ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 9 July 2015

Dakwaan WSJ, mana suara agamawan?


Dakwaan WSJ, mana suara agamawan?

PERSATUAN Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menggesa institusi agama supaya mengeluarkan kenyataan dan pendapat berhubung isu yang hangat diperkatakan terhadap YAB Datuk Seri Najib yang sedang menerajui kepimpinan negara ketika ini.

PMIUM merasakan golongan agamawan perlu menyatakan pendapat yang telah dibahaskan menerusi aspek perbahasan ilmiah yang digariskan oleh Islam.

Antara dakwaan serius yang telah dipaparkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dan juga laporan portal Sarawak Report pada 2 Julai 2015 berkenaan aliran kemasukan wang berjumlah RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Islam sebuah agama yang komprehensif dan memenuhi segala aspek dalam aktiviti kehidupan seharian. Seharusnya golongan agamawan terkehadapan dalam memberikan siri penerangan berhubung isu-isu yang berlaku dalam negara khususnya tidak kira dari segi aspek sosial, ekonomi mahupun politik.

Agamawan tidak perlu berdiam diri dan seharusnya perlu memainkan peranan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Di dalam memperkatakan masalah ini pernah Imam Ahmad bin Hambal menyebut suatu maqalah yang memberi gambaran jelas yang sepatutnya dilaksanakan oleh golongan agamawan dengan katanya,

“Apabila orang yang alim bertaqiyyah dan orang yang jahil terus dengan kejahilannya, bilakah akan terpancarnya kebenaran?”

PMIUM sebagai satu badan induk mahasiswa Islam Universiti Malaya akan sentiasa menjadi pemerhati kepada segala perkara yang berlaku dalam negara ini.

Dalam hal ini mahasiswa sudah hilang kepercayaan dan bertambah ragu terhadap keupayaan pihak kerajaan jika tiada sebarang penafian disertakan bukti yang kukuh dengan kadar segera.

Mahasiswa perlu sentiasa cakna dengan setiap perkembangan yang berlaku didalam negara untuk melihat keadilan dan kesaksamaan terus dilaksanakan. P

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...