ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 8 July 2015

SIRUL AKAN DEDAH SIAPA PEMBUNUH ALTANTUYA???



SIRUL AKAN DEDAH SIAPA PEMBUNUH ALTANTUYA???

SIRUL AKAN DEDAH
SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA?
Nampaknya bala akan menimpa lagi pihak atasan yang memberi arahan kepada Sirul dan Azilah membunuh model Altantuya, kekasih Razak Baginda, orang kepercaaan Najib Razak. 
Menurut berita dari Sydney Morning Herald besar kemungkinan Sirul akan dedahkan pihak tertentu yang mahu Altantuya dibunuh. Sebagai anggota komando Sirul dan Azilah berpegang kuat pada sumpah komando. Lebih lapan tahun dia memendamkan rahsia itu. Kali ini dia terpaksa mendedahkan rahsia itu demi masa depannya untuk mendapatkan suaka di Australia.

Dalam kemelut politik yang menghantui Najib sekarang pendedahan Sirul boleh menggegarkan politik negara, dan menimbulkan skandal besar yang boleh mengheret beberapa orang kenamaan dan pegawai-pegawai tertentu ke pengadilan. 
Menurut sumber Altantuya dibunuh kerana pihak atasan mensyakki dia tahu ada korupsi yang lumayan dalam pembelian dua kapalselam buatan Peranchis/Sepanyol yang menelan belanja sekitar USD2 bilion. Altantuya pernah menjadi penterjemah disamping menjadi kekasih kepafa Razak Baginda. 
Mungkin pihak atasan panik takut model Mongolia ini membocorkan rahsia :"kickback" dari pembelian kapalselam tersebut yang berjumlah lebih RM500 juta!. Najib menjadi menteri pertahanan dan bertanggngjawab terhadap pembelian kapalselam itu.

Tun M yang mengenali Sirul yang pernah menjadi pengawalnya waktu masih menjadi PM berkata Sirul bukan seorang pembunuh. Dia diarah oleh pihak atasan untuk melakukan pembunuhan. Soalnya pihak atasan yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu patut diheret ke mahkamah. Dalam majlis bersumpah di mesjid Najib berkata dia tidak kenal :"perempuan Mongolia" itu tetapi tidak berani menyebut nama Altantuya dalam sumpahnya. Apa yang menakutkannya terhadap nama model itu hanya Allah dan Najib sendiri saja yang tahu, atau bininnya yang menjadi punahsihatnya mungin tahu.

Sekiranya Sirul mendedahkan mereka yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya kelak dalam akhbar dan TV Australia besar kemungkinan nama Najib dan Rosmah akan diheret kelak. Besar kemungkinan kerajaan Peranchis juga akan masuk campur kerana adanya rasuah dalam pembelian kapalselam tersebut. Besar kemungkinan juga kerajaan Mongolia dan bapa Altantuya akan membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa di Belanda untuk mendapatkan keadilan.

Sekiranya Sirul hendak mendapat suaka di Australia dia mesti mendedahkan segala aspek dari pembunuhan Altantuya untuk membuktikan dia menjadi mangsa dari kebuasan dan niat jahat pihak atasan yang mengarahkanna melakukan pembunuhan. Kes Altantuya tidak mati. Hantu Altantuya sedang memburu mereka yang terlibat hingga ke hari ini. 
Ada pasangan suami isteri makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak nyenyak mengingatkan hantu Altantuya yang menghampiri mereka saban malam. Ada orang yang sinis berkata ada pihak tanya hantu Altantuya melalui bomoh handalan yang mereka minta nasihat, berapa juta dolar ia nak untuk melepaskan mereka dari buruan hantu Altantuya. 
Bomoh itu terkekeh-kekeh menjawab," Sorry datuk dan datin, hantu Altantuya tak makan rasuah. Dia makan telur rebus saja!". Pucat muka suami isteri itu!. .

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...