ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday, 20 June 2015

Najib Arah Geran RM100 Juta Bagi Projek Komersil Kroni (Lihat Bukti Dokumen Bocor)

Najib Arah Geran RM100 Juta Bagi Projek Komersil Kroni (Lihat Bukti Dokumen Bocor)



Dari surat ini, saya dapat mengesahkan bahawa:
1. Dato’ Seri Najib memberi arahan sendiri melalui minit 
supaya permohonan geran RM100 juta yang berlainan dari 
tujuan geran R&D dipertimbangkan oleh MOSTI
2. Projek yang diusahakan oleh NSE Resources adalah 
untuk membekalkan stim ke sebuah kilang yang sedang
 dibina di Kerteh
3. Kontrak pembekalan stim pada harga RM55 satu tan 
itu adalah satu kontrak swasta yang melibatkan 
NSE Resources dan pemilik kilang lain tanpa melibatkan 
sebarang pegangan modal oleh kerajaan, maka sebarang 
keuntungan akan dimiliki oleh NSE Resources.




Perenggan (7) surat dari NSE Resources ini secara jelas menunjukkan
 bahawa projek komersil ini tidak mendapat dokongan dari institusi 
kewangan kerana syarikat itu menghadapi kesukaran mendapatkan 
pinjaman bank. Ini sepatutnya secara serta merta menimbulkan 
kebimbangan di pihak Dato’ Seri Najib dan kerajaan kerana projek
 komersil yang tidak melepasi saringan kewangan dari institusi 
kewangan (seterusnya sukar mendapatkan pinjaman) membayangkan 
aliran tunai dan kedudukan kewangan yang tidak baik. Secara langsung, 
ada risiko besar bahawa pulangan dari projek tidak mencukupi untuk 
membayar balik sebarang dana yang disuntik ke dalam projek ini.
Sewajarnya, Dato’ Seri Najib mengambil sikap tidak campur tangan dan 
berhati-hati kerana ia melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta yang 
sepatutnya digunakan bagi tujuan R&D. Keputusan beliau memberi 
saranan kepada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi untuk 
mempertimbangkan permohonan ini, apatah lagi dalam bentuk geran, 
adalah satu salahguna dana rakyat yang terang dan nyata.
Pada pendapat saya, projek komersil ini tidak menepati syarat-syarat 

untuk mendapat geran atau bantuan modal sebesar ini berdasarkan
 perkara berikut:
1. Teknologi dan perusahaan menghasilkan stim atau syngas dari bahan 
kayu atau bahan lain bukanlah teknologi terkini atau unik kepada Malaysia.
 Semakan menunjukkan bahawa boiler yang menggunakan kaedah ini 
sudah lama dipasarkan (contohnya melalui syarikat http://www.superiorgasification.com/) . Oleh itu, penghasilan 
stim atau syngas dari bahan kayu seperti yang diusahakan oleh 
NSE Resources tidaklah wajar mendapat suntikan dana sebanyak 
RM100 juta dalam bentuk geran seolah-olah ia teknologi terkini yang 
akan melonjakkan nama Malaysia, sedangkan ia hanyalah perusahaan 
biasa yang ada di pasaran.
2. Pembekal stim atau syngas untuk Kawasan Perindustrian Kerteh 
(yang mana kilang pembeli sedang dibina) sudah pun ada, jadi tidak 
timbul keperluan kilang stim milik NSE Resources ini menjadi daya tarikan 
pelaburan di situ. PETRONAS sudah mempunyai satu kilang iaitu 
Centralised Utilities Facilities (CUF) yang dimiliki oleh PETRONAS Gas yang menghasilkan stim pada kadar 720 tan sejam atau 6.3 juta tan setahun,
 iaitu 6 kali ganda yang diperlukan oleh kilang baru milik CJ Arkema itu.
Utusan surat-menyurat yang saya bekalkan hari ini secara jelas menunjukkan penglibatan Dato’ Seri Najib yang mengarahkan supaya dana awam RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengusahakan projek komersil 
yang diragui untung ruginya oleh bank-bank.
Saya pasti geran RM100 juta ini tidak melalui proses saringan teknologi 
oleh panel pakar R&D yang dilantik oleh MOSTI seperti mana 
penyelidik-penyelidik tulen terpaksa lalui.
Dato’ Seri Najib tidak boleh terus lari dari persoalan penyelewengan 
sebegini – atau hanya menyertai larian anti-rasuah – beliau perlu beri 
penjelasan kerana ada beberapa dokumen lagi yang akan saya dedahkan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...