ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday, 10 August 2015

NAJIB BUKAN LAGI MENDIDIH, TAPI SEDANG MENGGELEGAK DARAH PAHLAWANNYA.

Selepas SPRM, Dr Mahathir kata mungkin Gabenor Bank Negara sasaran seterusnya

mahathir mohamad history 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun ia sekadar khabar angin, tidak mustahil ia boleh menjadi nyata. – Gambar TMI / Nazir Sufari

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mungkin akan menjadi mangsa seterusnya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditekan hebat oleh Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri paling lama tersebut berkata, walaupun ia sekadar khabar angin, tidak mustahil ia boleh menjadi nyata.
“Itu khabar angin yang saya dengar, tapi dalam kes ini khabar angin itu biasanya mempunyai kebenaran,” katanya pada sidang media selepas dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang hari ini.
Dr Mahathir bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai sumber khabar angin tersebut.
Zeti antara individu di peringkat tertinggi yang menganggotai pasukan petugas khas menyiasat skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Namun kebelakangan ini, Zeti menjadi perhatian umum apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan menyoal siasat lebih ramai pegawai SPRM, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara bagi memberi keterangan dalam siasatan maklumat bocor 1MDB.
Khalid tidak menolak kemungkinan memanggil Zeti dan orang nombor dua SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
BNM sebelum ini juga menafikan dakwaan membocorkan maklumat transaksi tersebut.
Blogger pro Umno sebelum ini turut menamakan Zeti dan Shukri sebagai individu yang berpotensi terlibat dalam konspirasi menggulingkan kepimpinan perdana menteri dalam kerajaan.
Kontroversi terkini membabitkan SPRM apabila pihak polis membuat serbuan ke atas beberapa pegawai penyiasat agensi pencegah rasuah tersebut, malah dua pegawai atasannya ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri. – TMI

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...