ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday, 5 December 2015

Chedet 1931 - Persoalan 1MDB dan RM2.6 Bil Yang Tidak Mampu DiJawab

Chedet 1931 - Persoalan 1MDB dan RM2.6 Bil Yang Tidak Mampu DiJawab


Seperti biasa, saya terpanggil untuk buat huraian mudah mengenai apa yang saya fahami dari artikel terbaru Chedet -1MDB Menjelaskan. 

Kalau mengikut cara cai2 Najib mempertahankan 1MDB, bunyinya macamlah 1MDB ni hebat sekali. Baby Najib la katakan .... jadi apasaja berkaitan Najib mesti diberi persepsi indah dan hebat.

Setakat apa yang kita tahu tentang perniagaan 1MDB, dari perniagaan apa yang 1MDB mendapat duit ? 1MDB tu satu syarikat kan ? Sebagai syarikat, pastinya ada perniagaan dari mana 1MDB dapat duit ..... duit nak bayar gaji, elaun, api air tidak ketinggalan nak bayar balik pinjaman. ( biasanya peminjam akan bayar bunga dulu, dah habis bunga baru bayar pokok. Bank akan pastikan untung beri pinjaman atau bunga diraih terlebih dahulu ) 

OK, apa bisness 1MDB yang menjana pendapatan ?

Mula2 sekali hasil pelaburan dengan Petrosaudi.... kononnya dapat keuntungan USD 488 juta .... ya kot, entahlah saya pun dah lupa. Tak kisahlah berapa pun sebab apa yang kita tahu, untung itu satu sen pun tak dibawa balik. Dengan pokok2 sekali lesap..... 

Kalau dihitung keuntungan atas kertas itu dengan bunga faedah yang terpaksa dibayar ..... adakah pelaburan dengan Petrosaudi itu masih dianggap satu keuntungan ? Hah .... lebih untung kalau 1MDB melabur saja dengan ASB ( KLiK ) SO..... pelaburan dengan Petrosaudi itu kita tolak sebab langsung tidak berguna.

Dari mana lagi sumber pendapatan 1MDB ? 

Dari IPP ! jerit cai Najib .....  Arul baru ni kata 1MDB mendapat dividen RM2 bil keseluruhannya dari IPP sebelum dijual kepada negara luar.

Adakah itu untung ? Well ..... dah tolak bunga ke belum ? Cakap bantak tak nak, kalau benar 1MDB ada untung, kenapa perlu menagih simpati dari kerajaan sebanyak hampir RM1 bil pada bulan Mac lalu ?

Tapi 1MDB kan dah wujud selama 6 tahun .... dari mana ia dapat duit nak bayar kos ? 

JUAL TANAH !!! jerit cai Najib lagi ....... Hebat ! 1MDB jadi broker tanah juga. Beli murah giler dibawah harga pasaran, kemudian jual pada harga pasaran ...... cit, budak2 pun tahu buat kalau macam tu. Langsung tidak memerlukan sebarang kepakaran dalam bidang hartanah atau perniagaan.

Apa lagi bisness 1MDB yang mendatangkan duit ? Ada lagi tak ?

Sebab itulah Tun Mahathir memperlekehkan dakwaan pihak 1MDB dan Najib bahawa 1MDB ini sebuah syarikat pelaburan strategik ! Tang mana yang strategiknya itu cuba tunjukkan  ?

1MDB adalah sebuah syarikat yang ..... entah apa-apa ! Diwujudkan untuk membelanja hanguskan duit negara. Pinjam berhutang merata2 keliling pinggang, faedah tinggi pun tak kisah. Janji pinjaman diluluskan supaya ada duit untuk dibelanjakan.

Bila dah tidak ada pihak yang mahu berikan pinjaman lagi, barulah 1MDB menggelabah. Itu yang kita sekarang nampak 1MDB sibuk duk jual harta .... sebab orang bank dah ketuk pintu minta bayar balik hutang.

Masih memandang hebat 1MDB sebagai syarikat pelaburan strategik ?

Sila berikan bukti dokumentari keuntungan anda, bagaimana ia dibuat dan dari siapa. Anda bukan sebuah syarikat swasta. Anda di syarikat Kerajaan dan apa-apa kerugian yang anda buat akan ditanggung oleh orang ramai. Mereka mempunyai hak untuk mengetahui. - Chedet.

Tun juga sering sebut tentang kesan kadar tukaran wang asing kepada pinjaman luar 1MDB. Dengan ringgit yang teruk jatuh berbanding dollar US, secara otomatik jumlah hutang 1MDB meningkat. Kalau dulu masa buat pinjaman kadar tukaran adalah 3.2, sekarang dah jadi 4.2 . Itu yang Tun maksudkan dengan pertanbahan hutang RM1 untuk setiap 1 dollar.

Kalau dulu pinjam USD1 bil ( RM3.2 bil ) sekarang kalau nak bayar balik kena tambah RM1 bil jadi RM4.2 bil.  Bunga cerita lain ok....


Blogger Spin King kata jumlah hutang luar 1MDB adalah sebanyak USD8 bil, ini bermakna hutang 1MDB bukan lagi RM42 bilion. Itu angka sehingga Mac 2014. Sekarang angka itu dah jadi RM50 bil ! ( belum ambilkira penjualan Edra dan sebarang tambahan hutang lain seperti RM950 juta dari kerajaan dan kadar bunga yang pastinya bertambah bila 1MDB main tangguh2 bayar balik hutang )

Masih nak kata aset melebihi liabiliti ? I don't think so ...... 

Dengan perniagaan yang entah apa-apa, hutang bertambun siap bertambah lagi secara otomatik .... pendek kata - 1MDB HAMPEH !


Jika 1MDB mendakwa mereka berurusan dengan FAKTA, makanya jawablah segala pertanyaan Tun dengan FAKTA juga. Ni bila ditanya Unit apa, dijawabnya JUST UNIT ! 


Jangan nak ikut cara Najib yang suka berselindung dan lari dari menjawab persoalan. Kata tunggu audit, tapi bila interim report oleh Ketua Audit Negara siap, kerajaan buat keputusan untuk merahsiakan hasil laporan itu. 

Kenapa pada bula Mac lalu masa mula arahkan Ketua Audit siasat 1MDB, Najib tidak umumkan hasil laporan interim nanti adalah rahsia ? Rakyat rasa diperbodohkan .....

Tubuh Task Force untuk siasat, Najib pi kacau orang Task Force. Dipaksa nya Peguam Negara letak jawatan atas alasan kesihatan padahal orang tu elok jer bekerja. Arah PAC untuk siasat, Najib juga yang kacau orang PAC sehingga tergendala siasatan. Ketua Pac digantikan dengan orang yang cari makan.

Segala tindakan itu TIDAK MUNGKIN dibuat sekiranya mereka yang terlibat dengan kemelut 1MDB dipaksa letak jawatan sehingga siasatan selesai. Nampakkan kenapa kita bising hari tu supaya Najib, lembaga pengarah dan CEO 1MDB letak jawatan ....

Semua itu hanya membuat rakyat mula hilang kepercayaan kepada ketelusan siasatan 1MDB.

13. Menjelaskan bahawa anda mempunyai lebih banyak aset daripada pinjaman yang telah anda ambil tidak mencukupi. Setiap sen wang yang anda dipinjam mesti diambil kira. Di mana wang itu dari Caymans? Dalam bentuk apa ia? Anda berkata anda melihatnya. Adakah tunai atau akaun-akaun dalam buku bank. Mengapa bank mengatakan ia tidak mempunyai wang? Bank-bank kini mempunyai wang? Yang berhak untuk menarik balik wang itu? Apa transaksi telah dibuat. Jika anda mengatakan bahawa ini adalah rahsia, saya mempunyai hak untuk mengatakan anda mahu menyimpan jumlah dan rahsia urus niaga. Lagipun RM2.6 bilion telah diam-diam dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM.


Mengenai isu RM2.6 bil pula, bila berlaku ugutan atau ancaman ditukar jawatan atau dipecat, kredibiliti hilang. Ketelusan hancur.

12. Oleh itu, kita tidak boleh menerima kenyataan oleh pegawai SPRM sahaja. Kami mahu bukti. Kami ingin tahu bagaimana RM2.6 bilion dalam akaun PM bukan dari 1MDB. Kita mesti tahu di mana semua RM42 bilion berada. Penjelasan anda adalah tanpa bukti.


Apa yang payah sangat nak beritahu dimana wang itu dan berapa bakinya ?



14. Peraturan ini adalah bahawa apabila RM2.6 bilion diurusniagakan ia mesti mempunyai kelulusan Bank Negara Malaysia. Wang yang telah bergerak dalam dan berpindah dan menetap Tuhan tahu di mana. Bank pusat perlu tahu. Namun laporan oleh Bank Negara, saya percaya, pergerakan RM2.6 bilion telah ditolak oleh Peguam Negara yang baru.


Dakwaan baru dari Tun di atas perlu dijawab oleh Bank Negara !


Satu lagi, artikel Chedet di atas ditulis SEBELUM Najib lari dan digantikan oleh Zahid untuk beri penjelasan kepada Parlimen semalam. Betapa konfidennya Tun dengan cerita RM2.6 bil nya. Kalau Tun konsisten dengan dakwaannya, Najib juga konsisten dengan LARInya.

Tun juga beri amaran akan kemungkinan tindakan dari Pendaftar Pertubuhan sekiranya benar RM2.6 bil itu milik Umno dengan Najib hanya sebagai penjaga amanah. Sekarang UMNO tidak laporkan dan tidak mengambil tindakan untuk mendapatkan semula wang itu dan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan. Apakah undang-undang mengatakan Pendaftar perlu lakukan?


Yalah, kalau duit Umno, kenapa tidak ada langsung sebarang desakan dari ahli dan kepimpinan Umno supaya baki wang itu dikembalikan kepada yang hak ? Umno tak nak duit ke ? Bilion2 tuh ....

TAPI ada yang kata duit itu milik kerajaan pimpinan Umno dan Najib hanya penjaga amanah ...... well, sama juga ! Kerajaan tak nak tuntut haknya ?

Hmmmm ..... sebab itu kot Najib jadi serba salah nak keluarkan sebarang kenyataan mengenai RM2.6 bil. Takut terjerat dengan kata2nya sendiri. Maka dikerah cai2 nya untuk menjawab. Malangnya cai2 Najib juga langsung tidak sebut secara resmi siapakah pemilik RM2.6 bil itu. Masing2 mengelak.

Orang yang paling layak untuk bercakap mengenai isu 1MDB dan juga RM2.6 bil adalah Najib. Beliau terlibat dari awal sehingga sekarang dalam semua keputusan2 1MDB dan RM2.6 bilion itu juga masuk akaun peribadinya.

Najib merupakan orang pertama yang patut disiasat dan disoal oleh semua pihak yang terlibat dalam siasatan. Tapi pelik bila Ketua PAC yang cari makan kata Najib tak perlu dipanggil ? ? ?



PS - Baca juga JMD - KLiK

Besok Sabtu jam 12 tengahari, nantikan pengumuman menarik dari saya ! Anda pasti tidak mahu terlepas... 

Juga jangan lupa -

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...