ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday 11 October 2015

ENGGAN PATUH TITAH IBARAT ISYTIHAR PERANG.– Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar

ENGGAN PATUH TITAH IBARAT ISYTIHAR PERANG.– Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar
Published: 9 October 2015 12:31 PM
Majlis Raja-raja, menjunjung kasih, Daulat Tuanku.
Sebagai Muqadimmah, menjunjung kasih kepada Majlis Raja-raja atas titah perintah yang tegas beberapa hari yang lepas.
Sebenarnya kuasa Majlis Raja-raja tidak hilang begitu sahaja sekali pun dengan adanya Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa pada 1957 dan wujudnya Raja Berpelembagaan.
Suruhanjaya Reid mengambil maklum tentang kemungkinan salahguna kuasa Eksekutif, justeru mendraf Perlembagaan Persekutuan tanpa menghilangkan peranan Majlis Raja-raja, peranan Yang di-Pertuan Agong dan peranan Raja-raja Melayu.
Namun kemungkinan wujud pihak Eksekutif berterusan menyalahgunakan peluang bila berkuasa, yang mahukan rakyat percaya cuma Eksekutif berkuasa sepenuhnya dan mahukan rakyat tidak sedar yang kuasa memerintah Eksekutif diikat menerusi Majlis Raja-raja.
Awalnya, pihak British membahagikan pentadbiran Tanah Melayu kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu dan Negeri Negeri Selat.
Namun pada 1 April, 1946, British menubuhkan Malayan Union di King’s House yang sekarang dikenali sebagai Carcosa Seri Negara, dan akhirnya atas tekanan Raja-raja Melayu, secara terbuka bersama rakyat dan penduduk Tanah Melayu, pada 1948, Malayan Union dibubarkan.
Pada 31 Januari, 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan pihak British.
Pihak British sedar penentangan rakyat terhadap Malayan Union bermaksud niat British untuk menghilangkan keseluruhan kuasa Raja tidak akan tercapai, jadi British selepas itu ingin memastikan hasil bumi Tanah Melayu berterusan dapat dimanafaat mereka walaupun selepas merdeka, justeru itulah objektif utama British dalam merangka Perlembagaan Persekutuan.
Selain British terpaksa menghormati kedudukan Raja-raja Melayu yang diiktiraf di dalam deraf Perlembagaan Persekutuan Suruhanjaya Reid menerusi artikel atau fasal mengenai Majlis Raja-raja, British juga terpaksa akui kuasa setiap negeri menerusi hal tanah dan agama adalah tertakluk kepada Raja dan Sultan di negeri masing masing.
Untuk membuatkan pihak Eksekutif percaya yang mereka berkuasa sepenuhnya, Perlembagaan Persekutuan diderafkan, menampakkan seolah-olah fungsi Yang di-Pertuan Agong adalah berbentuk ceremonial sahaja, namun pihak British sebagai contoh, terpaksa memasukkan ayat seperti "pada hemat Baginda" mendapat sokongan majoriti ahli Dewan untuk melantik perdana menteri.
Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai kebebasan untuk membuat penilaian dan keputusan dengan wujudnya frasa, ‘pada hemat Baginda’.
Manakala kumpulan Raja-raja Melayu diketahui pihak British akan menjadi kuat bila bergabung bersama, justeru pihak British terpaksa mengakui kuasa kumpulan Raja-raja Melayu, oleh itu mewujudkan artikel atau fasal mengenai peranan Majlis Raja-raja di dalam deraf Perlembagaan Persekutuan Suruhanjaya Reid.
Sekiranya pihak Eksekutif berasa tidak senang dengan Yang di-Pertuan Agong, pihak Eksekutif tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana Yang di-Pertuan Agong dilantik Majlis Raja-raja.
Jadi tiada mana-mana badan mempunyai kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan baik Eksekutif, Legislatif atau Kehakiman.
Peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja jelas amat penting untuk mengimbangi kuasa Eksekutif dan memastikan sebarang tindakan eksekutif yang pada hemat Majlis Raja-raja menerusi Yang di-Pertuan Agong yang dilantik Majlis Raja-raja akan dinilai samada berterusan mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat atau tidak.
Pindaan Perlembagaan yang mengambil sedikit kuasa Raja-raja Melayu semasa krisis Perlembagaan tidak langsung menjejaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja untuk tetap terus mengimbangi kuasa Eksekutif.
