ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday, 22 May 2017

PENGAKUAN TERBUKA ABC. Tuan Shiekh Dr.Ismail Kasim.



PENGAKUAN TERBUKA ABC.

MEMANG ABC ADALAH SALAH SEORANG YANG MEMULIAKAN TUAN SHIEKH DR. ISMAIL KASIM.

Walaubagaimanapun segala paparan dan kritikan Abc tidak sesekali diasuh atau dibimbing oleh Tuan Shiekh melainkan beliau mungkin hanya membaca dan memantau. Itu sahaja. kami memang agak rapat serta saling menghurmati.Demi Allah S.W.T dan Nabi Muhamad SAW , apa yang Abc perkatakan ini adalah benar.

Apa yang Abc pesan kepada beliau adalah supaya memerhati dan memantau semua pos dan tegur jika ada kesalahan atau kesesatan. .Perbincangan kami hanya berdasarkan kefahaman Islam serta menceritakan pengalaman masing-masing. Dia tidak pernah menghasut atau mengarahkan Abc untuk berbuat sesuatu.

Selain itu Abc amat berharap agar beliau menyampaikan kritikan dan pandangan Abc kepada Jamaah beliau serta Alim Ulama serta mufti-mufti yang beliau dampingi untuk penilaian.

Oleh itu kepada pengintip dan juga pemerhati yang ada didalam Page dan Group ABC, janganlah MEMFITNAH atau mensabitkan Tuan Shiekh dengan Abc. Semua artikel dan paparan Abc adalah datang dari Ilham Abc 100%.

Abc membuat pengakuan ini kerana baru sebentar tadi Abc menerima berita seperti dibawah dan ada kemungkinan akibat pos-pos Abc dan mereka tahu Abc dengan Tuan Shiekh sering berhubungan..

INI KENYATAAN TUAN SHIEKH DR ISMAIL KASIM YANG BARU ABC TERIMA.

ADMIN - PUSAT & ASIA PACIFIC - MAJLIS AHLI SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH. MESYUARAT PERINGKAT PERTAMA - DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG.
----------------------------------------------------------------------------------
DEMI ALLAH KAMI SEMUA BERSUMPAH SEGALA KENYATAAN - FAKTA YG DI TERANGKAN DI BAWAH
ADALAH BENAR & DI SAKSIKAN OLEH ALLAH & RASULALLAH - KAMI SEMUA BERSEDIA MELAKUKAN SUMPAH LAKNAT KEATAS PIHAK YANG BERDUSTA ATAS NAMA ALLAH - AL QURAAN DAN KEBENARAAN ILMU ALLAH - IAITU ILMU SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH.

KEPUTUSAN 300 ULAMA AHLI SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH DI ASIA - DAN SEDUNIA YANG BERPEGANG KPD SANAD ILMU LA ILAHA ILALLAH MUHAMMADU RASULALLAH DARI RANTAIAN ILMU YG SAMPAI KEPADA RASULALLAH SAALLAHU ALAIHI WASALAM - TUDUHAN - TOMAHAN - FITNAH YANG DI SEBRAKAN OLEH DUA MUFTI NEGERI & AHLI PANEL NYA ADALAH PALSU - BERNIAT JAHAT - BERMOTIFKAN POLITIK - UNTUK MENCEMARKAN NAMA BAIK PERAHMAT & YANG MULIA TUAN SHEIKH DR ISMAIL KASSIM YANG TELAH DI TERIMAH DAWAAH DAN PERJUANGAN NYA DI 40 BUAH NEGARA DI SELURUH DUNIA .

Setelah mengadakan mesyuarat dan muzakarah di antara Ulama ulama yang terdiri dari
- Para Awliya ALLAH
- Para Mashaykh dalam Tarikat tarikat Muktabar
- Pakar Akidah dan Pakar Tauhid
- Ulama yang tersohor dari kalangan ahli SYAHADAH
- Ahli Falsafah agama

Bahawa kenyataan 2 Mufti negeri di malaysia adalah tidak mengikuti dasar Agama , tidak adil, tidak mempunyai timbang rasa keperi manusian, telah melanggar hak asasi manusia, tidak mengadakan muzakarah atas segala tuduhan, enggan berjumpa untuk menerangkan bukti , dalil , hujjah dan naas dari Al Quraan dan Hadis berkaitan wujudnya Ilmu SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH Muhammadu RasulAllah , tidak bersumpah atas Nama ALLAH dalam keputusan dan tuduhan yang di lontar atas dasar mendengar dan memutuskan dari berita yang di terimah dari kaum Fasiqoon , enggan berjumpa walaupun di pohon secara tertulis berkali kali , tidak mengemukakan soalan soalan yang terbabit dalam tuduhan tuduhan yang di wartakan.

