ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Monday, 1 June 2015
Kes-Kes Rasuah Tidak Akan Didakwa Jika Najib Terus Berkuasa
Kes-Kes Rasuah Tidak Akan Didakwa Jika Najib Terus Berkuasa
SUARAKAMI 00:15 BLOGGER
Lebih banyak kes rasuah tidak akan didakwa di mahkamah oleh Peguam Negara jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Hampir semua orang tahu (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri menyatakan Umno sudah jadi parti perasuah.
"Apa yang boleh kita harapkan dari kerajaan yang dipimpin parti yang dipanggil parti perasuah oleh Dr Mahathir dalam soal pendakwaan kes rasuah?" katanya.
Menurut Salahuddin, walaupun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mesti dipertanggungjawabkan kerana tidak melaksanakan pendakwaan ke atas kes rasuah yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi beliau tidak fikir Abdul Gani berani berbuat demikian tanpa persetujuan pemimpin atasannya.
"Seperti yang digambarkan dengan begitu terus-terang oleh bekas Ketua Hakim Negara (Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah) baru-baru ini, badan perundangan negara ini sangat takut kepada kuasa eksekutif.
"Sebab itulah, sukar dipercayai Abdul Gani berani bertindak sendirian tanpa dipersetujui oleh para pemimpin kerajaan Umno," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Bagi Salahuddin, pendakwaan selektif atau berpilih bukanlah perkara baru kerana bantahan dan protes rakyat terhadap perkara itu kedengaran begitu lantang sejak zaman Dr Mahathir lagi.
Sebab itulah, katanya, rakyat tidak terperanjat apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan terdapat kes rasuah yang telah disiasat tetapi tidak didakwa di mahkamah oleh pejabat peguam negara.
Beliau yakin, tidak ada penyelesaian lain kepada masalah itu melainkan dengan memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerintah dalam pilihan raya akan datang.
"Apa yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu bukan untuk dianalisa dan dikupas. Tidak ada masa lagi untuk itu.
"Ia hanya memerlukan satu jawapan sahaja, pastikan Umno dan BN tidak lagi memerintah dalam pilihan raya akan datang," tegas beliau.
Menurut Salahuddin, Umno adalah "ibu segala masalah", dari kes rasuah hinggalah kepada pembantaian wang rakyat "tidak kiralah RM250 juta atau RM589 juta seperti yang difaraidkan oleh Umno kepada kroni-kroninya".
Mohd Shukri mendedahkan, pejabat Peguam Negara sering mendakwa bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.
"Banyak kes yang disiasat tetapi tidak didakwa... Tak bermaksud tiada kes. Ada kes. Tapi bila (hendak) bawa ke mahkamah, mereka (pejabat peguam negara) kata tak cukup bukti," katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-12, bertajuk Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti .
Sementara itu itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pula mencadangkan agar Peguam Negara ditukar bagi memudahkan siasatan dilakukan oleh SPRM.
Menurut Rafizi, negara memerlukan seorang peguam negara yang jujur serta bekerjasama dengan SPRM agar setiap kes boleh dihadapkan ke mahkamah.
"Kalau saya jadi Perdana Menteri... Tapi saya tak jadi lagi... Tanpa ubah perlembagaan, kita boleh tolong pegawai SPRM dengan (cara) menukar Peguam Negara. Peguam Negara yang ada sekarang mempunyai rekod buruk, terkenal dengan memerapkan 20, 30 fail.
"Kita perlu cari Peguam Negara yang jujur yang akan bekerjasama dengan SPRM supaya, tidak kisah Pakatan Rakyat ke, BN atau pensyarah, kalau dia rasuah, akan dihadapkan ke mahkamah," katanya.
Rafizi bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan Mohd Shukri mengenai saksi yang sukar 'buka mulut' kerana masyarakat kini sudah berubah dan berani untuk membongkar sesuatu kes.
Merujuk kepada isu Pusat Fidlot Nasional, Rafizi berkata, hampir kesemua maklumat dan dokumen diberi oleh orang ramai.
"Masyarakat dah berubah. Sekarang ni kami sampai tak cukup tangan nak siasat. Maklumat, dokumen orang bagi tiap-tiap hari. Masyarakat kita telah ke depan kerana mereka yang rasa bahana dan jahanamnya gejala rasuah ini.
"Saya jika diberi peluang, rela kerja separuh masa dengan SPRM kalau diberi jaminan untuk menyiasat menteri yang berprofil tinggi ini," katanya.
Selain Mohd Shukri dan Rafizi, dua ahli panel lain wacana tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang juga anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah dan penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar.
Share on Facebook Share on Twitter Share on Google Plus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment