ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 22 July 2015

Kos Option IPIC Bernilai USD2.22 Bil ! ? Merepek la... Tapi Buktinya Ada

Kos Option IPIC Bernilai USD2.22 Bil ! ? Merepek la... Tapi Buktinya Ada

Thursday, July 23, 20150 comments


Dah lama rasanya tak komen bab 1MDB secara khusus. Ramai yang dah baca artikel yang dikatakan sebagai yang terakhir TheEdge mengenai isu 1MDB. KLiK. Pihak Task Force khabarnya akan siasat juga semua dokumen yang telah diserahkan oleh TheEdge.

Buat artikel ini saya cuma nak sentuh satu bahagian kecil dari artikel itu, iaitu berkaitan dengan OPTION IPIC ( Aabar ) yang terpaksa dibayar/ditebus oleh 1MDB. Mereka yang mengikuti blog ini pasti ingat yang saya dah lama bertanyakan tentang Option ni. Antaranya - KLiK.

Yang paling sering saya ulang tanya adalah - Berapa sebenarnya JUMLAH KOS yang perlu dibayar oleh 1MDB untuk tebus balik Option ni ? Apakah sudah habis dibayar atau masih ada baki lagi ?

Saya copy bahagian berkaitan Option itu di bawah.

Untuk refresh balik, pada tahun 2012 1MDB ada buat pinjaman ( jual Bon ) USD3.5 bil melalui Goldman Sachs tapi sebab orang dah tak berapa nak percaya pada 1MDB, terpaksalah 1MDB minta tolong syarikat dari AbuDhabi, IPIC ( Aabar adalah anak syarikatnya 100% ) untuk jadi penjamin.

Selain dari charge yang terlalu tinggi dari biasa yang dikenakan oleh Goldman Sachs ( salah satu persoalan dari Tun Mahathir ), 1MDB juga terpaksa buat perjanjian lain dengan IPIC. Ada kos lain juga kalau nak minta orang lain tolong jadi penjamin.

Perjanjian antara 1MDB-IPIC itu tidak pernah didedahkan jadi kita tidak tahu sepenuhnya terma2 yang mengikat 1MDB. Tapi dari apa yang telah 1MDB sendiri nyatakan sedikit demi sedikit, kita tahu bahawa ia melibatkan  deposit sebanyak RM4.2 billion yang dipegang oleh IPIC. ( Berapa lama dipegang dan siapa yang dapat faedah dari deposit sebesar itu, wallahualam ) DAN OPTION kepada IPIC untuk memiliki/membeli 49% daripada IPP yang dimiliki oleh 1MDB jika disenaraikan. Option itu adalah untuk 10 tahun.

Maknanya, dalam tempoh 10 tahun, IPIC bila2 masa saja boleh beli 49% pegangan IPP milik 1MDB. ( tobat bengong siapa yang setuju dengan syarat2 deposit dan sebegitu ! )

Dari Laporan Kewangan 1MDB berakhir 2014 ada dinyatakan pada mukasurat 172 bahawa 1MDB dan Aabar ( yang dimiliki sepenuhnya oleh IPIC ) sain perjanjian untuk batalkan Option itu pada Mei 2014 tapi tidak ada sebarang maklumat lain. 

Seiring dengan itu, 1MDB buat satu pinjaman USD250 juta pada bulan yang sama ( Mei ) dengan alasan untuk bayar balik Option itu.

Pada mukasurat 171 Laporan Kewangan sama, Aabar tulis surat pada 2 September 2014 kata nak tamatkan Option sama sepertimana yang dipersetujui pada bulan Mei. Juga tidak ada maklumat lanjut.

Sama juga seperti bulan Mei, seiring itu 1MDB buat pinjaman USD975melalui Deutsch Bank untuk bayar Option itu.

DAN semua orang pun tahu yang dana dari Cayman yang telah ditebus buat kali pertama, ada dinyatakan antara lain tujuannya untuk bayar Option IPIC/ Aabar. Ini dinyatakan oleh Pengerusi 1MDB sendiri. Sampai sudah tidak dinyatakan berapa banyak yang dibayar dari nilai USD1.22 bil yang ditebus itu kepada IPIC.

Dan ini maklumat baru dari artikel TheEdge di atas - dinyatakan USD993 juta dari dana yang ditebus dari Cayman dibayar untuk tebus Option itu pada November 2014.

Tidak dinyatakan dari mana TheEdge dapat angka itu dan saya harap 1MDB dapat berikan pengesahan. ( eleh, macamlah 1MDB nak layan .... ) Mungkin dari Laporan Kewangan 1MDB juga kot.

