Rafizi dedah satu lagi hartanah MARA dibeli harga lebih tinggi
Khairil Ashraf | June 30, 2015
MARA membeli hartanah 333 Exhibition Street dengan harga AUD$31 juta sedangkan sebuah syarikat tidak bernama telah membeli terlebih dahulu hartanah itu dengan harga lebih rendah, AUD$22 juta.
rafizi-ramli
KUALA LUMPUR : Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui anak syarikatnya MARA Inc didakwa membeli hartanah di 333 Exhibition Street, Melbourne lebih mahal AUD$9 juta atau RM27 juta berbanding harga asal.
Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW), Rafizi Ramli berkata, sebuah dana hartanah Quintessential Equity menjual hartanah tersebut kepada sebuah syarikat yang tidak dinamakan pada harga AUD$22 juta pada Oktober 2012.
“Kira-kira kurang enam bulan selepas itu, iaitu pada Mac 2013, MARA Inc membeli bangunan ini pada harga AUD$31 juta.
“Iaitu AUD$9 juta atau RM27 juta lebih mahal dari harga yang dibeli dari Quintessential Equity,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabatnya pada Selasa.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata perkara ini jelas membuktikan pembelian 333 Exhibition Street itu melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House iaitu harga yang dibayar MARA Inc jauh lebih tinggi dari harga pasaran.
“Jika kamu fikir Dudley House terlebih bayar, hartanah ini lebih mahal dari Dudley House,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Rafizi menuntut Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa menjawab soalan yang dibangkitkan iaitu rasional di sebalik MARA meluluskan pembelian 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran.
Beliau turut mempersoalkan syarikat atau individu yang memiliki hartanah tersebut sebelum dibeli oleh MARA Inc .
Rafizi juga mendedahkan perbezaan kadar pulangan sewa hartanah berkenaan yang hanya 6.2 peratus, tetapi kadar sepatutnya pada waktu pembelian hartanah itu adalah antara 6.5 hingga 7 peratus.
“Sepatutnya apabila kadar pulangan hartanah berada di bawah kadar purata bagi aset yang sama di Melbourne, cadangan pembelian ini seharusnya dihentikan oleh Majlis MARA,” katanya.
Dia mempersoalkan mengapa Annuar tidak menyemak kadar pulangan hartanah itu apabila beliau mengambil alih MARA.
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Tuesday, 30 June 2015
Berulangkali CheDet Tulis, 1MDB Jawab .... Kenapa Tak Buat Saja Sesi Soal Jawab ? ?
Berulangkali CheDet Tulis, 1MDB Jawab .... Kenapa Tak Buat Saja Sesi Soal Jawab ? ?
Wednesday, July 1, 20155comments
Sejak keluar pengakuan Timbalan Menteri Dalam Negeri Wan Junaidi yang segala pertuduhan oleh kerajaan ( yang didahului oleh PM Najib, Para Menteri, 1MDB dan askar2 upahan PMO ) susulan kes penangkapan Justo adalah bersandarkan ANDAIAN semata2, tetiba semua dah senyap ! ?
Dah takde Menteri lain lagi yang terima arahan supaya bersuara sama ? Menteri2 yang lantang bersuara baru ni tak nak bersuara lagi ?
Apa lagi, cepatlah saman Sarawak Report dan The Edge tuh ! Kan dah banyak bukti yang terkumpul ..... cepatlah bertindak ! Seluruh rakyat yang teruja dengan laungan2 pemimpin2 kerajaan baru ni sedang memerhati apakah langkah selanjutnya ..... Kalau dah berani menuduh ketahap menuntut diambil tindakan, pastinya dah ada bukti, kan ?
Nah, sekarang editor Sarawak Report, Claire Brown sendiri cabar pihak berkuasa supaya WALK THE TALK dan bertindak terhadap Sarawak Report jika benar apa yang didakwa mereka semua. Baca artikel terbaru dari Khairuddin Hassan yang baru bertemu dengan Claire sendiri - KLiK. Apa tunggu lagi ?
Kata Claire, sejak penahanan Justo minggu lepas, pihak Polis tidak ada pun menghubungi beliau atau SR ?
Kita pun nak tengok apa bentuk bukti yang ada, emel mana yang telah diubahsuai, nak bandingkan maklumat antara yang ORI dengan yang palsu. Bagi kami, ia satu peluang untuk lebih mencerahkan lagi apa yang kami tahu mengenai urusniaga 1MDB-Petrosaudi.
Pihak 1MDB ada menjawab artikel Chedet mengenai urusniaga dengan Petrosaudi, kononnya mereka sudah berulangkali jawab benda yang sama. Mereka hairan kenapa Tun Mahathir masih lagi bertanyakan perkara yang sama lagi.
Sebab jawapan yang diberikan tidak lengkap !
Rakyat juga mahu tahu KENAPA sesetengah keputusan itu di ambil, contohnya keputusan untuk buat JV dengan Petrosaudi ..... apakah pihak 1MDB sudah melakukan pemeriksaan yang sewajarnya bagi memastikan segala maklumat adalah sah ( due diligence ) ? Apakah benar Petrosaudi mempunyai aset USD2.7 bil ? Bagaimana penjelasan mengenai pembayaran USD700 juta dua hari selepas sain JV ?
Bukan kami tidak percaya jawapan 1MDB cuma kami mahu tahu LEBIH LANJUT sebab jawapan yang diberikan setakat ini tak berapa menyakinkan.
