ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 10 June 2015

Najib: Tak wajar Debat Terbuka. Kenapa Takut ke MR Najib


Najib: Tak wajar Debat Terbuka. Kenapa Takut ke MR Najib

SUARAKAMI 01:32 NEWS


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alasan menjaga nama baik Umno bagi mempertahankan tindakannya tidak muncul pada satu dialog terus terang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 5 Jun lalu.

Alasan itu dinyatakan dalam tulisan terbaru di blognya hari ini selepas beliau dikritik ramai kerana tidak hadir program di ibu pejabat Umno sendiri selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir pada majlis yang sama.

"Sebagai seorang perdana menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri, dan dari parti politik yang sama.

"Ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya sebagai perdana menteri dan presiden Umno, bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti," tulisnya dalam rencana bertajuk "Dialog PM Bersama NGO-NGO", hari ini.

Najib turut menyalahkan perubahan format majlis itu yang dakwanya, akan memburukkan lagi pertembungan politik di antara beliau dan Dr Mahathir.

"Majlis ini bertukar format; daripada satu majlis dialog tertutup kepada majlis pembahasan terbuka. Perubahan-perubahan seperti ini akan mengakibatkan majlis ini menjadi pencetus konfrontasi politik terbuka antara Tun Mahathir dengan saya," katanya.
Namun, Najib menegaskan beliau masih tidak gentar dan sedia berdepan dengan Dr Mahathir.

"Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau.

"Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dapat dijelaskan," katanya.

Acara yang dinamakan Dialog PM Bersama NGO anjuran SukaGuam itu menjadi buah mulut orang ramai apabila polis bertindak menghalang Dr Mahathir daripada berucap.

Polis bertindak menutup mikrofon bekas perdana menteri itu dan mengiringinya turun daripada pentas di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tindakan itu dilakukan atas alasan keselamatan selepas polis menangkap Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Ali Tinju yang berang kerana tidak dibenarkan masuk ke tempat majlis berlangsung.

Pada masa sama, Najib yang sehari sebelumnya berikrar terus menentang pengkritik beliau dengan "darah pahlawan Bugis" dalam dirinya gagal muncul pada majlis itu untuk bersemuka dengan Dr Mahathir.

Status kehadiran Dr Mahathir pada majlis itu juga mencuri perhatian ramai apabila beliau dilihat 'merampas' majlis itu daripada Najib yang merupakan tetamu utama.

Penganjur pula cuba cuci tangan dan mendakwa Dr Mahathir tidak dijemput ke majlis itu.
Namun, penyokong Najib, bekas pemimpin PKR Lokman Noor Adam berkongsi gambar kad jemputan yang tertera nama Dr Mahathir dan gambar kerusi dengan label nama beliau di laman sosial.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...