ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 28 June 2015

Main wayang..

Main wayang..
NAJIB BERJINAK DENGAN ISLAM.
KAKITANGAN KERAJAAN
Seperti seorang yang hampir tenggelam oleh bala yang diturunkan Allah Najib cuba berpaut apa saja untuk menyelamatkan dirinya dan isteri super rakus yang menguasainya lahir batin. Sekarang dia berjinak dengan mesjid dan menggoda imam dengan memberi tawaran ke Mekah pula. Kononnya guna duit dari Yayasan 1MDB yang Najib sendiri jadi pengerusinya. Ini duit datang dari sumber "nothing to hide" konon tapi banyak rahsia kongkolikong 1MDB sudah diketahui rakyat. Najib tidak berani menjelaskan kepada rakyat selepas membeli beberapa IPP yang berjumlah berbilion ringgit dan masa permitnya hampir luput ke mana hilangnya baki duit pinjaman kira2 RM 27 bilion itu? Kononnya duit yang dilabur di Cayman Island dikeluarkan dan disimpan di bank private Swiss di Singapura berjumlah lebih dari USD1 bilion. Dia bohong Parlimen kononnya ada duit 1MDB di bank Singapura. Duit "elek" (tak ada). Yang ada "unit" kata menteri kewangan kedua. Entah apakah gerangan "unit" itu rakyat tak tahu.

Bala 1MDB ini akan menghantui Najib dan bininya mama montel sampai mereka hilang kuasa kelak. Walau pun dia bermurah hati menderma lebih RM20 juta untuk membina semula masjid Kpg Baru, berjuta rgt dibelanja untuk hantar para imam ke Mekah namun dia dan Rosmah akan diburu oleh "hantu" 1MDB sehingg mereka tersingkir dari Putrajaya. Jangan fikir orang Melayu sekarang boleh dibeli sokongan dan undi dengan pembinaan mesjid dan kiriman imam-imam ke Mekah. Rakyat sekarang lebih bijak dari PM dan jemaah menterinya. Dia juga memberi imbuhan berbilion kepada kakitangan kerajaan kerana dia tahu sebahagian besar kakitangan kerajaan tidak bersama dia dan BN. Semua gula-gula politik untuk menyelamatkan Najib dan bininya mama montel bukan menyelamatkan kuasa politik Melayu Islam yang kian terhakis.

Persepsi rakyat terhadap Najib dan Rosmah sangat buruk. Mandi bunga 44 jenis tengah malam berbogel pun sukar mereka mendapat sokongan rakyat lagi. Amaran rakyat sudah diberi pada PRU 13. Cuma 47% undi populer untuknya. Walaupun Najib jadikan :"duit sebagai raja" untuk merasuah rakyat melalui berbagai genda politiknya tapi rakyat tidak mudah terpengaruh dengan .berbagai agenda politinya. Hanya satu jalan menyelamatkan kuasa politik Melayu Islam melalui UMNO. NAJIB MESTI LETAK JAWATAN SEKARANG JUGA. Seorang pemimpin yang berwibawa, mendapat sokongan rakyat dari berbagai kaum mesti memimpin UMNO dan kerajaan Bukn Najib yang takut bini!

5 comments:

  1. Note : Heading blog :
    Quote :
    SAHABAT SEMUA DINASIHATKAN MEMBUAT PEMBACAAN DAN PEMAHAMAN DAN KEMUDIAN PENILAIAN SENDIRI SEBELUM MEMBUAT KETETAPAN ATAU PENDIRIAN DALAM SESUATU PERKARA ITU.

    DINASIHATKAN JUGA BAHAWA ADALAH MENJADI DOSA SEKIRANYA KITA BEKERJASAMA ATAU BERSEKONGKOL DENGAN KEMUNGKARAN. PALING MERBAHAYA IALAH SALAH PENILAIAN YANG MELIBATKAN SOAL AQIDAH DAN AKHLAK.

    "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..
    Unquote :

    Satu perbincangan Ilmu :
    1) Apa itu AQIDAH,
    2) Apa itu AKHLAQ,
    3) Apa itu IMAN (alIman)
    4) Apa itu JIHAD,
    5) Apa itu ISLAM (alIslam)
    5) Apa itu JALAN ALLAH (Lillaahi) ???

    Selesaikan perbincangan Ilmu satu persatu demi mencari kebenaran disisi Allah (alQuran) - LILLAAHI... "Kebenaran, Kebaikan, Kebajikan"... BUKAN MENCARI KEMENANGAN ???

    ReplyDelete
  2. 1) Apa itu AQIDAH ?
    2) Siapa berkuatkuasa menguatkuasakan AQIDAH ?
    3) Pada bahagian mana jasad anak Adam AQIDAHNY ?

    ReplyDelete
  3. SAYA BELUM BERMAKSUD UNTUK MEMBUAT ULASAN PADA PERKARA MELIBATKAN DATO NAJIB - PM... (Pending dulu... ?

    ReplyDelete
  4. Tuan Yahaya Ismail boleh jadi monitor... ?
    Tuan ABC ambil perhatian SEKARANG !!!

    ReplyDelete
  5. Hai !!!... Blog ini tak ada follower kee ???

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...