ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 9 June 2015


Benarkah Unit di BSI Yang DiJadikan Cagaran Pinjaman USD975 Juta ?
Tuesday, June 9, 20150 comments

Semalam saya sekadar menterjemah saja artikel Matthias Chang, kali ini saya beri komen sedikit. Pertamanya mengenai isu wang Cayman yang bertukar jadi Unit yang dijadikan cagaran untuk pinjaman USD975 Juta dari konsortium Deutsch Bank.

Ramai yang dah bincang perkara ini dengan yang terbaru adalah dari JMD - IPIC – The RM3.6 billion payment for 1MDB dummies
.
Saya cuma nak sentuh dari segi TIMING kerana ia bakal menambahkan lagi keserabutan kepala anda !

Rujuk artikel terjemahan itu ( KLiK ) no 14 - 21.

Dikatakan apa yang ada dalam akaun itu dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Ramai yang beranggapan konsortium bank itu bising bila mendapat tahu dalam akaun itu tidak ada wang sebaliknya hanya Unit.

Di pihak 1MDB pula jadi kelam kabut hingga terpaksa minta tolong pihak AbuDhabi untuk sediakan wang membayar balik hutang itu sebelum bank bertindak.

Yang menghairankan saya adalah, semasa meluluskan pinjaman itu, apa yang dilihat oleh pihak bank sehingga mereka yakin ? Kalau dari awal mereka tahu yang ada dalam akaun itu adalah Unit, kenapa nak bising baru2 ni ?

Takkan 1MDB tunjuk penyata yang palsu ? Itu dah kira kesalahan besar tu !

Saya sebut TIMING sebab pinjaman itu dapat bulan September 2014 tapi berita mengenai pindahan dana USD1.103 dari Cayman ke BSI itu hanya diumumkan oleh 1MDB pada 13 Januari 2015 ( KLiK ).

"Following a commitment made by the Chairman of the Board of Directors in a statement dated 23 December 2014, 1MDB can confirm that it has now redeemed in full the US$2.318 billion invested by the company in a Cayman Islands registered fund.

Kenyataan Arul yang mengesahkan wang tunai setelah melihat penyatanya bertarikh 7 Februari 2015.

Tapi pinjaman dari konsortium Deutsch Bank itu bulan September ...... ? ? Jadi apa yang dipersembahkan kepada Deutsch Bank sebagai cagaran untuk pinjaman USD975 juta pada bulan September kalau dana itu BELUM lagi ditebus dan didepositkan di BSI Singapura ?

Kan dah tambah pening dibuatnya ....... TUNGGU AUDIT! la .....


Sekarang Unit itu dikatakan akan diserah kepada Abudhabi tapi itu tidak melepaskan tanggungjawab Najib, Arul dan 1MDB untuk menjelaskan percanggahan maklumat yang berlaku ( tunai-aset-unit ) dan keperluan mereka untuk menunjukkan bukti tentang dana Cayman itu.

Dan boleh tambah satu lagi soalan yang perlu dijawab - Apa yang dijadikan cagaran untuk pinjaman USD975 juta pada bulan September 2014 ?

Ada something ni ....... kalau tidak kenapa Deutsch bising dan pihak MAS pula komplen pada BNM dan BNM pula dah mula siasat 1MDB...

Satu perkara yang bagus dengan sistem kewangan mana pun negara, semua transaksi ada dokumen. Nak keluar masuk duit, nak transfer masuk keluar, nak tebus pelaburan bagai ... semua ada dokumen yang boleh ditunjukkan sebagai pengesahan.

Contohnya, kalau nak melabur ..... kena ada dokumen yang perlukan tandatangan mereka yang punya kuasa ke atas dana, begitu juga bila nak tebus, sudah dinyatakan siapa yang harus tandatangan. Macam keluar masuk wang dalam akaun kita lah.. bukan boleh sewenang2nya ditebus keluar.

Dan dokumen itu semua ada tarikh.

OKlah, yang itu kita Tunggu Audit! Nanti ada yang marah2 kata takkan nak tunjuk semua resit baucer bla bla bla pulak ....

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...