ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Tuesday, 23 June 2015
PRU 14 - Kekalahan Adalah Baik Untuk UMNO.
PRU 14 - Kekalahan Adalah Baik Untuk UMNO.
Di kala semakin ramai yg melahirkan kebimbangan mengenai kelemahan kepimpinan Najib bakal menyebabkan UMNO dan BN tewas dalam pilihanraya umum akan datang, generasi muda dalam parti Umno sendiri merasakan kekalahan adalah ubat paling mujarab untuk memulihkan UMNO daripada segala penyakit yg sudah sekian lama bersarang didalamnya.
Kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, gagal meraih undi popular dan hilang beberapa negeri, ternyata tidak mampu mengubah sikap dan perangai pemimpin UMNO untuk menjadi lebih baik dan disenangi rakyat, bahkan majoriti pemimpin yg mempunyai kuasa masih tidak banyak berbeza antara sekarang dengan era 80an atau 90an dahulu.
Paling ketara ialah perubahan yg diharapkan juga tidak berlaku dalam diri Perdana Menteri dan pemimpin kanan parti dan kerajaan. Mereka masih menampilkan sikap boros, suka berbelanja mewah, mudah melupakan janji yg dibuat ketika mahu mendapatkan sokongan dan hanya menjadikan rakyat penting ketika sebelum pilihanraya sahaja.
Dengan mewarisi kerajaan yg lemah sebaik menjadi Perdana Menteri pada 2009 dan kemudian keputusan pilihanraya 2013 menjadi lebih buruk lagi, Najib seharusnya segera berubah dan menampilkan kualiti kepimpinan yg lebih baik jika tidak mahu nasib lebih buruk menimpa BN dalam pilihanraya 2018 nanti.
Namun, penampilan Najib bukan saja mengecewakan malah lebih teruk berbanding sebelum PRU 13. Slogan rakyat didahahulukan dan kononnya BN tidak pandai menipu rakyat, ternyata hanya tinggal janji. Bukan saja satu demi satu kenaikan kos hidup rakyat dilakukan, bahkan banyak janji2 yg diucap dengan penuh manis sebelum pilihanraya, akhirnya bertukar menjadi tuba di mata rakyat.
Dalam masa yg sama, berikutan timbulnya isu demi isu berkaitan politik, ekonomi, agama, keselamatan dan sebagainya pula tidak cuba diselesaikan berasaskan prinsip ketegasan serta keberanian, malah dengan membiarkan isu demi berlarutan dalam masyarakat, Najib dan kerajaan seolah2 suka melihat rakyat hidup dalam perbalahan dan perkelahian.
Yg lebih malang lagi, di ketika Najib diminta berubah dan menunjukkan ketegasannya atau kemungkinan berhadapan risiko kehilangan kuasa dalam PRU 14, beliau ternyata masih berdegil dan ingin terus berpaut pada kuasa walaupun pada hakikatnya kuasa kerajaan yg ada hanyalah minoriti dan semakin rapuh pula umpama kayu yg sudah mula disarangi anai2.
Apabila Najib sendiri tidak mahu berubah, sudah tentulah pemimpin lain juga tidak akan berubah. Apabila Najib dan keluarga terus berbelanja mewah, tentulah tidak timbul rasa segan di kalangan menterinya untuk berparti hari jadi mewah serba merah atau mengadakan kenduri kahwin dua hari dua malam di ketika rakyat diminta berjimat cermat dan mengikat perut bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup.
Lantaran tidak terpamer tanda2 keinginan daripada Najib dan semua pemimpin UMNO untuk berubah, ramai yg merasakan bahawa kekalahan dalam PRU 14 nanti mungkin merupakan ubat paling berkesan untuk memulihkan semula UMNO dan menjadikannya tampil dengan lebih baik lagi.
Hilang majoriti, hilang beberapa negeri dan hilang undi popular rupa2nya tidak memberi apa2 kesan langsung kepada UMNO dan para pemimpinnya.
Barangkali hanya setelah kalah, hilang kuasa dan kemudian diikuti dengan sebahagian besar pemimpinnya tiada pilihan selain mengundur diri dan kenal erti bersara, barulah UMNO diyakini mampu tampil dengan wajah baru yg lebih baik dan segar bagi menghadapi perjuangan yg seterusnya.
Oleh itu, bagi sebahagian ahli UMNO, terutamanya generasi muda, kekalahan dalam PRU 14 adalah petanda baik bagi kesinambungan serta kelangsungan parti itu. Ini kerana tanpa kekalahan mutlak, tidak akan berlaku perubahan hakiki dari segi kepimpinan, kesedaran, budaya serta sikap di kalangan mereka yg menjadi pemimpin UMNO.
Sebab itu, sementara semakin ramai yg bimbang dengan kelemahan kepimpinan Najib dan memberi amaran tentang kuasa yg mungkin hilang, generasi pemimpin muda dalam UMNO tidak begitu kisah tentangnya. Ini bukanlah bermakna mereka tidak bimbang tentangnya tetapi kerana merasakan itulah satu2 cara untuk memulihkan UMNO, mampu menjadikannya tampil lebih baik dan ruang akan lebih terbuka untuk diketuai oleh bakat2 muda yg lebih berpotensi serta berwibawa.
Berbanding terus berkuasa yg hanya menjadikan wajah UMNO menjadi bertambah buruk, kekalahan sebaliknya akan memberi ruang perubahan dan transformasi untuk berperanan dengan lebih baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment