Mahathir malukan dirinya sendiri'
Tiada sesiapa berbohong dalam isu peletakan jawatannya, yang dibatalkan kemudian, sebagai speaker Dewan Rakyat sebelum ini, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Tun Mahathir (Mohamad) tidak berbohong, saya tidak berbohong kerana semua ini diketahui perdana menteri,” katanya.
Mahathir semalam mengeluh Pandikar (kanan) memalukan dirinya dengan menafikan kenyataannya bahawa beliau menyatakan hasrat untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.
Dalam sidang media di rumahnya hari ini, beliau mengakui telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, katanya, Najib tidak membuka surat itu dan berjanji untuk menangani rungutannya dan mentransformasikan Parlimen.
Justeru, Pandikar berkata beliau memutuskan untuk kekal sebagai speaker.
Pertemuan curah perasaan
Mengulas kenyataan Mahathir semalam, Pandikar berkata bekas perdana menteri itu sendiri yang memalukan diri sendiri kerana “melanggar etika kerahsiaan individu”.
Pandikar berkata kandungan perbincangannya dengan Mahathir tidak seharusnya didedahkan kepada pihak lain.
“Saya orang kampung, ada integriti orang kampung.
"Saya tidak terlibat dalam putar belit ini,” katanya yang turut meminta maaf kerana tidak berniat mengaibkannya.
Pandikar juga menjelaskan pertemuannya sebelum ini bagi “mencurahkan perasaan” dan beliau berharap isu itu akan tamat.
“Jangan lah kejar saya di lif atau pejabat atau telefon saya berkenaan hal ini,” katanya kepada pemberita.

No comments:
Post a Comment