ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 5 July 2015

NAJIB MEMBERI PENGAJARAN KEPADA ORANG MELAYU.


NAJIB MEMBERI PENGAJARAN
KEPADA ORANG MELAYU.
Krisis yang melanda negara hingga menjadi beban kepada rakyat ialah kepimpinan Melayu yang lemah akibat bangsa Melayu berjiwa fiudal, miskin ilmu, menyerah pada nasib, tidak berpegang pada tali Allah dan berbudaya Pak Kadok menang sorak negara tergadai. 
Baik Tun Hussein Onn dan Tun M terlalu terhutang budi kepada Tun Razak kerana memberi peluang kepada mereka menjadi PM. Sebagai membalas jasa Tun Razak mereka menatang Najib dalam UMNO dan memberi kedudukan yang tinggi dalam kabinet. Mereka seolah-olah menganggap itulah cara paling mulia dan diberkati Allah sebagai membalas budi Tun Razak. Hari ini bukan saja Tun M kecewa dan terpaksa masuk gelanggang memperjuangkan nasib rakyat, ugama dan negara tetapi rakyat juga dibebani penderitaan dan kebencian yang meluap-luap terhadap kerakusan dan kelemahan anak Tun Razak itu.

Politik Melayu masih berjiwa fiudal, bukan berdasarkan ilmu pengetahuan, berpegang pada tali Allah sebagai pedoman hidup dalam perjuangan. Mereka seolah-olah menganggap kepimpinan yang baik mest berdasarkan keturunan yang berkuasa. Ini penyakit minda Melayu. Minda mereka dikorup oleh kebendaan, miskin ilmu, budaya Pak Kadok seolah-olah beranggapan semua pemimpin itu ditakdir Allah terdiri dari manusia yang terpilih. Inilah kebodohan bangsa Melayu sejak dulu sampai sekarang.

Berbagai bala Allah turunkan kepada Najib dan rakyat hari ini. Inilah akibatnya kalau Melayu tidak bijak memilih pemimpin. UMNO , Pas dan PKR tidak boleh mendabik dada bahawa kepimpinan mereka terbaik. Cermin diri dan insaflah Melayu sekarang sudah hilang maruah dan hargadiri, visi dinamis dalam perjuangan. Seperti kata peribahasa Melayu sepuluh jong masuk pelabuhan Melayu masih bercawat lagi!

Najib adalah contoh terbaik untuk menyedarkan orang Melayu. Belum tentu keturunan Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah atau Tun M layak menjadi PM. Jawatan PM bukan hak sendirian berhad sesuatu keturunan. 
Jangan sekali-kali Melayu menghidupkan dinasti. Melayu mesti memilih pemimpin yang terbaik, berpegang pada tali Allah terbilang di kalangan rakyat untuk menerajui negara. Melayu akan hancur di buminya sendiri sekiranya mereka tidak merobek pemikiran fiudal untuk memilih pemimpin yang terbilang di kalangan bangsa sendiri menghadapi cabaran masa depan negara

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...