ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday, 1 June 2015

Dong Zhong dikecuali GST. Di mana keadilan?


Dong Zhong dikecuali GST. Di mana keadilan?

SUARAKAMI 20:08 NEWS


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong yang mengecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas yuran peperiksaan sekolah kendalian Dong Zhong.

Menurut Setiausaha Wira Perkasa Malaysia, Ruzainie Reezman, keputusan ternyata mengecewakan pihak mereka sambil mempersoalkan keistimewaan yang diterima sekolah terbabit.

Malah beliau turut menyifatkan kerajaan tidak berlaku adil kerana membuat keputusan sedemikian dan seharusnya lebih bijak dan amanah dalam menjalankan amanah rakyat bagi melaksanakan cukai berkenaan.

“Mengapa perlu diberi pengecualian kepada mereka sedangkan hasil kutipan yuran peperiksaan mereka pasti melebihi had kadar minima yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk dikenakan cukai GST.

“Apa keistimewaan Dong Zhong hingga diberi pengecualian GST ini? Apakah mereka tidak cukup istimewa dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan?

“Mengapa perlu ada perbezaan sedangkan pribumi yang mempunyai hak keistimewaan juga tidak terlepas dari GST. Pelaksanaan GST ini harus diselaraskan di semua peringkat dengan telus. Amat tidak adil jika ada pihak yang dikecualikan GST namun mereka seharusnya dikenakan GST tersebut,” katanya melalui satu kenyataan.
Ruzainie juga menjelaskan bahawa Perkasa membantah tindakan tersebut dan meminta kerajaan untuk lebih peka dengan mendahulukan kestabilan ekonomi negara dan juga kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, masih banyak lagi sekolah-sekolah yang tidak menerima peruntukan yang cukup dan itu lebih penting untuk diberikan perhatian berbanding mengecualikan GST dari sekolah kendalian Dong Zhong.

“Jelas ini memperlihatkan kelemahan kerajaan dalam penyelarasan dan perlaksanaan GST. Kerajaan seharusnya teliti dan peka dengan penyelarasan dan perlaksanaan cukai ini.

“Pengecualian cukai seperti ini tidak memberi apa-apa kesan positif terhadap perkembangan ekonomi dan sosial negara. Berapa banyak lagi keistimewaan harus diberi kepada Dong Zhong? Tidak cukup berjuta ringgit diperuntukkan kepada Dhong Zhong?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...