Dengan sebulat suara setelah bermuzakarah semua ahli panel Pakar dalam ilmu SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH Muhammadu RasulAllah dan Ilmu ZIkirullah yang mempunyai sanad sanad nya sampai ke sisi RasulAllah melalui talian para Awliya ALLAH , memohon pihak yang menuduh
- Bersumpah Dengan Nama ALLAH nahawa semua
kenyataan dan tuduhan yang mereka nyatakan dalam
warta adalah benar dan berpandukan Al Quraan & Hadis

- Mengadakan satu Forum terbuka dengan penyertaan
umat Islam secara umum dan mengemukakan segala
hujjah dan tuduhan satu persatu dan membawa pakar
dalam ilmu SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH dari talian
yang sah bukan dari kitab kitab tanpa berguru

- Segala tuduhan dari 2 Jabatan Mufti adalah berita dari
kaum fasiqoon dan belum di teliti satu persatu dan tidak
di ketahui segala dasar ilmu dan kenyataan dalam
tuduhan tersebut. mereka berdua yang memfatwakan
adalah terdiri kaum Fasikoon - ALLAH berfirman dalam
Surah Al Hujjarat Ayat 06

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)

Mereka yang membawa berita dari kaum munafikoon dan musuh musuh kami adalah di iktiraf oleh ALLAH sebagai Fasiqoon. Semua berita dan kenyataan yang di wartakan adalah palsu , dusta , pembohongan belaka dan semua kami BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH , dengan nyata adalah satu penipuan dan bertujuan jahat dan keji.

[2] - Fitnah yang di sebarkan adalah amat besar impaknya keatas peribadi yang terlibat dan juga pertubuhan yang mempunyai individui yang tidak bersalah. Dosa yang telah mereka ahli fatwa lakukan adalah satu dosa besar di sisi ALLAH dan lebih dasyaat dari pembunuhan. Kami Bersumpah demi ALLAH tiada satu tuduhan pun yang benar , Jika benar tampil kehadapan atau pun tulis dalam warta tersebut dan mulakan dengan Nama ALLAH dan bersumpah dengan Nama ALLAH kerana segala tuduhan membabitkan Ayat ayat ALLAH dan Hadis.Kamu wajib bersumpah dan menafikan bahawa sanad sanad ilmu SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH dan ILMU ZIKIRULLAH bukan bersumber daripada RasulAllah.

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(Al-Baqarah 2:191)

[3] Keputusan tentang orang yang mendustakan ilmu SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH Muhammadu RasulAllah yang mempunyai sanad sanad yang sohih dan jelas salasilah nya sampai kepada RasulAllah SaAllahu alaihi wasalam , adalah satu kekufuran yang besar di sisi ALLAH dan wajib melakukan "SUMPAH LAKNAT" di Masjid Masjid dan tempat awam , Kami menjemput semua pihak yang memfitnahkan kami hadir di Masjid untuk Melakukan Perintah ALLAH seperti dalam Firman Nya
Perkara yang benar ialah yang datang dari ROBBmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.
(A-li'Imraan 3:60)

Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya [ Ilmu SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH] , sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".
(A-li'Imraan 3:61)

Kemudian kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan.
(A-li'Imraan 3:63)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab [ ulama yang
hanya berpandukan kepada sijil sijil dan kitab kitab bukan Ilmu Qalb dari para Awliya ALLAH] , marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
(A-li'Imraan 3:64) |

Kami hanya memanggil mereka kepada satu KALIMAH iaitu KALIMAH SYAHADAH dan KALIMAH ILLAH LA ILAHA ILALLAH yang mereka dustakan melalui ilmU SYAHADAH RasulAllah yang mereka jahil tentang nya.

Tiada isu yang lebih besar dari ilmu ALLAH, Ilmu KALIMAH , Ilmu SYAHADAH ILLAH , SYAHADAH ALLAH dan RasulAllah.
Demi ALLAH kami bersumpah , kami tidak mempelajari Ilmu Syahadah atas mana mana nama peribadi atau Shaykh tetpai hanya mempelajari ilmu SYAHADAH ILLAH.

