ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday, 8 August 2015

DUA MENTERI BANTAH, PENGARAH SPRM TIDAK PERLU LAPOR DIRI KE JPM

DUA MENTERI BANTAH, PENGARAH SPRM TIDAK PERLU LAPOR DIRI KE JPM

Selepas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull menuntut agar dua pengarahnya, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad Yaakob yang ditukarkan secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri dikembalikan ke agensi itu dan menawarkan dirinya sebagai pengganti, sokongan terhadap badan itu boleh dirasai di mana-mana.

Sama ada secara senyap mahupun terbuka, rata-rata mahu sebarang gangguan atau ancaman terhadap SPRM segera dihentikan bagi memastikan badan itu benar-benar bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya memerangi rasuah tanpa mengira siapa pun yang terlibat atau disiasat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi anggota kabinet pertama yang tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut dengan menganggapnya sebagai tidak wajar sama sekali.

Kata Menteri Belia dan Sukan itu, beliau berpegang dengan pendirian bahawa institusi pencegah rasuah itu perlu dilindungi dalam menjalankan peranannya serta berdasarkan kepercayaannya selama ini  bahawa kebenaran mestilah dipertahankan.

"Saya akan tanya Ketua Setiausaha Negara, kenapa ini berlaku? Adakah sesuai membuat pertukaran dalam situasi sekarang?" tanyanya lagi.

Serentak dengan itu, KJ juga secara terbuka menyatakan tidak bimbang jika kehilangan jawatan dalam kabinet sepertimana nasib yang menimpa Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal berikutan pendiriannya ini.

Woww...nampaknya KJ sudah mencabar Najib!

Selepas Muhyiddin  dan Shafie Apdal digugurkan dalam rombakan kabinet oleh Najib baru-baru ini kerana pendirian yang krtitikal berkaitan 1MDB, KJ barangkali boleh diberikan pujian atas sikap beraninya ini.

Seolah-olah menawarkan diri untuk menjadi pejuang dan pembela rakyat serta menunjukkan keghairahan yang berbeza berbanding majoriti menteri lain yang lebih sayangkan jawatan daripada menyatakan kebenaran, kini segala-galanya terserah kepada Najib untuk membuat pertimbangan.

Tetapi, sekiranya Najib sudah mulai mempertimbangkan mahu menyingkirkan KJ daripada kabinet berikutan pendiriannya itu, sesuatu yang harus disedarinya ialah "ombak hanya menunggu masa untuk bertukar menjadi gelombang" dalam isu gangguan terhadap SPRM ini.

Kiranya KJ dipecat, maka sahlah Najib seorang Perdana Menteri yang hanya suka dikelilingi oleh "yes man" sahaja, walaupun dalam ucapannya beliau cuba menafikan hakikat itu.

Selain KJ, seorang lagi menteri kabinet iaitu Paul Low juga menyatakan pendirian tidak setujunya dengan pertukaran dua pegawai SPRM itu ke JPM.

Katanya, walaupun pertukaran itu  digambarkan sebagai urusan pentadbiran, tetapi ia tetap dilihat tidak wajar kerana Bahri Mohamad Zin sedang mengetuai suatu siasatan berprofil tinggi melibatkan Najib Razak yang dilapor menerima RM42 juta daripada SRC International melalui akaun peribadinya.

"SPRM adalah sebuah agensi bebas dan mereka sepatutnya beroperasi secara bebas. Jika pegawai SPRM melakukan kesalahan, ia boleh ditangani secara dalaman," tegasnya.

Beriringan dengan pendirian dua menteri itu, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM juga mahukan kedua-dua pengarah yang ditukarkan itu dikembalikan semula bagi membolehkan kedua-duanya menjalankan tugas seperti biasa.

Johan Jaaffar, Pengerusi panel itu menambah, "pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan menimbulkan lebih banyak syak wasangka serta teori konspirasi".

Johan adalah juga Pengerusi Media Prima, sebuah kumpulan media yang termasuk didalamnya  stesen televisyen TV3 serta dikenali umum mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib. Namun dalam isu pertukaran pegawai SPRM ini, beliau lebih memilih kebenaran berbanding menjadi "yes man".

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga semalam mahukan SPRM tidak diganggu-gugat dalam menjalankan tugas dan peranannya, sesuai dengan kedudukannya sebagai badan bebas yang diiktiraf.

Dengan sokongan makin nyata dan terbuka menolak pertukaran itu, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad yang sepatutnya melaporkan diri ke JPM Isnin ini seharusnya lebih berani membantah pemangsaan yang cuba dilakukan terhadap mereka.

Mereka tanpa ragu-ragu, bukan saja tidak perlu mematuhi arahan pertukaran itu, malah tidak seharusnya melaporkan diri di tempat baru yang lebih merupakan hukuman "penyejukbekuan" kepada tugas menegakkan kebenaran selama ini.

Melalui tindakan tidak melapor diri ke JPM itu, kedua-dua pengarah SPRM terbabit akan lebih mudah mendapat pembelaan yang berterusan daripada KJ dan Paul Low, malah Muhyiddin mungkin lebih lantang bersuara di luar kerajaan, bukan saja membela kedudukan mereka, tetapi juga memperjuangkan kebebasan agensi pencegah rasuah itu selepas ini.

Tindakan yang sama juga pastinya  merangsang sokongan rakyat yang lebih melimpah kepada kedua-dua pengarah terbabit.

Jika Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad hanya akur dengan arahan pertukaran tersebut, pendirian berani kedua-dua menteri terbabit juga akan turut tersadai di dakapan media saja, jauh sekali menjadi sesuatu yang bermakna untuk kita semua.

Keberanian harus disambut dengan keberanian, maka barulah perubahan boleh diharapkan. (SH 09/08/2015)

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...