ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Friday 29 May 2015
Bukti 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion
Bukti 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion
SUARAKAMI 16:24 BLOGGER , FEATURED
Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara : Hutang negara Malaysia sudah menjerut leher, masih lagi bercita-cita besar melakukan pelaburan besar di atas nama 1MDB. Bentangkan belanjawan negara pun dalam keadaan belanjawan defisit.
Tetapi, bercita-cita untuk meningkat kekayaan melalui pinjaman. Akhirnya pinjaman dan hutang yang telah diterbitkan itu, perlu dibayar juga bukan? Siapa yang akan menanggung beban hutang sebesar RM41 bilion ini? Nah…inilah yang berlaku sekarang ini…..satu demi satu aset mahu dikumpulkan 1MDB.
Lain Perdana Menteri lain caranya. Jikalau berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Tun Mahathir Mohamad terhadap cara anak buahnya mentadbir negara melalui penubuhan 1MDB yang dirasakan beliau tidak sepatutnya wujud sebenarnya. Hakikat dan realitinya penubuhan 1MBD adalah “mesin” yang telah meningkatkan hutang negara dek kerana kerugian yang ditanggung 1MDB sekaligus akan memudaratkan negara. Siapa kata? Mantan Perdana
Menteri Tun Mahathir Mohamad.
Kerugian 1MDB RM668.55 juta
Terbaru 1MDB berjaya “mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM668.55 juta pada tahun kewangan 31 Mac 2014
Berbanding kerugian pada tahun sebelumnya iaitu RM778.243 juta
Inilah pelaburan negara dilakukan berlagak seperti “berlagak sebagai dana kekayaan negara” sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara. Ya…semua ini adalah hutang. Hutang negara. Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara dengan amat tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina.
Siapa yang pernah pergi ke pejabat IMDB di Menara IMC, anda akan lihat betapa ramai non bumi dalam syarikat 1MDB ini. Mana tidak, satu demi satu syarikat disambar 1MDB termasuklah syarikat Tanjong Energy dan Genting Sanyen yang ada ramai non bumi juga.
Hebat….Hebat…..Negara lain yang kaya sumber alam termasuk negara pengeluar minyakcontohnya yang dilihat tidak mampu menghabiskan pendapatan negara mereka setelah mentadbir dan membangun negara, bertindak tubuhkan “sovereign wealth fund sebab terlebih cash” & dan merancang untuk melakukan pelaburan tunai di luar negara.
Malaysia punya sovereign wealth fund walaupun tiada simpanan tunai tetapi masih lagi bernafsu besar untuk berbelanja dan melabur
Akhirnya bertindak berani mengambil hutang berbilion-bilion dan melabur bagi tujuan membeli aset pada harga yang melampau dan tidak munasabah. Katanya 1MDB ni ialah pembangunan strategik syarikat.
Hakikatnya tidak nampak apapun strategik yang mereka buat. Yang ada hanyalah kontroversi, kontroversi dan kontroversi yang berpanjangan.
Sebenarnya, 1MDB ini mendapat dana dari GLC. Ehem….
Baik benar GLC-GLC Malaya, derma duit mereka untuk diberikan kepada 1MDB tanpa balasan apa yang dipanggil “cash contribution giving out money” secara berkala.
Persoalannya siapa yang bakal menanggung hutang sebesar RM41 bilion ini? Siapa? Usahlah masalah yang pernah melanda Renong sehingga mengheret untuk ditanggung kerajaan
Malaysia suatu ketika dahulu berulang lagi di mana akhirnya kesan dan natijahnya akan berbalik kepada rakyat…Cukuplah!!
Terima kasih kepada pelaksanaan GST pada kadar permulaan 6% yang bakal dibayar oleh kalangan rakyat marhaen, golongan miskin, golongan pertengahan, golongan kaya setiap kali mereka berbelanja di atas bumi Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment