Najib tuduh laporan WSJ, Sarawak Report palsu
KUALA LUMPUR, Sabtu – Perdana Menteri malam tadi menuduh dakawaan dalam laporan akhbar kewangan The Wall Street Journal (WSJ) sebagai palsu dan dijadikan sebahagian daripada kempen politik bersepadu untuk menjatuhkanbeliau.
Datuk Seri Najib Razak dalam laman facebooknya mendakwa bahawa beliau tidak pernah mengambil dana syarikat berkaitan kerajaan atau mana-mana entitinya untuk kepentingan peribadi.
“Saya ingin menyatakan secara jelas: Saya tidak pernah ambil dana untuk kepentingan peribadi seperti didakwa oleh musuh-musuh politik saya – sama ada daripada 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti disahkan sendiri olehsyarikat-syarikat ini,” katanya lewat malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan WST dan portal Sarawak Report yang mendedahkan dakwaan mengatakan AS$700 juta wang masuk ke akaunnya menerusi beberapa transaksi.
Semalam, WST dan Sarawak Report menyebut, Najib yang mengasaskan 1MDB dan mengetuai Lembaga Penasihat syarikat itu, berdepan tekanan politik yang semakin meningkat di mana 1MDB bergelut untuk membayar hutang terkumpul berjumlah AS$11 bilion (kira-kira RM41.5 bilion).
“Dokumen siasatan kerajaan yang penyiasat percaya berupa pergerakan tunai di kalangan agensi kerajaan, bank dan syarikat yang ada hubungan dengan 1MDB sebelum ianya berakhir dalam akaun Najib.
“Dokumen yang dikaji semula oleh The Wall Street Journal termasuk borang pemindahan wang dan carta aliran bersama siasatan kerajaan yang mencerminkan pemahaman mereka mengenai pergerakan tunai itu.
“Sumber asal wang berkenaan tidak jelas dan penyiasat kerajaan tidak menyatakan secara detail apa yang berlaku terhadap wang yang masuk ke akaun peribadi Najib,” lapor The Wall Street Jurnal.
Sementara itu, Najib juga menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan warga asing termasuk serangan ;politik oleh portal Sarawak Report berhubung laporan berkenaan.
Beliau memberi amaran pihak yang terus melancarkan serangan itu perlu bersedia menghadapi akibat daripada tindakan mereka.
“Ini taktik longkang – dalam beberapa kes taktik jenayah – untuk menggulingkan kerajaan akan gagal. Di mana sesuai, mereka akan ditangani dengan kuasa penuh undang-undang,” katanya.
No comments:
Post a Comment