ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Monday, 17 August 2015
USUL UNDI TIDAK PERCAYA,AKUAN BERSUMPAH,DAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG-
USUL UNDI TIDAK PERCAYA,AKUAN BERSUMPAH,DAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG-
_______________
Sebagai raja berpelembagaan, Yang Dipertuan Agong tidak boleh memecat Perdana Menteri melainkan baginda yakin bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat seperti yang ditetapkan oleh Perkara 43(4) dan 40(3).
Sekiranya berlaku keadaan-keadaan yang disebut di bawah perkara 43(4), maka Perdana Menteri boleh dilucutkan jawatan sekiranya beliau tidak melepaskannya secara sukarela. Peruntukan-peruntukan perlembagaan ini memberikan Yang Dipertuan Agong kuasa budi bicara yang luas, namun baginda juga tidak boleh bertindak sebagai diktator kerana terdapat kekangan terhadap kuasa budi bicara itu.
Selain itu..
Melalui satu perisytiharan bertulis dan bertandatangan oleh majoriti ahli Dewan Rakyat yang menyatakan tidak percaya terhadap Perdana Menteri, yang dikemukakan kepada baginda oleh seorang ahli atau sejumlah ahli parlimen. Dokumen tersebut adalah sebagai bukti yang sah tentang sikap tidak percaya itu. Sekiranya Yang Dipertuan Agong berpuas hati dengan dokumen itu dan kesahihannya, maka baginda boleh menerimanya – sebagai satu cara untuk mengesahkan hilang kepercayaan itu.
Oleh itu..
Yang Dipertuan Agong boleh memanggil ahli-ahli terbabit masuk menghadap bagi memastikan sama ada mereka berbuat demikian dengan rela dan waras. Ini sebagai pengesahan dan bukti yang sahih. Jika seseorang raja berperlembagaan mengambil langkah-langkah ini, maka baginda tidak boleh dikiritik atau dituduh mempunyai kepentingan politik dan lain-lain.
p/s Tiada isu mengulingkan kerajaan..tapi ini sebahagian dari sistem Demokrasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tunggu sultan perak atau sultan johor naik agong lah baru boleh nampak tindakan heroic macam ni. Kalau yang lain tu pakai takda lah. Baik depa dok diam makan elaun sudah. Orang Melayu cakap 'redho', itu yg ditanam dalam adat kita. Hang Jebat pertahan sahabat yang dibelot sultan pun boleh kena bunuh oleh sahabat yang sama atas titah sultan yang sama. Bagi kita pikiaq: garisan pemisah antara betul dan salah dah hilang.
ReplyDelete