ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday 21 May 2017

KESATUAN ULAMA DUNIA MEMINTA HJ HADI DIPECAT.
ULAMA ATAU ULARMAK???
SUNNI ATAU SYIAH ???

Syeikh Abdul Hadi telah menyampaikan ucapan dalam majlis pembukaan persidangan itu (Khamis 15/12/2016) dan bersalam dengan penjenayah penumpah darah Ayatullah Ali Khamenie (Sabtu 17/12/2016) yg mengulang2 apa yg disebut oleh khatib rasmi Tehran iaitu Ayatullah Muhammad Amami Kasyani dlm khutbah Jumaat 16/12/2016 bahawa "Halab (Aleppo) telah merdeka dan umat Islam (Syiah) telah menang ke atas orang2 kafir (Sunnah)"
Kesatuan Ulama Islam Sedunia di minta supaya Hj Hadi dipecat
Prof. Dr. Abdel Fattah al-'Awaisiy yang sebelum ini mengecam keras kehadiran Hj Hadi ke 'penyatuan Islam' di Teheran sebagai sangat mengaibkan dan menganggap Hj Hadi telah bersekongkol dalam jenayah pencerobohan di Syria, telah mengutus surat kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia meminta supaya Hj Hadi dipecat dari keahlian Kesatuan Ulama Islam Sedunia.


Berikut adalah terjemahan surat terbuka tersebut :
Ke hadrat Syeikh al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, semoga dlm peliharaan Allah. Ke hadrat saudara2 ulama yg mulia anggota Majlis Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Islam Sedunia, semoga mereka semua dlm peliharaan Allah. Assalamualaikum wrt. wbt.
Mungkin anda semua telah mendengar tentang penglibatan aktif Syeikh Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia dan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam apa yg disebut persidangan 'penyatuan Islam' yg dianjurkan oleh Badan Antarabangsa Bagi Mendekatkan Mazhab2 Islam di Tehran, iaitu ibu negara musuh Iran penjajah Syria dan juga penjajah 3 ibu kota Arab yg lain.
Syeikh Abdul Hadi telah menyampaikan ucapan dalam majlis pembukaan persidangan itu (Khamis 15/12/2016) dan bersalam dengan penjenayah penumpah darah Ayatullah Ali Khamenie (Sabtu 17/12/2016) yg mengulang2 apa yg disebut oleh khatib rasmi Tehran iaitu Ayatullah Muhammad Amami Kasyani dlm khutbah Jumaat 16/12/2016 bahawa "Halab (Aleppo) telah merdeka dan umat Islam (Syiah) telah menang ke atas orang2 kafir (Sunnah)"
Di sebalik peranan jenayah jijik yang dimainkan oleh Iran, sekutu2nya dan talibarut2nya dalam wilayah Arab, iaitu kezaliman, melakukan jenayah, mencabul kehormatan insan di beberapa buah negara Islam dan Arab, lebih2 lagi membunuh keluarga kita, memperkosa anak2 gadis kita dan wanita2 kita, menyembelih dan menghalau saudara2 kita di Syria, membantu seorang penjenayah penumpah darah iaitu Bashar al-Asad agar hidup lama, saya merakamkan rasa jengkel dan pelik saya terhadap penyertaan aktif Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam persidangan yang diadakan di Tehran itu.
Di mana tiada ruang untuk tidak berkecuali atau untuk mengambil pendirian lunak dlm situasi ini, saya mengharapkan pihak tuan memecat Syeikh Abdul Hadi Awang daripada Majlis Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan daripada keahlian Kesatuan.
Saudara anda,
Abdel Fattah al-'Awaisiy

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...