Sebabnya saya tumpukan pada benda ni adalah kerana OPTION ini MEREPEK !!

Serius beb .... tak masuk akal langsung ! Jumlah ketiga2 bayaran itu adalah 250+975+993 = hampir USD2.22 bil ! Takkanlah sebegitu tinggi kos nak tebus Option ? Gila .....

Saya tulis balik ..... Nilai pinjaman               USD3.5 Bil
                                Kos tebus Option         USD2.22 bil
                                Deposit (RM4.2 bil )     USD1.1 bil

Jadi berapa baki yang dapat kepada 1MDB dari pinjaman asal USD 3 bil ? - Takkanlah USD0.18 Bil  atau USD180 juta ??

Eh, itu belum tolak caj yang dikenakan oleh Goldman Sachs !! Bagaimana dengan kos FAEDAHnya ? 


TheStar 11/11/2014

Kalau mengikut TheEdge, jumlah ketiga2 bayaran itu USD2.22 bil adalah untuk menutup lubang keseluruhan dana Cayman !! Kebetulan nilainya hampir sama iaitu USD2.32 bil.

Pening beb kalau nak layan ..... makanya saya lebih suka stop sehingga bab Option saja. Samada Option itu samaran untuk belanja lain ( contohnya nak tutup lubang Cayman atau apa ke ), itu kita tolak tepi dulu.

Saya cuma nak tahu - Berapa jumlah yang telah dibayar untuk 1MDB tebus OPTION itu ? Apakah sudah habis dibayar atau akan ada lagi pinjaman baru untuk tebus option ? Berapakah jumlah sebenar yang perlu 1MDB bayar untuk tebus option itu ? 

Lagi baik kalau 1MDB dapat dedahkan perjanjian penjamin 1MDB-IPIC, bahagian yang ada sebut Deposit dan Option sebab terlalu merepek perkara ini. 

Option itu dah jadi macam satu nota hutang (IOU) pula. Sesiapa pun kalau diberi pilihan antara dapat billion2 jika batalkan Option yang diberi ATAU keluarkan duit untuk beli saham seperti disebut dalam Option, pasti mereka akan pilih untuk batalkan ! Dapat duit free.... 

Ini bukan fitnah tapi angka2 itu dapat dari akaun 1MDB sendiri. Kan lebih baik 1MDB sendiri yang jelaskan. Tak perlulah guna askar2 yang akan jawab secara tak resmi. Kita nak jawapan yang official, yang tak boleh ditarik balik.

Untuk rekod, 1MDB tidak pernah dedahkan sepenuhnya hal Option ini. 

Dari TheEdge -



Covering The Hole:
1. In 2012, the International Petroleum Investment Corp (IPIC) of Abu Dhabi was given an option to subscribe to 49% of the future listing of the power assets owned by  1MDB. Tis 10-year option, which was later transferred to IPIC’s associate Aabar Investments, was for co-guaranteeing two bonds totalling US$3.5 billion that 1MDB issued.

2. In May, 2014, 1MDB and Aabar signed an agreement to terminate the options. Thiswas stated in Page 172 of 1MDB’s FY2014  accounts but no details were given.

3. In page 169 of the FY2014 accounts, it was stated that 1MDB had obtained a bridging loan of US$250 million to buy back the options.

4. In page 171, it was stated that on Sept 2, 2014, Aabar had written to 1MDB that it wished to terminate the options according to the terms set out in the agreement signed in May. Again, no details were given.

5. 1MDB has never given out enough de-tails of the terms and costs of terminating  the Aabar options. But 1MDB appeared  to have paid Aabar the following as ter-mination costs:

i) US$250 million paid in May, 2014
ii) US$975 million paid in September, 2014  via a Deutsche Bank loan
iii) US$993 million paid in November, 2014 via a partial redemption of the Cayman SPC funds.

6. This adds up to a total of US$2.22 billion.

7. The scheme to cover the US$2.32 billion hole at the Cayman SPC is by paying Aabar US$2.22 billion as option termination fee.  Aabar then passes the money to the Cay-man SPC from which 1MDB would then be able to redeem the money, thus covering the money that was already gone.

8. The termination fee totalling US$2.22 billion that 1MDB paid to Aabar between May and November, 2014 was, however, not reflected in the FY December, 2014 of IPIC (which owns 100% of Aabar) asincome or revenue. There were no such entries in IPIC’s accounts. This reinforces our analysis that the termination fees paid  to Aabar were in reality used to cover the  hole at the Cayman SPC



No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...