ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 21 June 2015

AYAT YANG PALING GANAS UNTUK NAJIB- IR JEBAT MODERN

AYAT YANG PALING GANAS UNTUK NAJIB

SUMBER: IR JEBAT MORDERN.

Kalau ahli UMNO tentu terpanas hati membaca artikel yang begitu keras terhadap Presiden tetapi sebagai rakyat kenalah pertimbangkan guna akai di kepala. Sebagai orang Islam (?) Ramai kot terkeliru dirinya sebagai siapa, Melayu? Islam? ahli UMNO? 1M4U, I LOVE PM....

Najib dan geng2 nya adalah kumpulan yang segera menjelma sebagai pembawa malapetaka dan bencana ekonomi yang paling dasyat kepada rakyat Malaysia. 1MDB adalah rencana beberapa oang mencuri duit rakyat. JHo Low tidak akan dapat buat apa yang dia lakukan tanpa bantuan Najib Tun Razak.

Perbuatan mencuri itu tidak terbatal dengan pembetulan yang dilakukan kemudian nya. Dan pembetulan iti dilakukan dengan rompakan bersiri keatas dana GLC2- tabung haji, epf, kwap dan bank2 milik kerajaan.

Walau berbuih mana pun Najib dan kerajaan mempertahankan dan menjustifikasi pembohongan mereka, rakyat sudah pun menghukum- apa yang dilakukan Najib ialah pembohongan belaka. Najib sudah sampai ketahap paling bawah dimana setiap kali dia keluarkan kenyataan, orang akan kata sudahlah- penipu.

Mereka yang percaya cakapan Najib ialah pasukan PR nya dan gerombolan yang dibayar oleh Najib.

Rakyat kena sedar bahawa kerajaan BN berada dalam fasa rompak sebelum terlambat. Jadi sebelum kerajaan bertukar tangan, rompak sampai bersih dan selagi boleh.

Keadaan buruk sudah sampai pada tahap, hendak report SPRM pun tak berguna. Kalau kita merani-kulupkan diri kita dengan membuat lapuran polis, kita pun jadi pandir macam pak rani yang bercermin mata hitam dan berberet merah dan beruniform general tentera Najib.
Saya akan tetap sebut bahawa Najib adalah PM kita yang paling teruk. Form ada,substance tidak ada. Rupa elok, isi teruk. Dia hanya tin kosong yang jerit sana sini mengenai slogan dan bayar duit sana sini sebagai jalan menyelesaikan masaalah.

Negara berkecamuk dengan isiu 1MDB, pembelian IPP oleh TNB, pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji, kita ada pula FGV yang membeli kepentingan dalam ladang sawit dan gula sahabat Najib pada harga yang gila. Dua kali ganda dari harga yang patut.
Kita sudah jemu dengan istilah willing buyer and willing seller- kalau kedua nya berpakat untuk gasak duit rakyat, adalah istilah willing buyer and seller itu menyelamatkan keadaan? Mari kita lihat.

Cerita mengenai orang2 Peter Sondakh melayani pembuat keputusan adalah legendary. Mereka akan dijemput dengan private jet atau helicopter dan diterbangkan ke hotel 5 bintang. Kemudian segala idaman yang terfikir dan tidak pernah terfikir akan disempurnakan. Kemudian baru buat keputusan.

Bayangkan jika ada komsiyen yang dibayar.

FGV beli asset ladang Felda 360,000 hektar , yakni ladang dari FElda pada harga yang cukup lumayan. Jadi mengapa bila tba ladang Sondakh, harga dan terma yang serupa tidak boleh di perolehi?

Kenapa tidak boleh pajak 99 tahun seperti FGV pajak tanah Felda Plantations? Kita mesti ingat FGV hanya bayar kepada Felda RM698.24 se hektar atau RM248.5juta setahun dan suatu peratusan dari operating profit bisnes perladangan FGV.

Felda yang melalui usunaga seperti ini sepatutya jadi bijak. Tapi nampak nya lebih jadi bodoh dengan Isa Samad mengemudi FGV.

Urusniaga dengan Rajawali ini akan dibiayai oleh pinjaman dan resev tunai Felda. Berapa banyak resev yang akan digunakan? Resev tunai sekarang sekitar RM2.87 billion.Bayangkan jika Felda menggunakan RM2 billion, ia hanya ada RM870 juta untuk mengurus rancangan felda. Felda dan fgv tidak ada duit untuk menjaga kebajikan peneroka.

Tapi sebaliknya, Rajawali Group milik Peter Sondakh mendapat deal yang sangat baik. Walaupun membeli pada harga yang mahal, dan memiliki 37% kepentingan dalam syarikat tersebut, Felda tidak ada saham menguasai. Kumpulan Rajawali dengan kepentingan 31.6% dalam syarikat, akan terus mengurus syarikat tersebut. Jadi beli apa pada harga RM1 billion lebih ini? FGV menjadi syarikat pelaburan?
Seperti urusniaga ala Tabung Haji dan TRX, syarikat Sondakh akan diberi bayaran deposit sebanyak US$174juta atau sekitar 23% dari harga belian tanpa Felda melakukan due diligence keatas assets Rajawali Group atau mendapatkan kebenaran dari pihak2 berkuasa kedua negara.

Apa jadi jika assets yang digembar gemburkan itu jadi macam assets petrosaudi dalam kes 1MDB? Telaga minyak tidak ada, kepentingan keatas syarikat carigali tidak ada? Yang ada hanya omongan kosong tapi duit sudah dihantar.

Saya berharap, felda tidak hantar ke akaun individu seperti yang dilakukan oleh 1MDB kepada Good Star Limited.
KeluangDiamond

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...