ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday, 7 August 2015

Pasukan khas: Kami dah tahu isu akaun Rosmah

Pasukan khas: Kami dah tahu isu akaun Rosmah


Pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan penyaluran dana 1MDB ke akaun perdana menteri berkata mereka sudah maklum berkaitan dakwaan lain RM2 juta dimasukkan ke akaun isterinya Rosmah Mansor.

Pasukan bersepadu empat agensi itu juga berkata mereka sudah tahu berhubung pendedahan Sarawak Report semalam.

“Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh pasukan petugas khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dijalankan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh ketua-ketua di Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka juga menegaskan menjalankan siasatan dengan telus, bebas dan profesional serta berharap semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan mereka.

Pasukan itu juga berkata semua pendedahan dipandang serius dan siasatan akan dibuat serta kenyataan diambil daripada semua orang yang berkenaan.

Sarawak Report semalam membuat dakwaan itu berasas maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Laman pembocor maklumat itu mendakwa RM2,000,000 dimasukkan ke dalam dua akaun secara berperingkat-peringkat.

Malaysiakini sudah menghubungi seorang pembantu Rosmah dan masih menunggu reaksi pihak beliau.

Bercakap dengan portal berita ini di Melaka kelmarin, Rosmah menasihatkan semua pihak supaya tidak memfitnah antara satu sama lain di bulan Ramadan yang mulia ini. 
 

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...