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah ILLAH (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(A-li'Imraan 3:62) - ayat ini berkaitan dengan ilmu ILLAH dan Ilmu SYAHADAH, dan kedua Jabatan ini menafikan ilmu ILLAH kerana mereka jahil dan wajib mereka di pertanggung jawapkan tentang kedudukan ilmu ILLAH untuk menyampaikan nya kepada Umat Islam.

[4] Kaum yang menolak Ilmu SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH yang terletak di sisi ALLAH sebagai ayat ayat ALLAH yang tertinggi maka mereka telah kafir kepada ALLAH dan tidak akan terbuka pintu pintu langit dan mereka ini tidak akan masuk Syurga dan ini adalah ayat ayat yang berkaitan dengan orang islam yang mengingkari ilmu SYAHADAH ILLAH, SYAHADAH ALLAH dan SYAHADAH RasulAllah
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
(Al-A'raaf 7:40

[5] Barangsiapa menghalang Umat Islam dan umat manusia dari jalan ALLAH , sesungguhnya mereka telah kafir di sisi ALLAH dan segala amalan mereka akan batal serta merta .
kata semua para Ahli Muzarakah , ayat ini khas adalah atas umat Islam yang menghalang di jalan Ilmu SYAHADAH KALIMAH LA ILAHA ILALLAH, Muhammadu RasulAllah, kerana dari ayat pertama Surah 47 sampai ke ayat 19 adalah berkaitan dengan ilmu LA ILAHA ILALLAH.

Jika mereka menghalang , wajib kesemua nya bersumpah dengan Nama ALLAH bahawa mereka berada dalam pihak yang benar dan ingin berkecuali dari pihak yang dusta.
Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka.
(Muhammad 47:1)

DEMI ALLAH KAMI BERSUMPAH , PASTI ALLAH AKAN MEMBENARKAN AHLI LA ILAHA ILALLAH dan PASTI AHLI FITNAH DAN YANG MENUDUH DI BALAS DENGAN BALASAN YANG SETIMPAL.

Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan (di dalam hati).
(Al-Anbiyaa' 21:110) |

"Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu".
(Al-Anbiyaa' 21:111)

(Nabi Muhammad merayu dengan) berkata: "Wahai ROBBku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan ROBB kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu".

(Al-Anbiyaa' 21:112)
KAUM YANG MENGINGKAR ILMU SYAHADAH ILLAH SYAHADAH ALLAH SYAHADAH MUHAMMADU RASULALLAH adalah Penyesat umat Islam membawa mereka kepada penyelewengan dan penyimpangan Akidah, Iman dan Tauhid, Kerana Tanpa Ilmu LA ILAHA ILALLAH tidak wujud Akidah yang benar, Iman yang Sohih dan Tauhid Yang benar benar di redai ALLAH , Maka belajar lah ilmu LA ILAHA ILALLAH , Seperti yang di perintahkan oleh ALLAH dalam Surah Muhammad 47 Ayat 19.

Dalam usaha penyebarkan ilmu SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH tiada seorang Nabi dan Rasul pun terlepas dari fitnah, tuduhan , tomahan dan segala jenis komplot , konspirasi sehingga mereka di bunuh secara fizikan dan yang lebih dasyaat di bunuh secara Fitnah. dari sini anda semua boleh tahu, kenal dan Yakin siapa yang berada di jalan benar. Akhir sekali mohon petunjuk dari ALLAH siapa yang benar , pihak yang yang MENIPU dan MENDUSTA atas Nama ALLAH, AGAMA dan ILMU SYAHADAH LA ILAHA ILALLAH.
Mesyuarat akan bersidang dalam masa yang terdekat , kali ini dengan Mufti mufti yang ikhlas yang tidak boleh di beli dengan suapan Fitnah Rasuah.

Mufti kedua negeri ini wajib mencontohi Mufti Wilayah Perseketuan , S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri .
Segala tuduhan adalah sekerat sekerat dari rakaman yang di manipulasikan dan di reka cipta.

HAMBA ALLAH

ABC.

cc/ Tuan Shiekh Dr Ismail Kasim.

2 comments:

  1. https://www.facebook.com/beritatv9/videos/904284023079319/

    ReplyDelete
  2. Dah difatwakan sesat sudah la.....
    Tak perlu nak kecoh kecoh........

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...