ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Friday, 10 July 2015
Kesiannya kat dia.. susah payah spin nafikan itu akaun Rosmah, Rosmah pulak mengaku itu akaun dia.. kah..kah..kah..
Kesiannya kat dia.. susah payah spin nafikan itu akaun Rosmah, Rosmah pulak mengaku itu akaun dia.. kah..kah..kah..
SUARAKAMI 19:46 BLOGGER
Kesiannya kat dia.. bertungkus lumus mencari fakta kononnya nak menafikan pendedahan Sarawak Report mengenai akaun Rosmah Mansor itu.. akhirnya Rosmah sendiri yang mengaku itu akaun dia..
Demi menunjukkan kesetiaannya yang tak berbelah bagi dan dalm masa yang sama cuma menampilkan kehebatanya dalam penyiasatan atau dalam lain ayat nak bodek le tu.. bersusah payah dia lakukan penyelidikan..
Bersandarkan dokumen yang memaparkan no mykad Rosmah Mansor menulislah dia..
Sarawak Report datang lagi dengan kononnya pendedahan terbaru kononnya berjuta Ringgit Malaysia dimasukkan ke akaun peribadi isteri Perdana Menteri pula.
Kononnya, duit berjuta ini disalurkan oleh seorang individu kedalam akaun Rosmah melalui beberapa transaksi diantara tarikh Februari hingga April 2015.
Malangnya, dokumen yang dilampirkan oleh portal pro pembangkang berkenaan terbukti hanya rekaan apabila terdapat beberapa kesilapan besar yang dikesan.
Pertama sekali, apa yang dipanggil dokumen rahsia akaun peribadi isteri Perdana Menteri tersebut hanyalah sekadar draf excell yang boleh direka oleh sesiapa sahaja.
Dokumen berkenaan langsung tidak menyamai dengan transaksi bank sebenar.
Yang kedua dan paling ketara, terdapat kesilapan pada nombor kad pengenalan lama yang dikatakan milik DS Rosmah Mansor.
Hasil carian melalui semakan pemilih SPR, nombor berkenaan langsung tidak ada didalam rekod.
Yang lebih menghairankan, jika merujuk nombor kad pengenalan yang dilampirkan didalam dokumen berkenaan, ia menunjukkan isteri Perdana Menteri itu baru berumur 30 tahun!!
Ini kerana individu yang lahir SELEPAS tahun 1964 sahaja yang mempunyai huruf "A" di pangkal sebelum nombor IC mereka. Pada warganegara Malaysia yang lahir sebelum tahun 1964, hanya nombor sahaja yang tertera di IC tanpa sebarang huruf.
Oleh itu, dokumen yang dilampirkan oleh Sarawak Report tersebut terbukti adalah fitnah jahat yang direka oleh pihak tertentu. Sudah tentu ia bertujuan mahu melihat Perdana Menteri dijatuhkan.
Adalah amat mustahil pihak Bank akan melakukan kesilapan sebesar itu kecuali ianya dokumen palsu ~ UtaraNews
Nak tulis tu dicampur dengan sedikit research mahu habis lebih kurang dua jam tu.. tapi kalau berhasil tak apa.. malangnya sia-sia saja buang masa..
Sia-sia saja usaha murni dia tu bila pihak Pasukan Khas mendakwa mereka telah sedia maklum akan akaun Rosmah itu cuma tak bising saja..
Pasukan bersepadu empat agensi itu juga berkata mereka sudah tahu berhubung pendedahan Sarawak Report semalam.
“Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh pasukan petugas khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh ketua-ketua di Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ~ Malaysiakini
Lebih malang lagi.. selain dari buat kerja sia-sia dan buang masa dibulan puasa ni.. Rosmah pulak pi mengaku itu memang akaun dia dan mahu Bank Negara siasat akan kebocoran itu..
Kata Rosmah itu akaun dia yang dibuka pada tahun 1984 masa dia kerja dengan firma pembangunan..
Datin Seri Rosmah Mansor has admitted that the bank account referred to in the Sarawak Report belongs to her, and that it was open in 1984 while she was working at a development firm.
In a statement through her lawyer Noorhajran Mohd Noor tonight, she said that the inferences made against her was malicious, baseless and unsubstantiated.
Calling it breach of the bank's function, she hoped that Bank Negara Malaysia would immediately or within 72 hours conduct a probe on the matter.
Rosmah's statement comes after the government task force, in charge of investigating allegations against Datuk Seri Najib Razak, has begun probing the account of the prime minister’s wife after Sarawak Report alleged that RM2 million was deposited into her account ~ The Malaysian Insider
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment