ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 16 August 2015

MACAM MANA "LOTONG" NAK TOLONG JAWAPKAN MASAALAH DAN KONFLIK ULAR????




MACAM MANA "LOTONG" NAK TOLONG JAWAPKAN MASAALAH DAN KONFLIK ULAR????
MASAALAHNYA, KALAU TAK TOLONG, AKAN KENA PATUK ATAU DIJERUT. JADI SUKA TAK SUKA, TERPAKSA JUGA IKUT CARA JALAN BERBELIT SIULAR.
Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO,
Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.
Najib tak payalah nak suruh orang lain jawab bagi pihaknya, pasal apa Najib nak suruh ahli UMNO menjawab segala pertanyaan yang ditanya kepada Najib pula, yang ditanya adalah Najib, yang buat hal pun adalah Najib, bukannya ahli UMNO, Nak jawab macam mana kalau ahli sendiri pun tak tahu maklumat apa yang mereka nak jawab.
Macam RM 15.4 bilion pelaburan 1MDB di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, pelaburan itu dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya, dalam bidang apa pun tak tahulah, tak diberitahu, di mana pelaburan itu dibuat pun tak diberitahu, bukannya ahli UMNO yang 3 juta orang ni yang buat pelaburan itu, bila rakyat tanya dalam bidang apa pelaburan itu dibuat dan di mana pelaburan itu dibuat, apa ahli UMNO nak jawab?
Dalam isu RM 2.63 bilion pula, apakah itu derma kepada UMNO? siapakah pendermanya, dari mana sumber derma itu, perlu dijelaskan, tapi Najib tak jelaskan.
Wang itu Najib yang terima dan dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukannya 3 juta orang ahli UMNO yang terima wang itu dan wang itu tak dimasukkan ke dalam akaun ahli UMNO 3 juta orang pun, malahan yang gunakan wang itu adalah Najib, bukannya ahli UMNO, jadi apa yang 3 juta ahli UMNO nak jawab dari mana sumber wang itu, siapa pendermanya, malahan ditanya mana buktinya wang itu diserahkan kepada UMNO, apa yang 3 juta ahli UMNO nak jawab sedangkan bukan mereka yang buat semua itu, tapi Najib, pasal apa Najib nak suruh ahli UMNO jawab pula.
Kalau derma untuk UMNO dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib kononnya Tok Arab tu ikhlas, tapi ada ke bukti Najib menyerahkan wang itu kepada UMNO untuk diisytiharkan sebagai harta parti?
Malahan apakah wang RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu diisytiharkan oleh parti dalam Penyata Kewangan UMNO 2013 yang dihantar bersama-saman Minit Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO 2013 serta Penyata Jawatankuasa yang perlu dihantar oleh UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan?
Kalau Najib tak serahkan wang itu kepada parti, macam mana pula Najib boleh kata itu wang derma untuk UMNO? Kalau Najib tak serahkan kepada UMNO, maka Najib telah mengunakan wang itu secara salah dan boleh didakwa pecah amanah.
Itu tak termasuk lagi pembelian stesen janakuasa elektrik yang dah nak luput lesen operasinya lagi dua tiga tahun, dibeli dengan harga RM 18 bilion, malahan ada stesen janakuasa, Genting Sanyen, harga pasaran RM 400 juta, tapi pembelian oleh 1MDB dengan kelulusan oleh Najib dengan harga RM 2.3 bilion, lebih RM 1.9 bilion berbanding harga sebenar, hampir 5 kali ganda lebih tinggi dari harga sebenar, itu Najib yang luluskan pembelian itu, bukannya ahli UMNO 3 juta orang yang luluskan pembelian itu, jadi apahal Najib nak suruh ahli UMNO 3 juta yang tak tahu menahu pasal jual beli stesen elektrik yang bermasalah itu menjawab pula bagi pihak Najib sedangkan mereka tak ada maklumat lengkap pun, Najib yang buat masalah tu, pasal apa tak jawab?
Ahli UMNO sekalian, bolehkah tuan-tuan / puan-puan semua jawab mengenai kegagalan Edra Energy, anak syarikat 1MDB yang memperolehi projek membina dan membekalkan tenaga elektrik kepada TNB iaitu Jimah Timur 3B. Dalam isu ini, walaupun Edra Energy dapat kontrak tersebut, tapi Edra Energy tak mampu pun nak bina malahan nak sediakan tapak projek pun Edra Energy tak mampu, maka persoalannya adalah mana perginya wang Edra Energy? Sedarlah semua bahawa Edra Energy tak buat apa-apa pembangunan lagi pun terhadap projek Jimah Timur 3B ini, tapak projek pun tak ada lagi.
Satu lagi, tak pasal-pasal TNB dipaksa melabur di dalam projek Jimah Timur 3B dengan pelaburan RM 11.7 bilion, tak dijelaskan pula berapakah nilai ekuiti yang dijual oleh 1MDB kepada TNB pun tak diketahui, lihatlah dengan senang-senang sahaja 1MDB buat projek cara ‘ali baba’ dapat projek lepas tu bebankan kepada GLC untuk selesaikan masalah 1MDB pula, kemudian 1MDB senang-senang dapatkan wang dari GLC itu dengan alasan jualan ekuiti projek.
Walau apa pun, ahli-ahli UMNO perlu pilih nak selamatkan UMNO atau nak jadi balaci Najib. Fikirlah wahai ahli-ahli UMNO sekalian. Najib buat masalah, dia suruh 3 juta ahli UMNO yang tak tahu apa-apa pasal masalahnya itu pula yang jawab, apahal ni?
Senangnya cara Najib, dia buat hal, lepas tu suruh ahli UMNO jawab pula, Najib pula bersenang lenang buat masalah lagi, lepas tu ahli UMNO dikerah untuk jawabnya lagi.
COPY/PASTE.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...