ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 8 July 2015

Isu Najib Billion2 - Najib Lemah Dalam Menangani Isu

Isu Najib Billion2 - Najib Lemah Dalam Menangani Isu

Wednesday, July 8, 20150 comments



Gempak dari semalam dengan pendedahan WSJ akan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaan Najib Billion2. Seperti biasa, berbalas pantunlah pro dan anti Najib dalam membincangkan kesahihan dokumen2 itu. Ada yang bising juga mempertikaikan kenapa banyak sangat blanco digunakan ....

Saya malas nak komen pada peringkat yang bagi saya masih terlalu awal ini. Apa yang saya yakin, ADA sebabnya kenapa WSJ dedahkan dokumen2 itu dan kenapa banyak ayat/nombor dipadam. Isu dah jadi PERSONAL antara WSJ dan Najib. WSJ sudah nyatakan yang mereka tetap dengan tuduhan yang dilemparkan walaupun tahu mereka bakal disaman jika ternyata palsu.

Saya lihat pendedahan dokumen2 itu lebih kepada satu MESEJ yang ditujukan kepada Najib. Bukan kepada pembaca. Ia sudah menjadi satu GAME antara WSJ dengan Najib.

Makanya saya lebih suka memerhati jer dulu ........ Pendirian saya tetap sama, Najib kena bersihkan namanya dengan bertindak proaktif, bukan lagi playsafe atau melengah2kan masa kerana itu akan hanya menambahkan lagi persepsi negatif terhadap beliau sendiri.

Ya, Najib masih boleh terus berdiam diri dan mengelak.... MACAM BIASA yang beliau lakukan, tapi fikirkanlah kesannya kepada Umno dan BN bila isu panas ini tidak ditangani segera dengan berkesan.

Satu lagi alasan kenapa saya tidak teruja sangat dengan bukti2 WSJ adalah kerana apapun hasilnya nanti, isu 1MDB tetap perlu diperjelaskan !

Benar atau palsu dakwaan WSJ, kenyataannya 1MDB tetap bermasalah kepada negara. Namun kalau benar dan Najib terpaksa didakwa .... cepat sikitlah kot proses merungkai 1MDB. Keutamaan saya adalah mencari Kebenaran 1MDB. 

Cara Najib mengurus 1MDB benar2 telah memalukan negara ! Sama seperti tajuk artikel Chedet yang memulang paku buah keras kepada Anifah Aman yang sebelum ini telah mengkritik Tun Mahathir ketika diinterview oleh The New York Times.

2 . Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib. Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Dato Seri Najib, Jho Low dan 1MDB. Ini disebabkan akhbar terkenal Wasington, New York dan London telah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah “The Wolf of Wall Street”. 

4. Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakan olehnya.

 5. Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Dato Seri Najib. 

Kelaaaaas cara Tun menjawab kritikan ! Pasti tak terjawab dek Anifah..... Tun hanya mengulangi secebis dari apa yang dilaporkan media Amerika. 

Tun tak lari topik pun. Tetap topik yang sama, tak perlu nak ungkit kes2 lama LAIN yang ada bersangkutan dengan tugas Anifah selaku Menteri Luar.

                                               ******************

Satu lagi cubaan alih isu Najib @ 1MDB adalah mengungkit dakwaan lama yang keluarga Tun juga ada juta2 dalam akaun di Israel. Mereka yang mengungkit kembali itu ternyata tidak buat kerjarumah kerana isu sudah pun dijawab oleh Tun 7 tahun lepas dalam artikel di Chedet !

Macamana Tun jawab ? - 

I give full permission for the Israeli National Bank to make public these accounts so that I can claim the money said to belong to me and my family. 

As for the anonymous scum, give your true name, I/C and address so that I can sue you. - KLiK.

Peeeeergh ..... cuba Najib cara yang sama kepada WSJ ! Saya CABAR WSJ dedahkan apa saja bukti yang mereka ada itu kerana saya tidak ada buat begitu. Biar satu dunia pula memandang kepada WSJ untuk buktikan dakwaan mereka. 


Ini tidak ..... terkemut2 nak jawab .... nak saman, akan saman, sedang nak saman .... ( sebab itu saya syak pendedahan bukti oleh WSJ adalah mesej kepada Najib. Mesej apa saya tak tahu la.. )


Apapun saya setuju sangat2 apa yang Tun katakan - 

 8. Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Dato Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemoh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang.

Segala pertuduhan WSJ adalah rentetan dari isu 1MDB juga.  Dari tahun lepas, dari mula2 Tun sebut tentang 1MDB lagi Tun dah desak Najib dan 1MDB supaya tampil beri penjelasan yang tuntas tapi tidak diendahkan.

