ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Wednesday 20 May 2015
PANDUAN SEORANG PEMIMPIN
Sedikit Mengenai Pemimpin....
Setiap dari kita adalah pemimpin sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri ke jalan yang benar/lurus lagi di redhai Allah.
Sebagai pemimpin (tak kiralah dimana peringkat pun sama ada di peringkat diri sendiri,keluarga,jabatan,masyarakat,kementerian,negeri,negara dll) perlulah melaksanakan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB serta tidak sekali-kali berlaku ZALIM!!
Ingatlah bahawa kepimpinan (baca:khalifah) merupakan satu amanah besar lagi berat serta penuh tanggungjawab terhadap Allah SWT.
Ada dua perkara pokok yang perlu ada pada sesiapa saja yang bergelar pemimpin berwibawa...iaitu TAQWA & PINTAR.
Bila pemimpin bertaqwa maka segala urusan akan dibantu & dimudahkan oleh Allah .
Bila pemimpin bertaqwa maka pendiriannya teguh sebagai wakil Allah (baca:khalifah) dimana sukar dipermainkan/dipengaruhi oleh orang lain dan sentiasa berlaku adil (baca:tidak zalim) dan menjalankan amar makruf nahi mungkar.
Bila pemimpin bertaqwa maka organisasi/negara yang dipimpinnya sentiasa baik & mendapat keampunan/rahmat Allah/aman/berkecukupan segala keperluan hidup/seimbang rohani dan jasmani.
Pemimpin yang bertaqwa akan sentiasa mengekalkan rasa kehambaan kepada Allah dimana ini mendorongnya mengadu/meminta/berdoa/bertaubat/bertawakal hanya kepada Allah.Ini akan melenyapkan rasa ego/sombong/angkuh!
Pemimpin yang bertaqwa tidak akan mudah merajuk/melatah/tersinggung/tercabar/melenting dengan semua kritikan /teguran/privokasi/masalah/isu/gosip dll.Sebalik sentiasa bersikap sedia menerima perbezaan pendapat dengan hati terbuka demi kebaikan bersama.
Pemimpin yang bertaqwa tidak suka diampu oleh sesiapa saja yang berkepentingan.Sebaliknya akan sentiasa jujur.
Pemimpin yang bertaqwa sanggup menerima risiko dan berani mengaku salah/berundur segera di atas tindakannya yang menyusahkan orang yang dipimpinnya.Sebaliknya jika ia suka dipuji maka ia tidak akan dapat pertolongan Allah.
Ingatlah bahawa..'Pemimpin negara yang paling terkutuk dan tidak berguna ialah pemimpin yang kerana kesalahan dan kesilapannya menyebabkan rakyat terbanyak ditimpa bahaya'--
Saidina Umar al-Khatab.
Kesimpulannya......SIAPALAH PEMIMPIN TANPA PENGIKUT...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment