ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday, 18 May 2015

SKANDAL SCORPEEN - AMAT MEMALUKAN NEGARA



Skandal Scorpene: Najib malukan Malaysia

SUARAKAMI 01:13 BLOGGER
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memalukan Malaysia kerana enggan menjawab skandal Scorpene walaupun ia semakin mendapat perhatian antarabangsa.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menempelak tindakan Najib yang turut mengelak dan mempertahankan diri berhadapan Mahkamah Perancis sedangkan isu ini menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa.

“Ia sudah menjadi isu antarabangsa, bukan isu dalam negara. Kalau benar beliau tidak terlibat, buktikan di Mahkamah Perancis…tidak cukup dengan penafian dalam media propaganda Umno BN sahaja,”
Surendran berkata, sikap berdolak-dalik Najib membuktikan dia memang terlibat dalam skandal berkenaan.

“Jika benar dia (Najib) tidak bersalah, kenapa sehingga sekarang dia masih enggan menjelaskan kepada umum melainkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan,” kata Surendran.
Malta Today semalam melaporkan, Ahli Parlimen Malta, Evarist Bartolo mendedahkan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen yang dibayar kepada Perimekar telah ‘dibersihkan’ melalui Malta.

Bartolo mendakwa Gifen iaitu syarikat perunding kewangan milik Perancis berpangkalan di Malta merupakan pihak bertanggungjawab ‘membersihkan’ komisen haram tersebut.
Kini Gifen disoal oleh polis Perancis ekoran peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.

Pendakwa Perancis dikatakan telah menemui kaitan Gifen selepas mereka meneliti dokumen dan laporan sulit dalaman DCN dan Kementerian Pertahanan Perancis.
Pada 4 Jun lalu, The Phnom Penh Post serta wartawannya di ruangan Regional Insider – Roger Mitton mendedahkan pernah bertemu Abdul Razak Baginda di Venice, Itali, pada persidangan Asean-Eropah 2002.

Bagaimanapun, Mitton berkata, pertemuan itu hanya seketika kerana Razak memberitahunya beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian Scoorpene.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...