Point utama pihak 1MDB adalah dana asal untuk JV itu sudah dikembalikan bersama keuntungan ..... so tidak ada masalah.
Bab dana dikembalikan itu juga tak lengkap penjelasannya. Kami mahu tahu juga kenapa yang boleh silap sebut wang tunai padahal ianya dalam bentuk Unit ? Pelaburan itu dari AWAL lagi sudah ditukar kedalam bentuk Unit tapi kenapa sejak bulan Mei baru pihak 1MDB dan kerajaan sedar ianya dalam bentuk Unit ? Sebab sebelum Mei, perkataan Unit itu tidak pernah disebut pun ! Kalau anda perasan, sejak akhir2 ini 1MDB akan gunakan perkataan Unit bila merujuk kepada dana Cayman padahal sebelum kenyataan bertulis Najib yang meminda wang tunai kepada Unit pada bulan Mei lalu, tidak pernah ia dirujuk sebagai Unit.
Kenapa tidak Unit itu ditukarkan kepada wang tunai dan digunakan untuk tebus Option ? Tidak perlulah dicagarkan buat pinjaman dengan konsortium Deustch Bank kemudian kantoi tak bayar kemudian minta tolong IPIC bayarkan .... semua itu melibatkan kos tambahan yang boleh dielakkan jika Unit itu ditukar kepada tunai. Tidak pun, bayar saja kepada Aabar/IPIC dengan Unit itu dari awal !
Apapun yang berlaku kepada Unit itu, rakyat tetap mahu lihat bukti akan kewujudan Unit itu dan nilainya. Kalau dulu dikatakan dalam bentuk tunai rakyat nak tengok penyatanya ( yang pernah dilihat oleh Arul Kanda ), sekarang dah jadi Unit pun rakyat tetap nak tengok juga penyata Unitnya.
Bukannya susah pun ..... pung pang pung pang 1MDB duk menjawab padahal dengan menunjukkan bukti kewujudan Unit itu saja sudah cukup untuk sekurang2nya mengembalikan sebahagian kenyakinan rakyat terhadap 1MDB. Buktikan yang duit rakyat yang digunakan untuk projek bersama Petrosaudi itu masih ada.
Bahagian pertama dana Cayman itu pun tak diterangkan ke mana perginya ? Berapa banyak yang dibayar untuk tebus Option ? Tidak cukup sekadar sebut yang sebahagian darinya digunakan untuk bayar Option IPIC sebab dah 3 kali pembayaran dibuat untuk tebus Option itu .... berapa sebenarnya jumlah tebusan Option itu ? ( KLiK )
Kenapa IPP dibeli mahal dari harga pasaran pun tidak dijawab dengan menyakinkan. Kita tanya kenapa beli mahal dan kenapa tidak tunggu saja 3 tahun untuk kontrek itu berakhir sebelum beli ? Di jawab -
"Kami percaya dengan nilai yang dibayar - yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, seperti biasa apabila membeli perniagaan lain - adalah setara dengan potensi masa depannya,"
Adakah itu menjawab persoalan yang ditanya ? Kalau nilai IPP cuma RM400 juta, kenapa dibeli dengan harga RM2.3 bil ? ( KLiK )
Kalau harganya tidak boleh dirunding lagi ( pemilik tetap berkeras dengan RM2.3 bil ), kenapa tidak tunggu saja 3 tahun lagi bila kontreknya dengan TNB tamat ? Waktu itu belilah dan kemudian bincanglah dengan TNB untuk sambung kontrek. LAGI BAIK, biar saja TNB yang beli ! Tak perlulah 1MDB berhutang.
Persoalan2 sebeginilah yang perlu 1MDB jawab. Jika benar 1MDB yakin dengan kredibiliti dan tindakan2nya, kenapa tidak adakan satu sesi soal jawab dengan media ?
Ajak sekali Tun Mahathir untuk bersoal jawab. Tak perlu nak tunggu Tun tulis artikel baru kemudian 1MDB jawab dalam bentuk artikel juga. Padahal sama2 duduk dalam kawasan Lembah Kelang juga !
Kalau Pahlawan Bugis takut nak bersemuka dengan Tun Mahathir, bagaimana dengan 1MDB ? You got Nothing2Hide, kan ?
PS - Baca juga artikel terbaru JMD - Bekerja keras melindungi penyelewengan 1MDB
- Apabila kita bertanya mengapa kita hanya dikembalikan unit dan bukan wang tunai, 1MDB menemplak para penyoal dengan mengatakan jawapan sudah diberi berulangkali. Yang hanya diberi adalah jawapan bagaimana wang USD1.83 billion telah bertukar menjadi unit sebanyak USD2.318 billion.
Itu semua sudah tahu. Yang kita mahu tahu ialah, mengapa 1MDB begitu bodoh memberi wang tunai, yang telah digunakan sesuka hati oleh syarikat arab tersebut dan sebagai ganti, kita mendapat unit sahaja?Mana perginya wang asal USD1.83 billion tersebut?
- Sedangkan Deloitte, iaitu auditor 1MDB sendiri mencurigai kesahihan jumlah tersebut bilamana di dalam laporan audit 2014 mereka, unit unit ini telah diklasifikasikan sebagai aset kelas ketiga iaitu, kesahihan nilai aset tersebut tidak dapat ditentukan secara jitu.
- Sedangkan Deloitte, iaitu auditor 1MDB sendiri mencurigai kesahihan jumlah tersebut bilamana di dalam laporan audit 2014 mereka, unit unit ini telah diklasifikasikan sebagai aset kelas ketiga iaitu, kesahihan nilai aset tersebut tidak dapat ditentukan secara jitu.
KITA SUDAH DIJAJAH YAHUDI???
Rakyat Malaysia sekalian :
"Paul Stadlen" (lihat gambar pada post ini) ialah seorang warganegara UK, berketurunan yahudi, agen yahudi, bekas atau sebenarnya masih lagi dengan APCO (shadow operative). Di dunia ini, hanya 3 negara islam bodoh sahaja yang membenarkan APCO masuk dan membuka pejabat di negara nya. Iaitu UAE, Indonesia & Malaysia. (hanya mereka yang dijajah / puppet sahaja yg membenarkan APCO di negara nya).
Siapa dianya Paul Stadlen ini ? dia adalah Penasihat Perdana Menteri Najib Razakdi PMO (Pejabat Perdana Menteri), merangkap Ketua Pengarah Komunikasi Kebangsaan. Yang mana, beliau meng-kontrol semua Media negara, Tv, Radio, Surat Khabar, antara lain tugas beliau ialah untuk menaikkan imej Najib, termasuk sebagai "think tank" Najib dan boss kepada melayu melayu anjing tukang salak bagi menjawab segala kritikkan, tuduhan, pembongkaran dan sebagainya terhadap Najib. Antara melayu taraf macai suruhannya ialah Tun Faisal, Lokman Adam, Bard, SAMM dan ramai lagi lah Melayu low class dijajah oleh Mat Salleh ni.
Najib dan PMO menafikan membayar Paul Stadlen ini gaji, tetapi sebenarnya Paul Stadlen ini mempunyai syarikat konsultant yang dibayar berjuta juta, mungkin berbillion untuk menjahanamkan negara. Ingat, Malaysia membayar sejumlah RM 7 billion kepada konsultant konsultant bodoh ini. Gaji berapa sen sangat, lebih baik bayaran kontrak konsultansi kan ? masyukkk...
Paul Stadlen ini pernah dipukul, hampir mati di Malaysia ini. Nasib baik... tetapi kali ini, apabila rakyat tahu siapa dia ini. Aku tak rasa dia akan bernasib baik lagi.
Kepada rakyat Malaysia... halau lah mat salleh yahudi ni balik ke negara asal dia, cam muka dia betul betul, jangan bagi muka dan pegang prinsip ini, siapa Melayu atau orang Malaysia yang berkawan dengan Mat Salleh yahudi ini adalah musuh kita. Friends to our enemy is our enemies aswell.
Saya malas hendak bercerita panjang, untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca :
-
Apakah itu APCO ? (Bahasa Melayu) :
-
Siapakah Paul Stadlen Sebenarnya (English, yg tak faham tgk gambar OK) :
-
Hubung kait APCO dengan Illuminati serta NWO (New World Order)
-
Sila lihat juga Google search result ini : https://goo.gl/2d3oy3
-
Sekian...
.
.
.
Denmark lost billions on Goldman Sachs deal
Denmark lost billions on Goldman Sachs deal
Published: 25 Mar 2015 10:09 GMT+01:00
- DONG powers Denmark's renewable energy future (02 Nov 14)
Denmark lost out on billions of kroner when it sold partial ownership of Dong Energy to American investment firm Goldman Sachs in January 2014, Politiken reported Wednesday.
When the Danish government sold an 18 percent stake of Dong to Goldman Sachs, the Finance Ministry calculated the company’s value at 31.5 billion kroner ($4.6 billion).
But just three months later, Dong was granted the rights to instal a massive offshore wind park supported by the United Kingdom. According to Politiken, that deal shot Dong’s value up to over 50 billion kroner but was not calculated into the Goldman Sachs sale despite both Dong and the investment firm being fully aware of it.
Politiken also reports that the looming deal was common knowledge throughout the wind industry.
An advisor with Danish acquisitions firm Audon told the newspaper that the UK wind farm deal should have been calculated into the sale.
“If a company is looking at an essential new order immediately after a sale, one would typically wait to do the sale until the deal is done. If that’s not possible, then a price regulation mechanism should be used so that the buyer pays more if the company rises in value after the sale,” Frederik Aakard.
A Dong spokesman confirmed that the UK wind farms did not “play a special role” in the sale to Goldman Sachs, but would not comment on Politiken’s calculations that the government missed out dearly on the deal.
Finance Minister Bjarne Corydon told the paper that he “flatly rejects that the sale of Dong shares was too cheap”.
“The price included expectations on future earnings weighed against the risk of future projects not coming through,” he said.
The partial sale of state-owned Dong was deeply controversial and faced massive popular and political resistance.
The decision to sale caused the Socialist People’s Party to withdraw from the government coalition and an online petition against the sale gathered just shy of 200,000 signatures.
There were also reports that Danish pension fund had offered a higher bid for Dong, valuing the company at 46 billion kroner to Dong’s 31.5 billion.
A video from Financial Times discussing the deal can be viewed below.
IMDB MULA MEMUPUSKAN DIRI SENDIRI. AKAN TINGGAL NAMA DAN HUTANG SAHAJA NANTI.
IMDB MULA MEMUPUSKAN DIRI SENDIRI.
AKAN TINGGAL NAMA DAN HUTANG SAHAJA NANTI.
KITA GAGAL SELAMATKAN ASET 1MDB
Gagal. Hari ini 30hb Jun 2015, 1MDB mewakili rakyat Malaysia akan serahkan aset kita kira-kira bernilai RM 11 bilion ke tangan pihak asing iaitu IPIC yang berpusat di Abu Dhabi.
Kita masih tidak tahu apa bentuk aset yang akan dipajak gadaikan oleh 1MDB sebagai balasan bantuan pelunasan hutang 1MDB oleh IPIC.
Agaknya apa yang IPIC dapat? Kalau ikut blogger Lim Sian See yang rajin pertahankan untuk 1MDB yang lebih petah daripada mana-mana cyber troopers hatta media UMNO dan BN berkemungkinan ianya berbentuk "financial assets".
Apa kejadah atau "menate" "financial assets" tu?
Adakah dalam bentuk penjajahan bentuk baru ala IMF dan World Bank atau Brady Bonds yang menggunakan mekanisme "debt to equity swap"?
Entahlah, ada yang berpendapat seperti wartawan penyiasat veteran Ganesh Sahathevan bahawa Edra Energy berkemungkinan akan disuntik masuk ke dalam TNB bagi menjayakannya?
Agak tak mustahil memandangkan TNB telah dipaksa mengambil alih Projek Track 3B daripada Edra.
Apa-apa pun yang pasti ini permainan yang licik dan tahap tinggi. Sebab itu kita semua diperkotak-katikkan seperti contoh "red herringl berkenaan Xavier Justo yang ditangkap polis Thai baru-baru ini.
Saya telah menulis panjang beberapa bulan lepas (sebelum diserang hebat oleh para rakan yang pro-UMNO dan DS Najib) cara untuk selamatkan aset 1MDB daripada jatuh ke tangan kreditor dan tangan asing. Tampaknya saya silap agak kerana 1MDB sudah punya pelan yang rapi dan sanggup tergamak lakukan yang lebih daripada apa yang saya sangka dengan IPIC.
Saya juga telah ulas panjang lebar berhubung hal ini dengan menyentuh peranan governance DS Najib yang perlu "step aside" bagi membantu siasatan yang telus dan adil dalam Malaysian Observer Web TV.
Semua itu tidak menjadi.
Boleh ulang baca dan tonton ulasan saya itu di sini:http://www.rausyanfikir.com/2015/…/saving-1mdbs-assets.html…
KALAU NAJIB TANPA MAMA MONTEL...
shared Yahaya Ismail's post.
KALAU NAJIB TANPA MAMA MONTEL...
Banyak orang berpendapat tanpa mama montel Najib mungkin tidak menjadi PM paling lemah seperti sekarang. Sebagai keturunan Bugis sesat dari status bangsawan Pahang tentulah dia mewarisi darah pahlawan Melayu terbilang seperti bapanya, Tun Razak. Setelah kawin dengan Rosmah Mansor, bini orang hingga menimbulkan skandal riuh rendah segala beruk dan ungka di hutan Pahang, maka berkahwinlah mereka, masing2 menceraikan pasangan yang lama.
Apalah malang bagi keturunan Bugis ini sejak menikah dengan Rosmah, budak kampung dari Rembau, dia nampaknya berpaut lebih pada mama montel ini. Hari ini rakyat lihat mama montel lebih hebat nafsu untuk membolot kekayaaan dengan segala pemborosannya hingga menjadi legenda modern lebih terkenal dari Emelda Marcos. Beg tangan berharga beratus ribu, jam tangan bernilai berjuta, seluruh pelusuk tubuh lemak dihiasai dengan intan berlian bersalut tatah mutu manikam (bukan Manikam pemanjat pokok kelapa ambek tuak tu tau). Dengar cerita banyak dukun dan sami Hindu, Budha antarabangsa melawat Malaysia mengagumi mama montel yang dikatakan sangat bermurah hati dan memandang tinggi profesi mereka. Dikatakan juga Rosmah sangat tertarik dengan para pelakon Hindustan, terutama sekali yang laki2, dan kerajaan Malaysia, melalui kementerian pelancongan, pernah membelanjakan sekitar RM10 juta untuk mengadakan pesta Hindustan di Genting dimana Rosmah Mansor menjadi tetamu istimewanya!
Allah Maha Berkuasa Maha Mengetahui kini Najib ditimba bala dari skandal 1MDB yang akan membawa maut politik baginya dan juga mama montel. Berbagai bala diturunkan Allah sejak Najib jadi PM. Banjir besar di Kelantan, kehilangan MH370 di Lautan Hindi, kehancuran MH17 di Ukrain, gempa di Gunung Kinabalu, serangan pengganas2 Suluk di Sabah, kerakusan dan kegelojohan mama montel yang melantik dirinya sendiri sebagai First Lady semuanya sebagai tanda kehancuran kuasa politik Najib. Malah sekarang dia dengan bangganya mlantik pegawai asing pro Zionis dan Cina sebagai punahsihat perhubungan awamnya untuk menentang pengaruh Tun M yng disokong oleh majoriti rtakyat. Tun M, mantan PM, berusia 89 tahun, terpaksa masuk gelanggang untuk mempertahankan kuasa politik Melayu Islam dan negara ini dari kehancuran yang dibwa Najib, Rosmah dengan kabilah menteri yang mandul ide, uzur intelek, lupus tarikh.
Banyak orang berpendapat Rosmah alias mama montel, super rakus, tidak membawa tuah kepada Najib. Dia dianggap seperti Rasputin di belakang layar raja Tzar Nicholas, Russia, yang akhirnya membawa kehancuran dinasti raja di Moskow bila Lenin, pemimpin komunis, berjaya menumpaskan kerajaan beraja di sana. Kalau Najib masih bersama Tengku Puteri, isterinya yang dulu, bukan Rosmah, besar kemungkinan Najib tidak menjadi PM Malaysia paling lemah dalam sejarah.
Farid Ismet Bukan Suami Pertama Rosmah Tetapi.....
Farid Ismet Bukan Suami Pertama Rosmah Tetapi.....
Isu tentang perkahwinan pertama isteri Najib Razak, Rosmah Mansor sudah lama di perkatakan oleh orang ramai. Maka nama pembaca berita Dunia Jam 10 RTM, Farid Ismeth telah dikaitkan sebagai suami pertama beliau. Beliau sebenarnya tiada hubungan langsung dengan Rosmah Mansor dan perkara ini patut di perbetulkan untuk pengetahuan orang ramai.
Suami pertama Rosmah Mansor adalah seorang individu yang bernama Abdul Aziz Nong Chik yang berasal dari negeri Perak dan mereka dikatakan mempunyai tiga orang anak yang salah seorangnya bernama Azrene Soraya. Tetapi berita yang beliau memikat Najib sewaktu beliau masih berstatus isteri orang adalah benar dan Najib sendiri masih suami kepada Tengku Puteri Zainah
Memang Rosmah seorang yang bercita-cita besar sebesar nafsu yang beliau miliki dan beliau juga seorang yang mempunyai kelulusan. Beliau memiliki ijazah dalam bidang antrapologi dan sosiologi dari Universiti Malaya dan mendapat Sarjana Sains dalam bidang sosiologi dan pertanian dari Universiti Lousiana, Amerika Syarikat. Rosmah juga seorang yang suka kepada hiburan sepertimana yang selalu kita lihat dan dengar sehinggakan beliau sanggup memendekkan upacara rasmi yang dihadiri oleh Agong semata-mata tidak ingin terlepas bersama dengan bintang Bollywood satu ketika dulu.
Beliau termasuk antara orang yang suka berbelanja atau bahasa mudahnya seorang yang cukup boros dan hanya berminat kepada barang-barang yang berjenama. Harga bukan satu masalah buat beliau kerana Najib memegang kunci khazanah negara. Beliau suka kepada perhatian orang ramai malah beliau selalu mendahului Najib dalam setiap majlis-majlis rasmi sehinggakan mencetuskan kritikan orang ramai yang menganggap tindakan beliau adalah tidak sopan bagi isteri kepada pemimpin. Selepas kritikan demi kritikan, beliau terpaksa akur dengan berat hati berada di belakang Najib dan tidak melangkauinya.
Farid mengakui beliau tidak berjumpa dengan PM secara peribadi.
Isu sebenar ialah bagaimana seorang pembaca berita boleh mengeluarkan kata-kata yang beranggapan Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri Malaysia. Kalau kata-kata itu terpancut dari mulut orang buta yang pekak tidak timbul masalah tetapi ianya keluar dari seorang yang arif tentang negara dan setiap hari melaporkan perkembangan dunia.
Nama Rosmah Mansor tertera sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Mungkin di RTM dan TV3 hanya tergantung foto Agong, Permaisuri Agong dan Rosmah Mansor sebagai PM Malaysia, gambar Najib tiada sebab beliau hanya suami kepada Perdana Menteri. Nampaknya Rosmah sudah kawal semua media dan beliau dilihat benar-benar memain peranan sebagai orang paling berkuasa di Malaysia.Mungkin beliau lebih hebat daripada Najib sehinggakan beliau dapat mengawal Najib setanding dengan ilmu yang beliau miliki. Gua nak dengar komen daripada Mahathir tentang perkara ini dan mungkin Mahathir pun takut kat Rosmah Mansor. Gua ingat Mahathir cukup hebat dalam politik dan tadbir urus, rupa-rupanya beliau adalah seorang diktator tua yang kalah dengan perempuan bernama Rosmah Mansor, Perdana Menteri Malaysia a.k.a. First Lady of Malaysia......
Kerana Ketamakan Dan Keborosan Rosmah, Najib Haramjadah Akan Memikul Segala Kesalahannya.
Kerana Ketamakan Dan Keborosan Rosmah, Najib Haramjadah Akan Memikul Segala Kesalahannya.
Perdana Menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa mereka telah berjaya mengumpul lebih dari RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.
Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Razak Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan PM Najib seperti cacing kepanasan.
“Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami,” kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.
Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Razak Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang2nya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisyen.
Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan tersebut dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana2 pihak menerima atau menawarkan komisyen untuk mencapai perjanjian. Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh PM Najib semasa dia menjadi Menteri Pertahanan dan ia pula disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.
Walaupun PM Najib telah menafikan wujud apa2 jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno/BN, agensi2 kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.
Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah yang tercipta diatas urusan urusniaga tersebut. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.
“Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancar,” kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.
SUARAM juga telah berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan menyatakan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi oleh PM Najib itu.
Bukan sahaja kapal2 selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai2 Malaysia, termasuk PM Najib dan Razak Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.
Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Razak Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya yang telah dijanjikan, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.
Dua bekas pengawal peribadi PM Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.
Walaupun majlis makan malam pada hari Jumaat berjaya, pegawai2 SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya berjalan hingga ke akhirnya.
Selepas Jalbir, semua akan menunggu pula bila mahkamah Perancis akan memanggil Razak Baginda, PM Najib dan Menteri Pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Razak Baginda dan PM Najib.
“Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah,” kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini.
Selongkar Terhangat: Isteri Pertama Najib, Puteri Zainah Iskandar. (Bhg 1)
Selongkar Terhangat: Isteri Pertama Najib, Puteri Zainah Iskandar. (Bhg 1)
Semua orang tahu Datin Hajah Rosmah Mansor atau lebih di kenali sebagai BikMama@FLOM ialah isteri kedua Dato Seri Hj Najib Razak, PM Malaysia. Janda PM Najib pulak ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama PM Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi PM Najib. Wanita pertama yang berada di kiri PM Najib diatas pelamin yang kilau gemilau suatu ketika dahulu. Wanita pertama yang menjadi teman tidur PM Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar PM Najib untuk ke pejabat.
Walaupun ada kuasa yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin.
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan PM Najib masih terpapar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama PM Najib.
Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam kamus hidup PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut PM Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yie lah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.
1.) PM Najib menuduh isteri dia yg pertama, Puteri Zainah binti Iskandar mempunyai penyakit sawan gila babi, untuk membolehkan dirinya berkahwin dgn Rosmah Mansor?
2.) Anak dah 3 boleh jatuh hati dgn suami org lain dlm keadaan dia isteri org dan mak budak dah 3 anak?
Bersambung.....
Monday, 29 June 2015
Selongkar Terhangat: Isteri Pertama Najib, Tengku Puteri Zainah Adalah Kerabat Di Raja Kelantan. (Bhg 2)
Selongkar Terhangat: Isteri Pertama Najib, Tengku Puteri Zainah Adalah Kerabat Di Raja Kelantan. (Bhg 2)
Ni sambungan dari kisah isteri PM Malaysia yang wa post semalam. Kisah ni pun wa korek dari pakcik google jugak. Pasni mungkin ada versi lain pulak dari pihak Umno.
YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang jugak dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Haji Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan.
Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.
Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, 25 tahun yang lalu.
Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.
Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau.
Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel.
Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.
Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, 32 tahun, Puteri Nerlisa, 28 tahun dan Mohd. Naziffuddin, 25 tahun.
Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987
Dan pada malam menjelang Hari Raya itu jugak lah PM Najib dan Rosmah pergi ber'honeymoon' di Eropah. Dan menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.
Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.
Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, 25 tahun yang lalu.
Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.
Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau.
Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel.
Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.
Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, 32 tahun, Puteri Nerlisa, 28 tahun dan Mohd. Naziffuddin, 25 tahun.
Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987
Dan pada malam menjelang Hari Raya itu jugak lah PM Najib dan Rosmah pergi ber'honeymoon' di Eropah. Dan menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.
Bersambung.......
PELUPUSAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN-TUN M
1. Saya membaca dalam akhbar bahawa sebanyak 30 syarikat yang sekarang dimiliki oleh agensi Kerajaan (Government Linked Company) akan dilupuskan.
impannya.
3. Dengan perkataan lain saham-saham ini adalah milik Melayu dan Bumiputra lain. Kerana institusi ini memegang saham syarikat inilah yang peratusan saham korporat meningkat sedikit.
4. Jika saham-saham ini dijual kepada yang menawar harga yang terbaik, mungkin ianya tidak akan dapat lagi menyumbang kepada peratusan yang sedikit pegangan saham korporat oleh orang Melayu.
5. Saya berdoa hak orang Melayu dan Bumiputra lain yang sedikit ini tidak turut merosot.
impannya.
3. Dengan perkataan lain saham-saham ini adalah milik Melayu dan Bumiputra lain. Kerana institusi ini memegang saham syarikat inilah yang peratusan saham korporat meningkat sedikit.
4. Jika saham-saham ini dijual kepada yang menawar harga yang terbaik, mungkin ianya tidak akan dapat lagi menyumbang kepada peratusan yang sedikit pegangan saham korporat oleh orang Melayu.
5. Saya berdoa hak orang Melayu dan Bumiputra lain yang sedikit ini tidak turut merosot.
Justo @ 1MDB - Semua Tuduhan Kerajaan Malaysia Hanya Bersandarkan ANDAIAN LOGIK ? ? Malunya ....
Justo @ 1MDB - Semua Tuduhan Kerajaan Malaysia Hanya Bersandarkan ANDAIAN LOGIK ? ? Malunya ....
Monday, June 29, 201527comments
Menteri JPM Jamil Khir kritik pengamal media sosial yang beliau gelar sebagai keyboard warrior supaya jangan mudah menfitnah 1MDB -
"Hujung jari ni jadi 'keyboard warrior', pakai whatsapp, telegram, instagram, MMS, SMS dan segala macam sekarang.
"Apa lagi kalau cakap benda tidak betul, duduk cakap 1MDB, selepas itu ramai yang ulas dan cerita, bila mana Xavier Andre Justo kena tahan pula, pakat-pakat nak lepas diri pula," - Mkini.
Pakat-pakat nak lepas diri pula ..... ? Dari komen beliau itu jelas Jamil anggap 1MDB itu suci bersih tanpa was-was....
Dalam banyak2 kenyataan, yang ini paling direct membela 1MDB -
"Penangkapan Xavier Andre Justo memberikan impak yang besar kepada 1MDB terutama berkaitan kepada tuduhan-tuduhan yang disiarkan media atas talian.
"Bermakna, 1MDB berada atas landasan yang betul,"- Husni Hanadzlah - TMI.
Apa ni ? Habis semua Menteri tak Menteri sepakat keluar kenyataan sokong 1MDB bersandarkan berita penangkapan Justo ? Baru BERITA PENANGKAPAN ....... belum lagi dibicarakan apatahlagi didapati bersalah !
