Justo @ 1MDB - Semua Tuduhan Kerajaan Malaysia Hanya Bersandarkan ANDAIAN LOGIK ? ? Malunya ....
Monday, June 29, 201527comments
Menteri JPM Jamil Khir kritik pengamal media sosial yang beliau gelar sebagai keyboard warrior supaya jangan mudah menfitnah 1MDB -
"Hujung jari ni jadi 'keyboard warrior', pakai whatsapp, telegram, instagram, MMS, SMS dan segala macam sekarang.
"Apa lagi kalau cakap benda tidak betul, duduk cakap 1MDB, selepas itu ramai yang ulas dan cerita, bila mana Xavier Andre Justo kena tahan pula, pakat-pakat nak lepas diri pula," - Mkini.
Pakat-pakat nak lepas diri pula ..... ? Dari komen beliau itu jelas Jamil anggap 1MDB itu suci bersih tanpa was-was....
Dalam banyak2 kenyataan, yang ini paling direct membela 1MDB -
"Penangkapan Xavier Andre Justo memberikan impak yang besar kepada 1MDB terutama berkaitan kepada tuduhan-tuduhan yang disiarkan media atas talian.
"Bermakna, 1MDB berada atas landasan yang betul,"- Husni Hanadzlah - TMI.
Apa ni ? Habis semua Menteri tak Menteri sepakat keluar kenyataan sokong 1MDB bersandarkan berita penangkapan Justo ? Baru BERITA PENANGKAPAN ....... belum lagi dibicarakan apatahlagi didapati bersalah !
Kita bukanlah nak menyebelahi Justo dalam kes ini tapi mana BUKTINYA yang menyokong segala kenyataan KERAJAAN MALAYSIA dalam kes Justo ini ? Bukan orang biasa yang komen ok, tapi PM dan Menteri2 yang mewakili Kerajaan Malaysia !!
Kenapa semuanya seperti KONFIDEN GILER walaupun siasatan oleh pihak berkuasa Thailand baru saja bermula ? Kenapa tidak tunggu semuanya selesai dan bukti pun jelas ?
Kemudian pandai pula Husni berkata -
"Apa yang penting di sini kita sebagai ahli Dewan Negara, sesuatu isu itu kita mesti lihat secara fakta dan bukan fakta ad hoc atau tuduhan atau teori.
Apakah dalam kes Justo, kerajaan Malaysia melihat secara FAKTA bukannya TUDUHAN atau TEORI ?
Nah, cuba baca komen dari wakil kerajaan Malaysia yang ini pula yang pastinya akan buat rakan2 segomen terkedu -
Tanggapan bahawa dokumen yang dibocorkan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo, telah diubahsuai dibuat berdasarkan andaian yang logik.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya tidak dapat membuat andaian lain selain ianya telah diubahsuai kerana dokumen perjanjian antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu datang dari Justo sendiri.
"Mudah sahaja... individu yang ditahan ialah Xavier Justo, dan dokumen dilihat bersamanya. Jadi kita tak dapat buat andaian lain selain dia yang membuat pengubahsuaian itu,"
Bagaimanapun katanya ianya masih tertakluk kepada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Thailand, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan pada bila-bila masa membantu mereka dalam membuat siasatan tersebut.
Katanya, sudah tentu pihak berkuasa Thailand tidak akan terlebih dahulu membuat spekulasi bahawa dokumen itu telah ditokok tambah kerana ianya masih dalam siasatan dan mereka yang menjalankan siasatan tersebut.
Namun, kata Wan Junaidi, segala hasil kertas siasatan akan hanya dikemukakan di mahkamah demi menjaga kredibiliti siasatan itu sendiri.
"Dan sudah tentu apa yang kami (kerajaan) lakukan dan katakan adalah berdasarkan andaian logik bagaimana sesuatu perkara itu boleh berlaku," katanya. - astroawani.
Semuanya berdasarkan ANDAIAN LOGIK ? ? ?
Adeeeeh ...... ini kita bercakap tentang pendirian KERAJAAN MALAYSIA di pentas antarabangsa dan pendirian itu bersandarkan ANDAIAN LOGIK ? ? ?
Penyucian 1MDB dalam kes ini juga atas dasar andaian logik ? ?
Aduuuuh .... malunya jika perkara ini dilaporkan ke seluruh dunia .....
PS - Ada lagi yang saya nak tulis tapi biarlah rakyat hadam dulu pengakuan gempak di atas !
Oya, Tun Mahathir turut komen dengan senario luarbiasa reaksi kerajaan dalam kes Justo ini dalam artikel terbaru chedet.
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-andaian-dokumen-diubahsuai-dibuat-berdasarkan-logik-wan-junaidi-64160?
jangan buat fitnah...dosa kering!!! dibulan puasa al-mubarak ni!!
ReplyDelete