ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 9 June 2015

Khairuddin cabar pemimpin UMNO saman Tun M

Khairuddin cabar pemimpin UMNO saman Tun M

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/
Khairuddin-1
Kuala Lumpur
 – Mana-mana pemimpin UMNO dicabar untuk segera menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad jika merasakan kenyataan bekas Perdana Menteri yang ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini tidak benar atau sekadar fitnah semata-mata.
Bekas‎ Naib Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pemimpin UMNO juga diminta untuk turut menyamannya jika menganggap setiap fakta yang diberi mengenai syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan satu pembohongan kepada rakyat.
“Kalau isu 1MDB itu fitnah, tolong saman kami semua yang sedang berjuang untuk melawan penyelewengan dalam syarikat itu. Kami tiada kepentingan peribadi. Ini duit rakyat serta dana kerajaan.
Ia mesti diurus secara amanah dan terbaik demi kepentingan ekonomi negara.
“Jiwa Dr Mahathir terlalu kuat untuk menjamin kesejahteraan bangsa serta negara dipertahankan. Dr Mahathir sebelum ini bertegas dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menasihatinya melantik Najib sebagai timbalan perdana menteri.
“Hakikatnya Dr Mahathir mengenang jasa serta budi Allahyarham Tun Abdul Razak tetapi kini apa pilihan yang Dr Mahathir ada demi menjamin UMNO mahupun Barisan Nasional (BN) terus relevan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak?” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairuddin mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan ‘pergeseran’ pendapat antara Dr Mahathir dan Najib mungkin dilihat sebagai suatu yang menyulitkan dan merugikan UMNO namun itu tidak bermakna tiada jalan untuk membina kefahaman dan penyatuan.
Annuar turut merumuskan, satu-satunya cara adalah kembali kepada fungsi dan formula kekuatan UMNO pada waktu gemilangnya iaitu memperjuangkan penyatuan selain tidak mengorbankan seseorang pemimpin semata-mata kerana terpengaruh pada fitnah.
Sementara itu kata Khairuddin, setakat ini, apa yang dirisaukan Dr Mahathir mempunyai asas yang amat kuat dan tidak lari daripada fakta.
Kita kena berani bercakap secara hakikat dan tidak memberi matlumat salah kepada pemimpin di atas kerana ia bakal memakan diri sendiri.
“Sekali UMNO dan BN hilang kuasa, kita akan hilang kuasa buat selama-lamanya. Malangnya ramai yang tidak faham atau buat-buat tidak mengerti demi kedudukan mereka hari ini.
“Atas dasar inilah saya yakin Dr Mahathir amat risau khususnya elemen rasuah yang terlalu berleluasa sehingga boleh merobohkan institusi ekonomi mahupun negara,” jelasnya.
Katanya lagi, ramai di kalangan pemimpin muda yang lebih berwibawa dan lebih jujur dalam perjuangan harus diketengahkan UMNO jika ditakdirkan parti perlu membuat pertukaran kepimpinan.
“Era beberapa muka lama dan veteran yang tidak faham kemelut 1MDB telah lama berlalu. Jangan kitar muka lama kerana ia akan menghilangkan keyakinan rakyat pada UMNO serta BN secara total dan keseluruhannya,” ujarnya.

Najib di dalam blognya sebelum ini memberitahu, dakwaan Dr Mahathir kononnya dia telah menimbulkan ‘masalah lebih besar” terhadap negara ini sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatan bekas perdana menteri itu sendiri.
Kata Najib, ‘masalah’ yang dirujuk oleh Dr Mahathir sebahagian besarnya berpunca daripada perbuatannya sendiri akibat daripada ‘serangan’ dilakukannya dan tindakannya melaungkan pembohongan dan fitnah oleh pembangkang, lapor Astro Awani.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...