ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 27 May 2015

ISU KLUK KLEK NAJIB DIPARLIMEN


Isu Kluk Klek Najib Di Parlimen - CheDet # 1728 Masih Tidak Puashati -
Siapa Bertanggungjawab ? !

Thursday, May 28,





Nampaknya Tun Mahathir tidak semudah itu mahu melepaskan Najib dari kesalahan menipu melalui jawapan bertulis Parlimen dalam kes Tunai-Aset-Unit.

Jawapan bertulis Najib pada bulan Mac itu TERBUKTI satu penipuan bila Najib buat pindaan baru ini. Pro Najib boleh pulak pertahankan penipuan itu konon bila dah mengaku silap dan buat pembetulan, maka ia bukan satu Penipuan.

Tapi apakah pindaan itu dibuat dengan penjelasan yang lengkap ? Cukupkah sekadar Kementerian Kewangan menyatakan secara tak langsung yang Menteri Kewangan itu KAYU, tak tahu apa2 pun walaupun namanya digunakan dalam Parlimen dan itu melepaskan tanggungjawabnya ?


1. Apabila jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri atau Menteri oleh ahli Parlimen walaupun jawapan itu disediakan oleh pegawai, tetapi yang bertanggungjawab ialah menteri kementerian berkenaan. Dialah yang akan memikul beban kesalahan jika ini berlaku. Walaupun prosiding dalam Parlimen diberi kekebalan melalui undang-undang, tetapi jika jawapan tidak berasas kepada kebenaran, ia tetap tidak benar dan tidak lagi kebal apabila jawapan itu disiar untuk pengetahuan umum tanpa dinafi.



2. Pegawai-pegawai yang menyediakan jawapan tidak kebal. Mereka masih bertanggungjawab terhadap isi kandungan jawapan. Jika didapati mereka tidak tentukan jawapan yang disediakan oleh mereka berasas kepada kebenaran, kerana tidak berasas kepada maklumat dan bukti yang sahih, mereka boleh dituduh sengaja mencuba melindungi menteri kerana menyembunyikan kebenaran. Dengan perkataan lain menteri masih boleh dituduh membohong dan pegawai juga akan dituduh bersama.


3. Menteri lebih bertanggungjawab kerana dikehendaki menyemak dan menentukan jawapan yang dibuat atas namanya adalah benar.

Penjelasan akan tugas dan tanggungjawab seorang Menteri dalam Parlimen oleh Tun Mahathir dalam artikel terbaru chedet - SIAPA BERTANGGUNGJAWAB.

Kenapa tidak ada teguran dan tindakan dari Speaker terhadap pencabulan integriti seorang Menteri di Parlimen itu ?

Bila jawapan bertulis boleh sewenang2nya diubah ikut suka hati, akan hilanglah kredibiliti dan integriti dewan yang mulia itu !

Menteri Kewangan wajib tampil beri penjelasan yang lengkap Kenapa kesilapan BODOH sebegitu boleh berlaku ? Penjelasan diperlukan juga terhadap kenyataan Presiden 1MDB yang menyatakan ianya dalam bentuk tunai matawang US dan ia tercatat dalam penyata bank. Adakah Presiden 1MDB menipu ?

Salah seorang samada Presiden 1MDB atau Menteri Kewangan TELAH MENIPU.

Datuk Khairuddin sudah membuat laporan Polis terhadap kes ini, apakah Pihak Polis sedang melakukan siasatan ? Apakah PENIPUAN oleh Menteri dibenarkan dalam Parlimen ? Jika kenyataan kedua itu diterima, ia secara otomatis menyatakan kenyataan Presiden 1MDB itu PALSU.

Kenapa sebaik saja pulang dari Jepun, Najib tidak berikan penjelasan ini sebaliknya lebih ghairah mahu membuat rayuan melalui penulisan diblognya supaya jawatannya tidak dipertikaikan ?

Najib tidak rasa apa2kah bila dikatakan secara tidak langsung sebagai KAYU di Parlimen melalui jawapan bertulis kedua oleh pegawai di Kementerian Kewangan ?

Ini bukan lagi setakat integriti dan kredibiliti Menteri Kewangan tapi juga menyentuh maruah beliau.

Penjelasan sepenuhnya ditagih beserta bukti kewujudan dana di Singapura, dan ini tidak perlu menunggu hasil siasatan audit. Hanya perlu tunjuk bukti kewujudan dana itu dan dalam bentuk apa.

Kalau itupun payah nak buat, jangan salahkan bila rakyat mula berspekulasi.

Tun juga komen tentang Bank Negara yang menerima lapuran dari MAS Singapura berkaitan akaun BSI itu -

10. Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara.

Apakah pemimpin sekarang sudah tidak lagi punya AKAUNTABILITI ?

artikel chedet seterusnya -


4. Perdana Menteri telah jelaskan bahawa wang sebanyak USD 1 billion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menganggu urusan keluar masuk wang yang lebih dari 50 juta.


5. Setahu saya bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih dari RM50,000/-. Jika urusan tidak ada kaitan dengan “money laundering”, iaitu yang didapati secara haram, ia tidak jadi masalah.


6. Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.


7. Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah money laundering. Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?


8. Atau apakah tujuan sebenar ialah untuk membohong berkenaan penyimpanan wang ini di Singapura, iaitu sebenarnya tidak ada wang yang disimpan di sana, bahawa wang sebanyak lebih satu billion U.S. dollar sudah hilang.


9. Jika tidak dapat dibuktikan wang ini ada di Singapura, maka sekali lagi, pegawai dan menteri bersalah kerana membohong.


10. Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara.


11. Sesuatu yang aneh dan salah ialah keengganan jabatan-jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab mengambil tindakan berkenaan dengan dakwaan yang telah dibuat dan laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB, syarikat milik Kerajaan. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan money laundering.


12. Ada pemberita akhbar yang ditangkap kononnya kerana bersalah di bawah Akta Hasutan dan kemudian dibebas kerana tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka.


13. Saya sendiri biasa digeledah oleh jabatan hasil dalam negeri semasa memiliki klinik perubatan. Saya terpaksa bayar cukai tambahan kerana segala penjelasan saya tidak diterima. Dijelaskan kepada saya jika saya bawa kes ke mahkamah, besar kemungkinan saya didenda tiga kali ganda. Siasatan ke atas saya dibuat kerana sangkaan bahawa sebagai doctor awam saya tentu kaya dan tidak bayar cukai sepenuhnya.


14. Pegawai-pegawai Kerajaan yang hidup lebih mewah dari pendapatan mereka biasanya disiasat oleh jabatan (board) hasil dalam negeri. Tetapi apabila Menteri atau orang awam tertentu diketahui hidup terlalu mewah, siasatan tidak dibuat. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan perkara tertentu disiasat.


15. Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilihkasih dalam siasatan jenayah. Hari ini Malaysia sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.


16. Rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang yang sama. Janganlah hendaknya ada pilihkasih dan diskriminasi dalam menguatkuasa undang-undang.


PS- Katanya Presiden 1MDB dah balik !! Baca APANAMA.
To Arul - Sorry bos, saya ingat bos pergi tak kembali lagi ..... For that saya TABIK ! Now go and see PAC.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...