Kita bukanlah nak menyebelahi Justo dalam kes ini tapi mana BUKTINYA yang menyokong segala kenyataan KERAJAAN MALAYSIA dalam kes Justo ini ? Bukan orang biasa yang komen ok, tapi PM dan Menteri2 yang mewakili Kerajaan Malaysia !!
Kenapa semuanya seperti KONFIDEN GILER walaupun siasatan oleh pihak berkuasa Thailand baru saja bermula ? Kenapa tidak tunggu semuanya selesai dan bukti pun jelas ?
Kemudian pandai pula Husni berkata -
"Apa yang penting di sini kita sebagai ahli Dewan Negara, sesuatu isu itu kita mesti lihat secara fakta dan bukan fakta ad hoc atau tuduhan atau teori.
Apakah dalam kes Justo, kerajaan Malaysia melihat secara FAKTA bukannya TUDUHAN atau TEORI ?
Nah, cuba baca komen dari wakil kerajaan Malaysia yang ini pula yang pastinya akan buat rakan2 segomen terkedu -
Tanggapan bahawa dokumen yang dibocorkan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo, telah diubahsuai dibuat berdasarkan andaian yang logik.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya tidak dapat membuat andaian lain selain ianya telah diubahsuai kerana dokumen perjanjian antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu datang dari Justo sendiri.
"Mudah sahaja... individu yang ditahan ialah Xavier Justo, dan dokumen dilihat bersamanya. Jadi kita tak dapat buat andaian lain selain dia yang membuat pengubahsuaian itu,"
Bagaimanapun katanya ianya masih tertakluk kepada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Thailand, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan pada bila-bila masa membantu mereka dalam membuat siasatan tersebut.
Katanya, sudah tentu pihak berkuasa Thailand tidak akan terlebih dahulu membuat spekulasi bahawa dokumen itu telah ditokok tambah kerana ianya masih dalam siasatan dan mereka yang menjalankan siasatan tersebut.
Namun, kata Wan Junaidi, segala hasil kertas siasatan akan hanya dikemukakan di mahkamah demi menjaga kredibiliti siasatan itu sendiri.
"Dan sudah tentu apa yang kami (kerajaan) lakukan dan katakan adalah berdasarkan andaian logik bagaimana sesuatu perkara itu boleh berlaku," katanya. - astroawani.
Semuanya berdasarkan ANDAIAN LOGIK ? ? ?
Adeeeeh ...... ini kita bercakap tentang pendirian KERAJAAN MALAYSIA di pentas antarabangsa dan pendirian itu bersandarkan ANDAIAN LOGIK ? ? ?
Penyucian 1MDB dalam kes ini juga atas dasar andaian logik ? ?
Aduuuuh .... malunya jika perkara ini dilaporkan ke seluruh dunia .....
PS - Ada lagi yang saya nak tulis tapi biarlah rakyat hadam dulu pengakuan gempak di atas !
Oya, Tun Mahathir turut komen dengan senario luarbiasa reaksi kerajaan dalam kes Justo ini dalam artikel terbaru chedet.
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-andaian-dokumen-diubahsuai-dibuat-berdasarkan-logik-wan-junaidi-64160?
Jawapan 1MDB Kepada Tony Pua - Saya Mohon Penjelasan
Jawapan 1MDB Kepada Tony Pua - Saya Mohon Penjelasan
Tuesday, June 30, 20150 comments
Saya ingin merujuk kepada sebahagian Jawapan 1MDB kepada dakwaan Tony Pua berkaitan Jaminan Kerajaan ke atas urusniaga dengan IPIC. Tujuan saya BUKAN untuk mempertikaikan mana2 pihak. Bagi saya kenyataan 1MDB itu saya terima.
Cuma saya inginkan gambaran yang lebih jelas dan beberapa persoalan yang berkaitan kenyataan itu yang bagi saya, memerlukan penjelasan yang tuntas dari pihak 1MDB.
Masalah dengan isu 1MDB ini, tidak ada satu jalan cerita yang penuh, setiap kali 1MDB jawab, mereka akan hanya jawab khusus kepada persoalan sedangkan banyak perkara yang berkaitan juga perlu dijelaskan supaya rakyat mendapat THE WHOLE PICTURE akan urusniaga 1MDB.
Saya harap ada pihak yang sanggup jawab supaya sekurang2nya, buat pertama kali sejak isu 1MDB jadi hangat, rakyat boleh mendapat satu cerita lengkap berkaitan urusniaga antara 1MDB-Aabar/IPIC terutama berkaitan bon/pinjaman USD3.5 billion yang diuruskan oleh Goldman Sachs.
Mungkin 1MDB sudah menjawab persoalan2 yang saya timbulkan namun saya percaya jawapan2 itu berterabur dalam beberapa kenyataan mereka, maksud saya tidak dikumpulkan dalam SATU artikel supaya jelas gambarannya.
Di bawah adalah penjelasan 1MDB:
1. Kementerian Kewangan mahupun Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan untuk transaksi komersial baru-baru ini di antara 1MDB dan IPIC.
