ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Sunday 24 May 2015
Dilema Umno jika Najib berundur
SUARAKAMI 04:23 BLOGGER
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjaya “menenggelamkan” pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) baru-baru ini hampir pasti bakal menjadi perdana menteri baharu, tetapi Umno berdepan dengan dilema lebih besar selepas Datuk Seri Najib Razak berundur.
Difahamkan, Najib yang kini diserang hebat berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudahpun bersetuju untuk berundur, tetapi dilema Umno melambatkan prosesnya.
Terdapat 2 isu yang menyebabkan proses pengunduran anak kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein itu menjadi perlahan.
Pertama, siapakah yang akan dijadikan “kambing hitam” dalam isu 1MDB? Kedua, susunan pemimpin tertinggi Umno selepas Najib berundur. Selepas Najib berundur, perdana menteri baharu perlu melakukan sesuatu tentang 1MDB untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Seseorang perlu dipertanggungjawabkan dan dihadapkan ke mahkamah. Sanggupkah Umno mengheret Najib ke mahkamah untuk didakwa kerana 1MDB? Sanggupkah Umno memasukkan legasi Razak ke dalam tong sampah sejarah? Sebagai sebuah parti konservatif, Umno tidak akan melakukan perkara ini dan seseorang perlu dijadikan kambing hitam.
Najib juga tidak akan berundur selagi tidak akan mendapat jaminan daripada Umno beliau akan selamat daripada didakwa kerana 1MDB. Susunan kepimpinan Umno selepas Najib Mengikut tradisinya, jika Najib berundur,
Muhyiddinlah yang akan mengambil alih kepimpinan Umno. Secara automatiknya Muhyiddin juga akan menjadi perdana menteri Malaysia.
Persoalannya sekarang siapakah yang bakal menjadi timbalan kepada Muhyiddin? Sepatutnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengisi kekosongan jawatan timbalan presiden selepas menjadi “orang paling popular” dalam 2 pemilihan Umno.
Dalam 2 pemilihan lepas, Zahid berjaya memenangi kerusi naib presiden Umno dengan undi tertinggi. Beliau menjadi pemimpin paling popular dalam 2 pemilihan Umno kerana jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.
Namun, gandingan Muhyiddin-Zahid bukanlah begitu ideal untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan pilihan raya umum akan datang kerana kedua-dua dilihat sebagai ultra Melayu.
Umno tahu sekiranya Muhyiddin digandingkan dengan Zahid, belum tentu BN akan menjadi parti pemerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ini kerana gandingan Muhyiddin-Zahid tidak akan dapat memenangi undi kaum bukan Melayu, terutamanya masyarakat Cina.
Ini menyebabkan Umno memikirkan kemungkinan untuk menaikkan salah seorang lagi naib presiden, iaitu Datuk Seri Shafie Apdal.
Jika Shafie menjadi timbalan presiden Umno, sekali gus timbalan perdana menteri, sekurang-kurangnya beliau akan dapat mengukuhkan deposit tetap BN di Sabah dan Sarawak.
Buat pertama kali dalam sejarah, pemimpin dari kepulauan Borneo diangkat ke jawatan tertinggi negara.
Shafie akan mendapatkan sokongan kuat daripada Sabah dan Sarawak selepas menjadi timbalan perdana menteri dan kerana itu dan BN mampu terus berkuasa walaupun tanpa undi Cina.
Namun sanggupkah penyokong-penyokong Zahid dalam Umno membiarkan perkara ini berlaku? Inilah yang menyebabkan Umno kini berada dalam dilema.
Sementara Najib terus menjelajah negara untuk mendapatkan sokongan rakyat ketika diserang hebat bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika pemimpin kanan Umno menyusun untuk memastikan Najib keluar daripada Putrajaya, kumpulan penyokong perdana menteri juga bergerak untuk menyelamatkan bos mereka.
Terlalu banyak kepentingan untuk dilepaskan sekiranya Najib tidak lagi berkuasa.
Tidak mustahil juga dilema Umno inilah juga yang menyebabkan Najib terus duduk di atas takhta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment