Macam2 Najib ....
Friday, July 3, 20154comments
Isu paling hangat hari ini adalah pendedahan Sarawak Report dan WSJ tentang deposit billion2 yang masuk akaun peribadi Najib. Buat masa ni saya lebih suka mengikuti perkembangannya. Dalam pada itu tertanya juga,apa lagi yang SR ada, ek ?
Kita tidak dapat menolak dakwaan SR begitu saja kerana kita semua dapat lihat ia bukan dakwaan kosong kerana disertakan dengan bukti2 yang menyakinkan. Adalah lebih baik pihak berkuasa mengambil jalan tengah, jangan cepat melatah dari terus menyokong Najib tanpa usul periksa.
Apasalahnya buat engagement dengan SR ? Jumpa dan berbincang, kaji apa2 bukti yang SR ada sehingga begitu berani SR siarkan dakwaan sebesar itu. Setelah itu baru lah buat keputusan samada bukti yang ada itu cukup untuk dilakukan siasatan yang lebih menyeluruh ke atas kewangan Najib dan keluarganya.
Baru saja kerajaan dimalukan kerana melompat mendahului siasatan pihak Thailand dalam isu penahanan Justo, jangan memalukan negara sekali lagi.
Tun Mahathir pula tulis artikel berkaitan kekayaan Najib, bertanyakan kenapa pihak income tax tidak menyiasat kekayaan melampau yang dimiliki oleh keluarga Najib seperti mana SOP yang biasa dilakukan terhadap pegawai2 kerajaan lain iaitu - siasat jika seseorang itu memiliki kekayaan yang melebihi dari pendapatan. Baik punya timing ! - Chedet - TAXES.
Tun menulis dengan lebih detail apa yang beliau sebut semasa pertemuan dengan NGO dua minggu lalu di Yayasan Kepimpinan Perdana seperti video saya - KLiK.
Itulah BUKTI kalau orang tanya .... Semua orang pun dah tahu yang keluarga Najib kaya raya ... darimana datangnya kekayaan itu ? Selain dari Pejabat PM yang mengaku kekayaan itu datang dari harta pusaka, Najib dan keluarganya tidak pernah mahu menjawab sumbernya.
Kenapa dibiarkan rakyat tertanya2 ? Jadi bila timbul dakwaan2 seperti di atas, baru kelam kabut nak nafikan. Kenapa tidak telus dari awal ?
Lainlah kalau Najib, Rosmah dan keluarga hidup cara sederhana yang sesuai dengan pendapatan resmi Najib ..... Rosmah cuma surirumah sepenuh masa kan ?
Apapun kita tunggu perkembangan seterusnya ...
************************
Semalam seorang lagi blogger otai yang amat disegani kerana penulisannya yang mantap berfakta bagai tapi lama menyepi, kini kembali menulis ! Berlatarbelakangkan ekonomi dan bidang kewangan antarabangsa, SatD menulis tentang jeng jeng jeng ...... 1MDB !
Memang pening bagi yang tak biasa dengan cara beliau menulis - KLiK - tapi menggunakan jawapan yang pihak 1MDB sendiri berikan, SatD telah mengenalpasti beberapa perkara pelik berkaitan urusniaga 1MDB-Petrosaudi.
Banyak yang sudah saya sendiri sentuh cuma kali ini penjelasan beliau lebih mantap ! Tak sabar menunggu sambungan dari SatD.
Tak terfikirkah anda kenapa bloggers yang banyak bertanya tentang 1MDB merupakan bloggers bebas sementara majoriti ( hampir kesemua ) yang menyokong 1MDB merupakan bloggers yang berbayar atau yang mengharapkan bayaran dari Umno .... kenapa ek ?
Blogger JMD ada buat ulasan lagi mengenai Penyelewengan Ketara 1MDB, sesuai dibaca bagi menambah ilmu mengenai isu 1MDB-Petrosaudi dan Unit.
************************
Semalam dalam pertemuan dengan media, Najib ada keluarkan satu kenyataan yang makan diri bila gatal mengulangi kes pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji -
Najib, yang juga penaung kepada 1MDB menafikan tindakan membeli tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) dari syarikat sarat hutang tersebut merupakan langkah 'bailout' seperti yang didakwa pengkritik.
"Takkan kita nak gunakan wang rakyat untuk 'bailout' 1MDB. Itu bukanlah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab," katanya. - TMI.
.
Benarkah Najib tidak pernah gunakan wang rakyat untuk bail out 1MDB ? Tak baik menipu tau, Najib ..... nanti tak masuk syurga !
Malas nak berdebat tentang isu Tabung Haji walaupun bagi saya ia tetap merupakan satu bail out tapi saya nak sentuh mengenai Kredit Siap Sedia atau Standby Credit bernilai hampir RM1 billion ( RM950 juta ) yang diberikan oleh kerajaan pada pertengahan bulan Mac lalu.
Apakah itu bukan satu bentuk BAIL OUT yang menggunakan wang rakyat ?
Bail out kalau anda rajin cek membawa maksud memberi bantuan kewangan kepada syarikat yang sedang berdepan dengan masalah kewangan kronik. Kan tepat sekali !
Standby konon ..... tak berapa hari diberikan, dah habis ! Banyaklah ko punya standby ..... tak cukup lagi, itu yang terdesak minta bayaran penuh dari Tabung Haji sebaik saja sain kontrek jual beli tanah TRX.
Itu pun tak cukup lagi ..... kena minta tolong pak Arab bayarkan hutang.
Tidakkah keadaan kewangan 1MDB yang kronik itu sendiri merupakan satu BUKTI yang cukup kuat untuk kita meminta penjelasan tentang perkara2 pelik yang diakui oleh 1MDB sendiri ?
Nah, apakah Najib sendiri mengakui kerajaan pimpinannya amat tidak bertanggungjawab kerana telah menggunakan wang rakyat untuk bail out 1MDB ?
*****************
Sejak akhir2 ini juga sering dimainkan isu perpaduan yang dikaitkan dengan pengkritik 1MDB, kononnya para pengkritik itu mahu memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.
Sesuai jika anda baca semula apa kata Tan Sri Sanusi yang mengulas isu ini dengan tepat - KLiK.
No comments:
Post a Comment