Disebabkan itu juga lafaz sumpah menjadi perdana menteri dan menteri-menteri Persekutuan adalah lafaz sumpah yang amat berat seperti yang kita bincangkan sebelum ini, di mana jika gagal berlaku jujur kepada Yang di-Pertuan Agong, para Eksekutif melanggar sumpah pelantikan jawatan.
Begitu juga dengan pelantikan jawatan penting negara seperti Peguam Negara, umpamanya jika dilakukan dengan tipu helah para Eksekutif, maka pelantikan berkenaan tidak sah dan terbatal, malah boleh dianggap tidak berlaku jujur kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
Apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan menteri-menteri Persekutuan bagi melindungi perbuatan yang syak jenayah, atau enggan mematuhi titah perintah Majlis Raja-raja, bukan sahaja membawa kepada pendakwaan subahat melindungi penjenayah, malah berlaku tidak jujur dalam sumpah pelantikan jawatan mereka yang mereka buat di Istana Negara ketika menerima pelantikan.
Sekalipun tindakan mengembalikan kertas siasatan oleh Pejabat Peguam Negara perkara biasa untuk siasatan lanjut, namun ia luarbiasa dengan kenyataan susulan Pejabat Peguam Negara yang mereka tetap keputusan asal tiada pendakwaan kerana tiada kesalahan dilakukan.
Jika benar demikian, eloklah dilepaskan semua penjenayah lain samada yang dalam proses tuduhan ataupun didakwa, mahupun yang dipenjarakan, kerana umpamanya jika perompak menembak mati pegawai bank untuk merompak RM200,000, ia kesalahan amat kecil jika dibandingkan dengan amaun sekurang-kurangnya USD700,000 dan juga USD300,000 yang dimasukkan ke akaun peribadi seorang kenamaan negara.
Alhamdullillah, nilai ringgit naik sedikit selepas titah perintah Majlis Raja-raja dikeluarkan beberapa hari lepas, namun selepas tindakan terkini Eksekutif dan Pejabat Peguam Negara, tidak mustahil akan turun semula secara berterusan.
Tekanan terbuka Majlis Raja-raja terhadap isu semasa negara ketika ini boleh diibaratkan sama dengan tekanan terbuka Raja-raja kepada kerajaan British ketika penentangan rakyat terhadap Malayan Union dahulu.
Jika diimbas kembali negara kita pernah memenjarakan seorang Ketua Polis Negara beberapa tahun lepas dan tidak mustahil jika tiada tindakan pembetulan, Peguam Negara pula yang akan merasa pengalaman ini atas dakwaan bersubahat melindungi penjenayah dan jenayah.
Undang-undang imuniti yang melindungi penjawat awam tidak boleh terpakai jika terbukti wujudnya niat jenayah disusuli dengan perbuatan (mens ria/actus reus).
Akhir sekali, amat penting disebutkan di sini, di bawah Akta Penggubahan Wang Haram iaitu AMLATFAPUAA 2001 yang berkuatkuasa di negara kita, tiada sebarang bukti diperlukan, cuma ‘mere suspicion’ semata-mata, memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk bertindak, apatah lagi dengan mempunyai segala bukti, tentulah ianya sepatutnya berakhir dengan pendakwaan, bukannya seperti yang dilaporkan ianya dibakul sampahkan.
Seterusnya, keengganan mematuhi titah perintah Majlis Raja-raja boleh diibaratkan mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan juga Raja-Raja/Sultan-Sultan sebagai Ketua Negeri masing-masing yang merupakan kesalahan jenayah ‘treason’ di bawah Kanun Kesiksaan, bagi yang lupa yang perdana menteri di bawah Perlembagaan Persekutuan cuma ketua kerajaan persekutuan dan menteri besar juga cuma ketua kerajaan negeri yang menerima pelantikan masing-masing atas hemat Raja-raja Melayu mereka mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan.
Wallahualam. – 9 Oktober, 2015.

1 comment:

  1. BILA PULAK KERAJAAN LANCAR PERANG NIH?PROSES SIASATAN MASIH BERJALAN.APA MASALAHNYA?FAHAMI BETUL2 APA YANG MAJLIS RAJA2 HENDAK.MEREKA HENDAK ISU 1MDB DISELESAIKAN BERSAMA2 AGAR KEADAAN MENJADI SEDIA KALA.MAKSUDNYA SAMA2LAH MENYELESAIKANNYA.MASALAHNYA DALAM PROSES KERAJAAN MENYELESAIKANNYA ADA PULAK PIHAK YANG SABAN HARI BUAT PERSEPSI MELAMPAU,SERANG HARI-HARI DENGAN FITNAH DAN ANDAIAN.BILA NAK SELESAI?INI YANG DIBIMBANGI OLEH MAJLIS RAJA2 DENGAN GOLONGAN PARASIT NI!!!KALAU BERANI JANGAN SEKAT ULASAN AKU NI!

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...