2. Adalah diketahui umum bahawa pada 2012, IPIC menerbitkan jaminan untuk pembayaran faedah dan pokok (principal) ke atas dua bon bernilai USD1.75 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB, berjumlah USD3.5 bilion dalam bentuk pokok (principal) dan hampir USD2 bilion dalam bentuk faedah. Kerajaan Malaysia tidak memberikan jaminan ke atas mana-mana bon ini.
a - Kenapa begitu tinggi faedah ? Adakah angka USD2 billion itu merujuk kepada bon USD1.75 x 2 = USD3.5 billion itu saja atau ia termasuk faedah untuk pinjaman lain ? Sebab jika USD2 bil itu adalah faedah kepadapinjaman USD3.5 bil, ini bermakna kadar peratusannya adalah 57% !
Lebih dari setengah nilai pokok ! ?
Benarkah Kerajaan tidak beri jaminan tapi kerajaan meminta Aabar ( Abudhabi ) yang tolong jaminkan ? Aabar pula kenakan bayaran menjamin dalam bentuk :
b - Deposit sebanyak RM4.2 bil sebagaimana yang disebut oleh Arul baru ini
OK.... apakah deposit itu dipegang oleh Aabar dalam bentuk tunai ? Selama tempoh matang bon yang diterbitkan iaitu 10 tahun ?
Banyak faedah yang mampu dijana oleh nilai RM4.2 bil kalau diletakkan dalam simpanan tetap selama 10 tahun ...... siapa yang dapat faedah itu ?
c - OPTION memiliki 49% pegangan Edra. Option ini sudah ditebus oleh 1MDB melalui beberapa kali bayaran. Menjadi tanda tanya berapakah JUMLAH yang harus dibayar dan berapakah yang telah dibayar oleh 1MDB untuk menebus kembali OPTION itu ?
Kali pertama dibayar melalui satu pinjaman USD250 juta pada bulai Mei 2014, kali keduanya dibayar dari bahagian pertama dana Cayman yang ditebus tapi tidak dinyatakan berapakah nilainya, dan kali ketiga melalui pinjaman konsortium Deustch Bank sebanyak USD975 juta.
TheStar 11/11/2014 |
Jika benar fakta di atas, tidakkah ia merupakan satu bentuk urusniaga yang MERUGIKAN rakyat Malaysia ?
Maaf kalau saya bertanyakan ini - Kenapa begitu terdesak 1MDB hendak teruskan juga penerbitan bon2 itu kalau begitu teruk syarat2nya ?
Kertas terma ikatan (binding term sheet) yang dilaksanakan dengan IPIC adalah merupakan komponen utama pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. Kejayaan pendekatan ini telah dibuktikan oleh pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini oleh 1MDB. Rundingan komersial sedang berjalan secara berterusan di antara 1MDB dan IPIC untuk mencapai perjanjian muktamad, yang seterusnya akan menyaksikan pengurangan lebih kurang RM16 bilion hutang 1MDB. 1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Sebelum ini saya telah paparkan satu kenyataan dari London Stock Exchange mengenai perjanjian hutang IPIC-1MDB ( Debt Settlement Arrangement ). Walau pun dana dari IPIC itu dinafikan sebagai hutang namun kenyataan LSE menyatakan ia adalah satu hutang / debt.
d - Benarkah apa yang disebut melalui kenyataan LSE di bawah ?
on 4 June 2015, IPIC provided US$1 billion to 1MDB for 1MDB to utilise immediately to settle certain of its liabilities (the Cash Payment);
· from 4 June 2015, IPIC has assumed the obligations to pay (on an interim basis) all interest due under two IPIC guaranteed 1MDB financings amounting to US$3.5 billion in aggregate principal amount (the Notes);
· upon the completion of the transfer of assets as described below, IPIC will directly assume liability for all payment obligations under the Notes (the Assumption of Debt) and forgive certain financial obligations of the 1MDB Group to the IPIC Group (the Debt Forgiveness); and
· by 30 June 2016, IPIC is to have received a transfer of assets with an aggregate value of an amount which represents the sum of the Cash Payment, the Assumption of Debt and the Debt Forgiveness.
KATAKANLAH aset2 yang bakal di JUAL kepada IPIC pada 30 June 2016 adalah aset IPP yang mana dibayar sebahagiannya melalui terbitan bon2 USD3.5 bil tadi, apakah 1MDB masih perlu bayar jumlah pokok pinjaman USD3.5 bil itu ?
Bagaimana dengan deposit RM4.2 bil yang dipegang oleh Aabar ?
Saya bertanyakan itu kerana 1MDB hanya sebut bab kejayaan bayar hutang ( menggunakan duit Aabar ) tapi tidak sebut langsung apakah KOS yang terpaksa ditanggung.
Membaca kenyataan 1MDB di atas, saya fahamkan rundingan MASIH berjalan mengenai KOS itu walaupun duit USD1 bil sudahpun 1MDB terima untuk melangsaikan hutang. Saya cuma mampu berharap pihak 1MDB yang melakukan rundingan itu tidak sewenang2nya menjual aset negara begitu saja.
Ya, hutang 1MDB mungkin akan berkurangan dengan banyak tapi apakah itu satu bentuk kejayaan ? Masih banyak lagi hutang tertunggak .......
e - Apakah untung yang mampu di raih melalui penubuhan 1MDB setakat ini jika mengambil kira perkara2 di atas ?
Artikel ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran saya mengenai urusniaga 1MDB-Aabar/IPIC/AbuDhabi. Diharap pihak 1MDB baca ini dan dapat berikan penjelasan yang memuaskan.
PS - Mungkin jawapan mudah adalah Tunggu Audit! tapi memandangkan pihak 1MDB amat bermurahhati dengan maklumat2 sejak akhir ini, maka saya cuba nasiblah dengan bertanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)