ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 18 June 2015

Putrajaya membisu hutang 1MDB dengan bank tempatan


Putrajaya membisu hutang 1MDB dengan bank tempatan

Published: 18 June 2015 1:01 PM

Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berkata butiran hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan ialah rahsia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berkata butiran hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan ialah rahsia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015.

Putrajaya enggan mendedahkan butiran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan bank-bank tempatan atas alasan ia rahsia di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Keengganan itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) di Parlimen.

Azmin meminta Putrajaya menyenaraikan hutang 1MDB dengan bank tempatan dan kesannya kepada bank berkenaan jika hutang itu dikelaskan sebagai "non-performing loans".


"Semua maklumat berkaitan peminjaman di institusi perbankan adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.

"Oleh yang demikian kerajaan tidak dapat memberi ulasan secara khusus berkaitan sesuatu akaun peminjam atau institusi kewangan di bawah seliaan BNM," jawapan Najib dipetik.

1MDB mengambil pinjaman sebanyak RM2 bilion daripada konsortium bank tempatan.

Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Capital Bhd (RHBCap) adalah pemberi pinjaman utama dengan masing-masing menyumbang 58.99% dan 32.41% daripada pinjaman berjumlah RM2 billion itu.

Pemberi pinjaman lain adalah Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).

RM2 bilion itu adalah sebahagian daripada pinjaman berjumlah RM5.5 bilion yang diambil anak syarikat 1MDB, Powertek Investment Holdings Sdn Bhd untuk membiayai semula pinjaman berjumlah RM6.17 bilion yang diambil pada tahun 2012.

Ia digunakan pada masa itu untuk membeli aset kuasa. – 18 Jun, 2015.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...