Sekarang Dr Mahathir mahu kuasa PM dikurangkan
SUARAKAMI 09:12 FEATURED , NEWS
Selepas mentadbir Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar kuasa perdana menteri dikurangkan.
Dr Mahathir berkata, perdana menteri yang mentadbir hari ini mempunyai "terlalu banyak kuasa" sehingga berupaya menyalahgunakannya.
"Kita beri terlalu banyak kuasa kepada perdana menteri, apabila beliau menyalahgunakan kuasa, kita tidak boleh kata apa-apa," kata Dr Mahathir, ketika menjawab pertanyaan selepas melancarkan buku bertajuk "Dr Mahathir selected letters to World Leaders" bahagian 2, di Putrajaya, hari ini.
Ketika diminta menamakan individu yang sesuai dan layak untuk menjadi perdana menteri hari ini, Dr Mahathir hanya berkata: "Tiada sesiapa pun."
Beliau turut mencadangkan, pentadbiran kerajaan membentuk jawatankuasa seperti Kabinet yang bukan dilantik perdana menteri untuk menasihati beliau dalam pentadbirannya.
"Saya rasa kita perlu ada Kabinet luaran, mengandungi mereka yang tidak dilantik perdana menteri, dan mempunyai kuasa untuk bersuara, contohnya perdana menteri ingin meminjam duit, mereka ini yang akan menyoal siasat beliau," katanya
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
No comments:
Post a Comment