Ingat PAU tahun lepas bilamana isu 1MDB diharamkan dari dibincangkan, tapi bila isu makin panas, Najib sendiri yang terhegeh2 nak jelaskan kepada wakil2 Umno dalam perjumpaan tertutup !


                                                       ***************************

Artikel di atas saya tulis semalam, tak sempat nak habiskan. 

Hari ini gempak lagi dengan isu kononnya peguam Najib dah hantar Notis Surat Saman kepada WSJ ! Peeeergh..... Najib dah bertindak ! 

TAPI .... mengikut pembacaan JMD, surat itu bukannya Notis nak Saman, tapi lebih kepada Surat Minta Penjelasan - KLiK.

Pelik ..... Sekejap kata artikel WSJ itu satu FITNAH, sekejap lagi minta penjelasan tentang niat WSJ sebenarnya apa ? 

In the circumstance and in the interests of our Client, we would expect a Newspaper of your international standing and reputation to state unequivocally and with clarity as to whether it is your contention that our Client misappropriated about USD 700 million belonging to 1Malaysia Development Berhad. You will no doubt appreciate the seriousness of the allegations made against our Client in the said Articles and this confirmation is sought to enable us to advise our Client on the appropriate legal recourse he can take to seek redress in relation to the publication of these Articles. 
  
Kalau tak pasti, kenapa yang Najib melalak - Ini semua salah Mahathir ! sebagai respon awal terhadap penyiaran artikel itu minggu lepas ?

Kemudian peguam Najib bagi notis 14 hari untuk WSJ jawab ...... 

We demand a reply within fourteen (14) days of the date hereof and please let us know whether you have appointed solicitors in Malaysia to accept service of legal proceedings on your behalf and on behalf of the reporters who wrote the Articles in the event that legal proceeding become necessary.

Kalau WSJ tak jawab, peguam Najib nak buat apa ? Nak saman WSJ tapi sendiri tak yakin dengan niat WSJ ?


Najib sendiri ada artikel blog terbaru mengenai perkara ini -


1. Saya telah mengarahkan pihak peguam saya menghantar surat kepada Wall Street Journal hari ini bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).

Najib sendiri kata ia cuma surat minta pengesahan ! 

2. Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.

3. Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut.

Tu yang saya tanya tadi - Kalau WSJ tak layan ?  

4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut. 

5. Meskipun begitu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

DUA KALI Najib ulang dia tidak pernah ambil dana 1MDB untuk kepentingan DIRI SENDIRI. Ayat itu begitu penting untuk Najib sebut setiap kali keluarkan kenyataan tentang artikel WSJ itu. 

Bukan setakat tidak ambil dana tapi tidak ambil dana untuk kepentingan sendiri. Sekarang pastinya rakyat tertanya2, bagaimana kalau BUKAN untuk kepentingan sendiri ? Contohnya untuk kepentingan parti ke ... atau untuk kepentingan .... eeerrr... Pendek kata, untuk apa2 kepentingan lain lah selain diri Najib sendiri.


                                                      **********************

- Perkembangan lain hari ini - Polis serbu pejabat 1MDB ! Dan dilaporkan oleh TheStar, 3 anggota Polis membawa keluar dokumen2 milik 1MDB.

- Peguam negara mengesahkan tidak ada satupun dari 6 akaun yang dibekukan itu milik Najib. - TheStar. Waktu sama beliau bimbang akan kebocoran maklumat dari team penyiasat - Mkini.




- WSJ pula kata tidak ada satu pun dari enam akaun yang dibekukan itu adalah yang disebut dalam artikel mereka sebelum ini ! - Thestar.
 

Citing a source close to the investigations, WSJ reported that "the accounts ordered to be frozen were different from those described in the Journal report last week."

Mana pulak mereka tahu siapa pemilik 6 akaun yang dibekukan itu untuk mengatakan yang semua itu bukan akaun yang sama ? Patutlah Peguam Negara bimbang akan kebocoran maklumat. 

Paling menarik adalah kenyataan dari Dow Jones, penerbit WSJ yang tetap dengan laporan mereka yang ADIL DAN TEPAT. - The Star.

                                                          **********************

Mengimbas kembali segala perkembangan isu Najib Billion2, apa yang dapat saya rumuskan setakat ini adalah - Najib LEMAH dan LEMBAB dalam menangani isu ini.

Saya lebih tertarik kepada penafian Najib yang lebih tertumpu kepada Untuk Kepentingan Diri Sendiri.

Apapun, isu 1MDB masih perlu dicari Kebenarannya !

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...