ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 5 August 2015

Penemuan Serpihan MH370 Di Reunion - Balaci Najib Jangan Mula Nak Menangkan Bos Anda

Penemuan Serpihan MH370 Di Reunion - Balaci Najib Jangan Mula Nak Menangkan Bos Anda

Thursday, August 6, 20158comments

Mkini
Selingan dari isu 1MDB ..... mengenai penemuan serpihan MH370 di Pulau Reunion. 

Waktu kehilangan MH370 tahun lepas, saya sering menulis mengenai perkembangan dan komen2 berkaitan isu ini. Jadi berita pengesahan penemuan serpihan bangkai jet itu agak melegakan.

Akhirnya ketemu juga satu bukti fizikal akan kewujudan MH370. Syukur alhamdulillah ,,,,,

TAPI ...... agak menjengkelkan bila saya baca ini dari kenyataan Najib -

“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.

“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.


Oklah, Lautan Hindi pun Lautan Hindi lah ..... lautan itu memang luas, Tapi bila baca artikel balaci Najib yang tak pasal2 masih cuba memenangkanNajib ( seolah mempolitikkan isu ini ! ), saya kena komen jugalah ....


Jika kita masih ingat, ramai yang mencerca dan menuduh Perdana Menteri menipu apabila mengumumkan hasil analisis pada tahun lalu bahawa pesawat terbabit berakhir di Lautan Hindi.


Kenapa mulakan sudut politik ni ? Takut Najib kena hentam ke sebab serpihan itu ditemui di Lautan Hindi yang SALAH  ARAH ?

Ya, saya juga antara yang memperlekehkan keputusan Najib yang memusatkan misi pencarian di selatan Lautan Hindi. 


Saya cek dah kedudukan Pulau Reunion ni masa mula dilaporkan penemuan serpihan MH370 itu. Ketika itu belum disahkan lagi dan saya pun malas nak panjangkan isu ni. 

Balaci Najib tahu tak di mana kedudukan Pulau Reunion di Lautan Hindi itu ? Kalau peta Mkini di atas tidak jelas, perhatikan peta dari Google Map ini -




Reunion Island lebih dekat dengan Mauritius berbanding Australia dan cuma 1,469 km dari Deigo Garcia !  JAUUUUUUUH sesangat dari selatan Lautan Hindi yang Najib yakin sesangat tahun lepas sebagai lokasi pencarian.




Saya tidak menolak kemungkinan terhempas dekat Australia kemudian serpihan itu dihanyutkan ke Reunion, malah saya tidak menolak apajua kemungkinan tapi agak2lah kalau nak menangkan Najib juga.

Buat tak tahu sudah la.... Lagi ditulis begitu, semua benda Najib nak kena menang, lagi orang menyampah ! 

PS - Apakah Teori Deigo Garcia kembali hangat selepas ini ?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...