Minit Mesyuarat 1MDB DiDedah - 1MDB Kantoi Lagi !
Mengejutkan! bila Sarawak Report mendedahkan dokumen berupa Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 12 Januari 2015 yang lalu.
Mkini ada laporan mengenainya ( KLiK ) dan versi omputeh ( KLiK )
Menarik sebab ia berkaitan dengan dana Cayman yang disahkan oleh Najib disimpan dalam bentuk tunai di Singapura kemudian bertukar jadi aset berbentuk Just Unit.
Menurut Minit itu, Arul mengesahkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB baki blok kedua dana Cayman bernilai USD939,874,085 disimpan dalam bentuk tunai tapi telah dicagarkan bagi mendapatkan pinjaman dengan Deustch Bank sebanyak USD975 juta, jadi 1MDB tak boleh nak dibawa balik.
Ooooooooooh ...... patutlah Arul sebelum ni ada berkata - “Wang tunai itu ada di dalam akaun kami dan dalam matawang AS. Saya boleh yakinkan anda kerana saya telah melihat penyatanya,”
Patutlah Najib pun melalui Jawapan Bertulis Parlimen mengesahkan nya -
Tapi kenapa amaunnya berbeza ? Dalam minit mesyuarat di atas, Arul sebut sebagai hampir USD940 juta, tapi Najib pula sebut USD1,103 juta ...... kenapa ada perbezaan USD163 juta ?
Dan kenapa Najib berikan alasan peraturan Bank Negara yang menghalang dana itu dibawa balik sedangkan sebab utamanya adalah kerana dana itu sudah dicagarkan kepada Deustch Bank ?
Dan juga, kenapa Najib kemudiannya buat flip flop dan menyatakannya ia adalah satu kesilapan, dan dana itu sebenarnya dalam bentuk aset, begitu juga dengan Arul yang mengatakannya sebagai satu salah faham antara 1MDB dengan pegawai Kementerian Kewangan ?
Bagaimana pula dengan alasan konon dana itu lebih baik disimpan di luarnegara dalam bentuk matawang US Dollar kerana menguntungkan mengikut kadar tukaran wang asing ?
SEMUANYA KANTOI !!
Adakah Arul menipu dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah ?
Sekarang bila Bank Negara meminta dana itu dibawa pulang, 1MDB beri alasan sudah dibelanjakan dan bakinya dalam bentuk unit sudah direzabkan untuk Pelan Jual Aset bersama IPIC.
Sebenarnya wujud atau tidak dana itu ? Tak kiralah dalam bentuk apapun ?
Pada pandangan saya, Just Unit yang direzabkan untuk IPIC itu boleh saja ditukarkan kepada aset lain yang sama nilainya. Bukan bentuk apa aset itu yang penting ( samada tunai atau Just Unit atau tanah ) tapi nilainya.
Kalau 1MDB boleh gantikan dengan aset lain yang sama nilainya, maka Just Unit yang bernilai USD940 juta ( mengikut Minit Mesyuarat di atas ) atau USD1.103 bilion itu boleh dibawa pulang.
Satu Malaysia nak tengok apakebendanya Just Unit itu ! Jadi dengan cara ini, 1MDB boleh tunaikan perjanjian mereka dengan IPIC dan waktu sama, 1MDB juga boleh akur kepada perintah Bank Negara.
1MDB kan BANYAK ASET..... jadi saya tidak nampak sebarang masalah untuk digantikan Just Unit itu dengan aset lain yang sama nilainya.
Semua pendedahan sebegini yang mana akhirnya terbukti benar, hanya menguatkan persepsi negatif rakyat terhadap 1MDB.
Sudah2 lah cakap jawapan yang berbelit2. Rakyat hanya mahu tahu Kebenaran saja. Kenapa duk menipu, putar belit dan spin dalam penjelasan kepada rakyat ?
Macam komen yang terbaru dari Rahman Dahlan -
Mkini |
"Dari satu aspek, semua orang mahu 1MDB diselesaikan tetapi pada masa sama begitu banyak pihak mengkritik hampir setiap hari hingga menimbulkan kesukaran kepada 1MDB,"
"Dalam apa juga perniagaan, setiap syarikat memerlukan masa dan ruang untuk melakukan rasionalisasi.
"Anda perlu berikan 1MDB ruang untuk bernafas, ruang untuk bergerak, barulah kita boleh menyelesaikan isu ini," katanya.
"Jika semua orang mahu isu 1MDB diselesaikan, berilah masa. Lagi pun, perdana menteri telah meminta tempoh sehingga enam bulan,"
Ya, kita semua mahu masalah hutang 1MDB diselesaikan dengan baik sebab ia telah memalukan nama negara dipersada dunia ! Tapi itu bukan bermakna kita harus memaafkan mereka yang bertanggungjawab disebalik segala kemelut yang memalukan ini.
Menyelesaikan masalah 1MDB adalah dalam konteks ke depan. Apa yang kita mahu penjelasan adalah dalam konteks ke belakang, yakni mahu tahu apa sebenarnya yang telah berlaku dalam 1MDB sehingga terpaksa menyusahkan rakyat dan aset2 dijual semata2 mahu bayar hutang.
Makanya sekali lagi saya ingin sarankan agar 1MDB adakan satu perjumpaan terbuka bersama Tun Mahathir dan para pengkritik lain dalam satu sesi soal jawab agar semua pihak berpuashati dengan penjelasan 1MDB.
Hanya mereka yang banyak benda nak disorok saja yang takut untuk berdepan dengan rakyat.
No comments:
Post a Comment