Bukankah track record sebuah syarikat itu penting sebelum kita buat keputusan hendak JV .... apalagi atas nama kerajaan Malaysia ?
Dari laman web Petrosaudi, berita tentang projek pertama dalam industri minyak hanya bermula Januari 2010 bila mereka beli kapal gerudi - Petrosaudi Discoverer dan diikuti dengan sebuah lagi kapal Petrosaudi Saturn pada November 2010.
Tidak ada Petrosaudi News sebelum Januari 2010 dan berita pembelian dua buah kapal pada tahun 2010 |
Kedua kapal itu dibeli oleh anak syarikat Petrosaudi bernama Petrosaudi Oil Services Limited yang ditubuhkan pada tahun 2009. ( tahun JV dengan 1MDB ! ? )
Perhatikan kronologi JV dan Petrosaudi bila dikaitkan -
September 2009 - JV antara 1MDB-Petrosaudi. 1MDB beri USD1 billion untuk 40% saham dalam JV
Januari 2010 - Petrosaudi beli kapal Petrosaudi Discoverer
Mac 2010 - JV di tamatkan tidak sampai 6 bulan selepas sain kontrek TANPA sebarang aktiviti perniagaan. 1MDB tidak dikembalikan wang pelaburan tapi ditukarkan menjadi pinjaman yang diberikan oleh 1MDB kepada Petrosaudi. Beberapa bulan kemudian, 1MDB beri lagi pinjaman USD500 juta kepada Petrosaudi.
November 2010 - Petrosaudi beli sebuah lagi kapal Petrosaudi Saturn
Mei 2011 - 1MDB beri lagi pinjaman USD330 juta kepada Petrosaudi.
Ogos 2011 - Petrosaudi buat JV dengan Ghana dalam projek carigali minyak
Perhati balik kronologi di atas ....... kenapa terbau hancing jer ... Siapapun akan beranggapan bahawa 1MDB sebenarnya memberi bantuan kewangan kepada Petrosaudi untuk memulakan bisness ! Menggunakan wang rakyat Malaysia....
Kenapa 1MDB berJV dengan sebuah syarikat yang tidak aktif dan tidak punya pengalaman dalam industri minyak ? Petrosaudi juga tidak punya sebarang aset langsung kecuali aset dalam bentuk Hak Carigali Minyak ( oil exploration rights ) yang kita sendiri sudah kantoikan kesahihannya !
Ooooops .... nanti jap.... bukan ke USD700 juta dari jumlah USD1 billion dah lesap dua hari selepas sain kontrek ?
Well, actually ..... carian internet menunjukkan Petrosaudi beli kapal Discoverer pada harga USD150 juta dan Saturn USD260 juta.
Kemungkinan itu masih ada !
Baca artikel dari laman 1MDB bertarikh 30/9/2009 -
- Malaysia and Saudi Arabia today entered a new era of economic cooperation with the setting up of a US$2.5 billion joint-venture company, which will spearhead the flow of foreign direct investments from the Middle East as well as make strategic investments in high-impact projects here.
- The JVC is also expected to be a vehicle for investments from the Middle East into the region, thereby giving Malaysia the edge in drawing investments from the cash- and resource-rich region.
- "The JVC is set to further increase foreign direct investment from the Middle East, in particular Saudi Arabia. We will leverage on PSI's strong international presence, their networks and expertise to promote Malaysia as the preferred investment destination." - CEO 1MDB Shahrol Halmi.
Letakkan diri anda kembali pada waktu itu dan sedang baca artikel berkenaan .... dan dengan apa yang kita ketahui sekarang - Siapa yang kencing siapa ni ?
Petrosaudi kencing 1MDB atau 1MDB-Petrosaudi berJV kencing rakyat Malaysia ?
Ya, semua itu hanya kemungkinan saja tanpa bukti ..... tapi ia adalah kemungkinan yang berasaskan circumstanstial evidence.
AKHIRNYA .... keseluruhan USD1.83 billion duit dari Malaysia menjadi tandatanya, dah tak nampak bayang sejak dibawa keluar. Yang ada hanyalah Just Unit .... yang juga menjadi tandatanya rakyat.
Rujukan / terjemahan lebihkurang dengan tokok tambah - JMD Did Petrosaudi swindle 1MDB and steal our money?
No comments:
Post a Comment