ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 13 May 2015

GOLDMAN SACHS DAN 1MDB: BUKAN "PLAIN VANILLA"

Bagi yg berfikiran terbuka sila baca..dan buat penilaian anda sendiri.bg yang terlalu fanatik terhadap pemimpin anda boleh abaikan tulisan ini..
GOLDMAN SACHS DAN 1MDB: BUKAN "PLAIN VANILLA"
Ini kupasan terakhir saya tentang 1MDB. Dan sebenarnya ini hal yang teknikal, bak kata orang Perak "renyah" untuk orang awam nak faham.
Ada yang tanya (baca: persoalkan kredibiliti) saya macam mana anda graduan Chemical Engineering tahu pasal corporate finance, etc.?
Disamping saya ada "brief stint" di PETRONAS sebagai Business and Strategic Planner dan di Jabatan Perdana Menteri (TERAJU), saya ada sedikit "exposure" tentang penstrukturan dunia korporat. Saya masuk PETRONAS pun ketika era peralihan kuasa Tan Sri Hassan Merican kepada Tan Sri Shamsul Azhar. Banyak saya belajar di Technology and Engineering Division selaku planner. Juga di TERAJU.
Saya bukan pakar Corporate Finance. Tak pernah saya mengaku pakar tapi saya seorang Felo di PUTRA Business School. Dan saya tulis berkenaan 1MDB dalamThe Malaysian Reserve dan kupasan di MOBTV bukan sebagai graduan Chemical Engineering atau pelajar MA di CASIS UTM tetapi sebagai Felo di PUTRA Business School. Saya diberi izin dan pengesahan oleh majikan saya untuk bercakap dan ulas bagi pihak mereka.
Sudah tentu saya ilmu yang saya dapat tentang nak selamatkan aset 1MDB ini bukan bersifat "bookish". Kalau Puan Ainon Mohd. ada jaringan (network), saya pun ada jaringan juga terdiri daripada peguam, investment banker, sejarawan, banker, fund manager, regulator sekuriti etc.
Sebelum saya tulis dan berhujah saya akan rujuk pakar-pakar dalam pelbagai bidang ini untuk sahkan apa yang saya ingin panjangkan kepada umum.
Niat saya bukan untuk tulis sesuatu yang teknikal tetapi sesuatu yang bersifat "helicopter view" atau dalam adage Inggeris: "don't mistake the forest for the trees" tentang 1MDB dan cabaran Kedaulatan Negara.
Adalah hamba Allah, pelajar ekonomi UM persoalkan fobia dan paranoia saya terhadap Goldman Sachs dan juga persoalkan cadangan saya untuk meminta Kementerian Kewangan untuk buat rundingan semula dengan "bookrunner" dan "underwriter" 1MDB iaitu Goldman Sachs berkenaan hutang tertunggak yang saya kata berisiko tinggi untuk aset-aset strategik negara jatuh ke tangan asing.
Apa yang dilakukan oleh Goldman Sachs kepada 1MDB - bak kata orang-orang investment banker bukan "plain vanilla". Ianya sesuatu yang "unik" dan jarang dibuat.
Malah banyak penganalisa yang lebih wibawa daripada saya dalam Bloomberg dan Financial Times melihat perkhidmatan yang dilakukan oleh Goldman Sachs kepada 1MDB adalah sesuatu yang ganjil dan mirip kepada skandal Goldman Sachs di Greece yang akhirnya meletus kepada krisis ekonomi besar-besaran kini yang dipanggil "Grexit" (Greece mungkin keluar dari EU).
Cara bon (kertas hutang) yang disusun dan dikeluarkan oleh Goldman Sachs untuk 1MDB dalam jumlah yang besar sehingga mereka mendapat komisyen yang amat "masyuk" ($500 juta) bak kata investment bankers adalah sebenarnya bersifat "best efforts underwriting" yang membawa maksud Goldman tak janji boleh pastikan bon tersebut dilanggan sampai habis kesemuanya dan selalunya ianya bersifat risiko tinggi dan jarang-jarang berlaku.
Ini yang kita risau sebab jenis kontrak apa yang dimeterai antara 1MDB dan Goldman Sachs yang entah dari mana mereka dapat cari pelanggan dan pemiutang yang memberikan $6 bilion USD kepada 1MDB.
Kononnya komisyen yang mahal itu sebab nak kejar satu joint venture dengan PetroSaudi. Maka sebab itu Goldman Sachs minta upah lebih daripada upah "underwriting" yang biasa.
Kita tak tahu secara tuntas apa sebenarnya kerana hal ini hanya Lembaga Pengarah 1MDB yang perlu "come clean" kepada forensic audit. Kita tak mahu tengok-tengok dengan "high gearing/leverage" yang Goldman Sachs buat ini nanti jadi macam kes "currency swap" seperti Goldman buat untuk Greece. Kalau macam itu wassalam Malaysia. Balik kampung lah kita tanam jagung dan UMNO boleh bungkus.
Maka adalah mustahak untuk Kementerian Kewangan melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) berunding semula kontrak apa yang diistilah secara teknikal sebagai "NOVATION" dengan pihak Goldman Sachs selaku kepala kepada "Club Deal" dengan "sub-underwriters" yang lain yang terdiri daripada entah bank mana, kot-kot ada hedge funds dan institutional investors mana entah yang terdiri daripada orang asing yang sedang menangguk di air yang keruh.
Mereka dah keluarkan pinjaman kepada 1MDB dalam jumlah yang banyak dan dah masuk dalam rekod mereka sekian-sekian tempoh, riba' yang mereka ambil adalah sebanyak ini.
Kalau kita buat rudingan semula (novation) ke atas kontrak, sudah tentulah kita kena bagi pampasan kepada Goldman Sachs (dalam bentuk apa itu terpulang kepada kebijaksanaan KSP, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar) yang mana Goldman Sachs kena runding balik kontrak yang Goldman tanda tangani dengan underwriters lain.
Jangan fikir bila Goldman buat kerja yang bukan "plain vanilla" ini seolah-olah lepas kutip $6 billion USD untuk 1MDB mereka cuci tangan. Ini bukan bon biasa, dan para peminjam dan pelanggan bon 1MDB ini sanggup langgan bon yang tidak ada rating sebab mereka percaya kepada nama GOLDMAN SACHS. Ya, pelik sekali, bon 1MDB hanya diberi rating selepas dipungut nilai $6 bilion yang mana dilakukan dengan penuh RAHSIA.
Masalah sekarang KSP duduk dalam 1MDB dan juga MOF Inc. Ada "conflict of interest". Sebab itu saya kata DS Najib kena "step aside" agar ada entiti lain yang bukan daripada MOF untuk ambil alih tugas novation dan saya cadangkan dalam tulisan saya guna entiti seperti Danaharta yang merupakan badan berkanun yang lahir daripda akta parlimen untuk operasi selamatkan Malaysia pada awal 2000 dulu oleh Tun M.
Kini entiti itu sudah berada di bawa PROKHAS.
Baiklah, saya berundur diri dulu daripada 1MDB.
Terima kasih kerana sudi membaca dan mendengar pandangan saya yang tak seberapa ini.
---
Wan Fayhsal,
Putra Business School

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...