ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 21 May 2015

Muhyiddin pertahan pendirian, lembaga pengarah 1MDB perlu dipecat

Muhyiddin pertahan pendirian, lembaga pengarah 1MDB perlu dipecat
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 21 May 2015 1:42 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dalam isu 1MDB yang disebar dalam sebuah video. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya dalam isu 1MDB yang disebar dalam sebuah video. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2015.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, video yang tersebar menyatakan beliau memberikan pandangan supaya anggota lembaga pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat adalah pandangan beliau dalam satu pertemuan tertutup.

Beliau berkata, perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan di luar pertemuan tertutup itu.

"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh biro latihan Umno. Itu padangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham.



"Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkaran yang tersebut," katanya, kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen selepas sesi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), hari ini.
Muhyiddin dalam video berkenaan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memecat lembaga pengarah 1MDB dan membawa masuk polis menyiasat syarikat yang sarat dengan hutang itu.

Muhyiddin berkata, sekiranya Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi,” katanya dalam satu program Keris yang diadakan Jumaat lalu, dan dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat," kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno, dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube.

Muhyiddin berkata beliau berasa hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion.

Katanya, isu 1MDB perlu segera diselesaikan kerana ia hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan menyebabkan Umno tidak dipilih rakyat. – 21 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-pertahan-pendirian-lembaga-pengarah-1mdb-perlu-dipecat#sthash.LYKqvqNZ.dpuf

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...