ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Tuesday, 23 June 2015
Wikileaks Dedah Menteri Terima Komisyen 30% Setiap Pembelian Senjata
Wikileaks Dedah Menteri Terima Komisyen 30% Setiap Pembelian Senjata
SUARAKAMI 16:03 BLOGGER
Pendedahan Wikileaks tentang kabel diplomatik antara Kedutaan Amerika di Malaysia dan di Washington telah mendakwa perolehan yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan melibatkan komisyen rata-rata 30 peratus setiap pembelian.
Ia melibatkan ahli politik, agensi, pegawai kerajaan dan pegawai pertahanan, menurut laporan itu.
Kedutaan Amerika itu juga mendapati bahawa pelbagai perolehan Kementerian Pertahan adalah tidak mematuhi peraturan perolehan (procurement rules).
Perolehan yang kerap dilakukan secara ‘runding terus’ atau ‘direct nego’, didakwa akan mengizinkan dana dibayar balik kepada ‘orang politik’ dalam setiap perolehan, katanya.
Yang paling masyhur adalah bayaran RM570 juta yang dibuat kepada syarikat Perimekar, milik Datuk Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan Najib yang memimpin pasukan pemikir Najib.
Di samping laporan Wikileaks itu, pertikaian yang telah pun menjadi kontroversi besar antara Ahli Parlimen Petaling Jaya dan Menteri Pertahanan melibatkan juga menjadi isu.
Ini berikutan kontrak pembelian enam naval kapal patrol, yang didakwa telah berubah harga sebanyak RM3 bilion selepas setahun iaitu dari RM6 bilion ke RM9 bilion.
Lebih terkini adalah pertikaian dalam projek “Network Centric Operation” atau “Operasi Rangkaian Sentrik” yang melibatkan kontrak pembelian secara runding terus kepada Sapura Secured Technologies Sdn Bhd yang bernilai RM2 bilion, katanya.
Kementerian Pertahanan juga, katanya, diakui pakar-pakar intergriti antarabangsa sebagai lubuk rasuah seperti yang ditegaskan oleh Jeremy Pope – tokoh tersohor dalam bidang Defence Procurement – Defence Budgeting.
“Yang kita tuntut adalah penubuhan sebuah Jawantankuasa Pemantau atau “Oversight Committee” yang akan dapat mengawal-selia seluruh tahap perolehan dari –‘tendering’- menentukan harga tender dan cara sehingga ‘contracting’ mestilah telus dan komplian kepada amalan ‘best practice’ antarabangsa,” katanya.
Beliau juga mendakwa, ada pegawai-pegawai tinggi tentera jugmempertikaikan kewajaran perolehan ini yang juga tidak mengikut prosedur sebenarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment