ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday 21 May 2017

BONGKAR ROMPAKAN RM16 BILION WANG RAKYAT MELALUI 1MDB:


BONGKAR ROMPAKAN RM16 BILION WANG RAKYAT MELALUI 1MDB:
*RIZA AZIZ KANTOIKAN NAJIB? KENAPA NAJIB TAK PERNAH BERSUARA MEMBELA ANAK TIRINYA ITU YANG DIDAKWA OLEH DOJ MENDAPAT LEBIH DARI RM900 JUTA WANG HASIL ROMPAKAN DARI 1MDB?*
FAKTA 1: Najib sendiri *TIDAK* langsung mempertikaikan Laporan DOJ apabila meminta semua yg disebut namanya dalam laporan tersebut membersihkan nama masing2.(Nama Najib tak disebut, yg disebut adalah MO1, tetapi tak lama selepas itu menterinya sendiri iaitu Rahman Dahlan telah mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib)
http://www.sinarharian.com.my/…/takkan-saya-nak-guna-akaun-…
http://www.utusan.com.my/…/senarai-doj-bersihkan-nama-masin…
Seperti yg semua sedia maklum Najib mempertahankan jumlah USD681 juta (RM2.6 bilion) yg masuk ke akaunnya adalah "derma" dari Putera Arab Saudi yang kononnya tidak mahu namanya dikenali.
Apa yg PELIK ialah setelah menerima "derma" yg begitu banyak beberapa bulan sebelum PRU13, Najib telah bertindak memulangkan semula sebanyak USD620 juta beberapa bulan selepas PRU13, menjadikan jumlah yg diambilnya hanya USD61 juta.
Yang menghairankan, jika wang itu benar2 derma kenapa ia dipulangkan? Kenapa wang derma itu tidak digunakan untuk membantu rakyat Malaysia yg masih ramai miskin? Atau disumbangkan kepada tabung negara yang sentiasa tak pernah cukup sehingga setiap tahun negara terpaksa menambah hutang sehingga sekarang sudah mencecah 1 trilion? Atau disumbangkan kepada parti UMNO supaya ahli2 umno terutama di kampung2 dalam menggunakan wang itu untuk melaksanakan berbagai program kebajikan untuk rakyat supaya mereka terus terusan menyokong umno?
Paling mencurigakan ialah najib sebelum itu berkeras *MENAFIKAN* kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau dengan mengatakan *"kalau saya nak menyamun, takkan saya nak gunakan akaun dalam negara"*
Seterusnya beliau berjanji akan mengambil tindakan saman keatas akhbar WSJ yang mula2 mendedahkan perkara tersebut
https://www.google.com/…/najib-akan-fail-saman-terhadap-wsj…
Selasa demi selasa berlalu bukan saja WSJ tak berani disaman malah pihak2 lain yg ada di Malaysia yg turut membuat dakwaan yg sama, malah TS Muhyidin yg membuat dakwaan bahawa beliau telah melihat lebih dari *RM4 Bilion* dalam akaun Najib tidak juga berani disaman
Akhirnya bila bohong1 dah tak boleh dipertahankan maka tukar taktik ke bohong2 pula. Melayu kan mudah lupa;
http://says.com/…/kronologi-kenyataan-najib-mengenai-isu-2-…
Apa2 pun tahniah dan syabas kepada TS Muhyidin kerana *BERANI dan SANGGUP BERKORBAN* sehingga hilang jawatan demi mendedahkan kebenaran berkenaan seorang penipu dan perompak bernama NAJIB RAZAK. Padahal TS Muhyidin boleh saja kawtim dengan Najib mintak diberi habuan katalah RM100 juta, satu jumlah yg tak sampai 10% dari rm2.6b tetapi terbukti TS Muhyidin bukan manusia jahat seperti Najib.

Wahai rakyat Malaysia jika kamu mencari calon PM yang telah terbukti *AMANAH DAN SANGGUP BERKORBAN DEMI RAKYAT* maka TS MUHYIDIN YASSIN adalah calon terbaik yg telahpun teruji.
Mari kita lihat apa yang DOJ kata tentang duit 1MDB yg masuk ke akaun Najib;
(Untuk download laporan DOJ sila ke
https://www.justice.gov/arch…/kleptocracy-enforcement-action)
Jika anda membaca dengan teliti laporan DOJ tersebut anda akan dapati jumlah sebenar yg dirompak oleh najib (MO1), Jho Low, Riza Aziz dan konco2 mereka dari 1MDB adalah *USD3,989,609,944 bilion* atau kira2 RM16 bilion. Rompakan berlaku dalam 3 fasa iaitu;
1. Fasa Good Star: Diantara September 2009-2011 lebih dari *USD1.03 bilion* telah dirompak dari 1MDB.
2. Fasa Aabar-BVI: Pada 2012 sebanyak *USD1.367 bilion* telah dirompak dari 1MDB.
3. Fasa Tanore: Pada 2013, sejumlah *USD1.26 Bilion* telah dirompak dari 1MDB.
(Mukasurat 6,7 dan 8 laporan DOJ )
Sekarang jom tengok berapa pulak dari hasil rompakan yg najib(MO1) dapat;
*FASA GOOD STAR: USD20 JUTA*
101. Rekod-rekod bank koresponden daripada bank J.P. Morgan Chase dan Wells Fargo menunjukkan bahawa, beberapa hari selepas pemindahan wang dari akaun Good Star (milik Jho Low) ke akaun Pengasas Bersama Petrosaudi International (PSI), sebanyak USD20 juta telah dipindahkan dari akaun Pengasas Bersama PSI ke akaun di Ambank, yang mana pemilinya disenaraikan sebagai "AMPRIVATE BANKING-MR".
Lebih khusus lagi, akaun AMPRIVATE BANKING-MR menerima
(i) pindahan-atas-talian kira2 USD10 juta pada atau kira2 pada 23 February 2011, kira2 lima hari selepas Pengasas Bersama PSI menerima USD12.5 juta dari akaun Good Star, dan
(ii) satu lagi pindahan sebanyak kira2 USD10 juta pada atau kira2 pada 13 Jun 2011, kira2 tiga hari selepas Pengasas Bersama PSI menerima pindahan USD12 juta dari akaun Good Star.
(Mukasurat 33 dan 34 laporan DOJ)

*FASA AABAR BVI: USD30 JUTA*
193. Blackstone (sykt milik Eric Tan- nama kedua bagi Jho Low) juga memindahkan sekurang2nya USD30 juta ke akaun kepunyaan PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA 1 (MALAYSIAN OFFICIAL 1) tidak berapa lama selepas menerima dana2 dari Aabar-BVI.
194. Pada atau kira2 pada 30 Oktober 2012- kira2 tujuh hari selepas Blackstone menerima USD75 juta secara terus dari Aabar-BVI dan kira2 enam hari selepas ia menerima USD360 juta secara tidak langsung dari Aabar-BVI melalui (entiti pelaburan luar negara) Enterprise dan Cistenique- Blackstone memindahkan USD5 juta ke dalam akaun di Ambank di Malaysia dikawal atas nama "AMPRIVATE BANKING-MR".
195. Akaun bank tersebut adalah milik Pegawai Kerajaan Malaysia 1 (MO1) dan adalah akaun yang sama yg telah menerima USD20 juta dari Pengasas Bersama PSI pada 2011.
196. Pada atau kira2 pada 19 November 2012- kurang dari 2 minggu selepas Blackstone menerima USD95 juta dari Aabar-BVI melalui Enterprise- Blackstone memindahkan USD25 juta ke akaun AMPRIVATE BANKING-MR yg sama yg dimiliki oleh Pegawai Kerajaan Malaysia 1 (MO1).
(Mukasurat 59)
*FASA TANORE: (681-620= USD61 juta*
259. Tidak berapa lama selepas hasil dari jualan bon (hutang) pada 2013 diselewengkan ke akaun Tanore (yg dimiliki oleh Eric Tan@Jho Low), sebanyak USD681 juta telah dihantar daripada akaun Tanore ke akaun milik Pegawai Kerajaan Malaysia 1 (MO1).
260. Pada atau lebih kurang pada 21 Mac 2013, Tanore memindahkan USD620 juta ke dalam akaun di Ambank Malaysia, yg mana pemilinya disenaraikan sebagai "AMPRIVATE BANKING-MR". Pada atau kira2 pada 25 Mac 2013, tambahan sebanyak USD61 juta telah dipindahkan oleh Tanore ke akaun yg sama di Ambank menjadikan jumlah keseluruhan USD681 juta.
261. Akaun tersebut adalah milik MO1 dan adalah akaun yang sama yg menerima USD20 juta pada 2011 yg dikesan berasal dari akaun Good Star. Ianya juga adalah akaun yang sama yg telah menerima sekurang2nya USD30 juta pada 2012 daripada akaun Blackstone yg dikesan berasal dari akaun Aabar BVI.
262. Pada atau kira2 pada 26 Ogos 2016, sebanyak USD620,010,715 telah dipindahkan *dari akaun yg lain* di Ambank ke akaun Tanore. Akaun ini juga adalah milik MO1, dan dana yg dipindahkan adalah berasal dari dana sebanyak USD681 juta yg dipulangkan semula ke akaun Tanore.
263. Peguam Negara Malaysia menyatakan kepada umum bahawa beliau telah menjalankan siasatan berhubung dana sebanyak USD681 juta tersebut. Dalam satu kenyataan media yg dikeluarkan pada 26 Januari 2016 beliau mengesahkan bahawa "wang sejumlah USD681 juta telah dipindahkan ke akaun (MO1) diantara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013" dan, "dalam bulan Ogos, sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dipulangkan oleh (MO1)". Peguam Negara Malaysia akhirnya menyatakan bahawa wang sebanyak USD681 juta tersebut adalah "dalam peribadi kepada (MO1) daripada Keluarga Diraja Arab Saudi yang mana telah diberikan tanpa mengharapkan apa2 balasan."
264. *Rekod-rekod bank milik akaun Tanore menunjukkan TAN (Eric Tan@Jho Low) adalah pemilik sebenar kepada akaun Tanore, iaitu akaun yang telah memindahkan sebanyak USD681 juta ke akaun milik MO1, dan Pegawai 1MDB 3 telah ditambah sebagai penandatangan berautoriti bagi akaun Tanore kira2 satu hari sebelum pindahan pertama sebanyak USD620 juta dipindahkan dari akaun Tanore ke akaun MO1.*
(Mukasurat 75 dan 76)

Kesimpulannya;
1. Penyiasat DOJ (FBI) menolak kenyataan Peguam Negara Malaysia yg mendakwa wang USD681 juta yg najib dapat adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi. (Beliau juga gagal menunjukkan butir2 transaksi iaitu dipindahkan dari bank mana, kalaupun enggan mendedahkan nama org berkenaan). Sebaiknya penyiasat FBI menyatakan bahawa *rekod bank* dengan jelas menunjukkan wang sebanyak USD681 juta *(RM2.6 bilion)* dipindahkan dari akaun Tanore milik Jho Low dan orang yang meluluskan pemindahan tersebut adalah seorang pegawai 1MDB iaitu *Jasmine Loo* (yang kemudiannya turut mendapat habuan dari hasil rompakan 1MDB sebanyak USD5 juta)
2. Daripada jumlah keseluruhan hasil rompakan 1MDB sebanyak USD3,989,609,944 najib hanya mendapat sebanyak usd20+usd30+usd61= *USD111 JUTA*
*MASIHKAH ANDA MAHUKAN SEORANG MUNAFIK DAN SEORANG PENJENAYAH ROMPAK MEMIMPIN MALAYSIA? BERDOSA ATAU TIDAK MEMILIH SEORANG MUNAFIK DAN PENJENAYAH SEBAGAI PEMIMPIN? ADAKAH NEGARA INI AKAN SELAMAT DIBAWAH PIMPINAN SEORANG MUNAFIK DAN PENJENAYAH???*
Fikirkan masa depan anak cucu kita dan negara tercinta ini. Jangan sampai tergadai di tangan *MUNAFIK* dan *PENJENAYAH*

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...