Khairuddin DiSOSMAkan - Tang Mana Tindakan Beliau Itu Mengancam Keselamatan Negara ?
Thursday, September 24, 20157comments
Petang tadi ada keluar TV pegawai polis kata Khairuddin akan ditahan sepenuhnya selama 28 hari di bawah SOSMA. Media sosial hari ini pula banyak yang melaporkan orangramai bertanyakan kewajaran tindakan penahanan itu dengan persoalan utamanya adalah Bagaimana tindakan Khairuddin itu boleh dianggap sebagai mendatangkan ancaman kepada negara ?
Seperti artikel sebelum ini ( KLiK ), tang mana yang dikatakan membuat repot ke atas 1MDB itu waima di luarnegara sekalipun, boleh mengancam keselamatan negara ?
Tak masuk akal langsung !
1MDB kan tidak ada masalah ... ?
Jika tuduhan bersandarkan wujudnya dokumen palsu oleh Khairuddin, takkan untuk mendapatkan bukti atau pengesahan akan dakwaan itu memerlukan 28 hari ?
Kalau pun dokumen yang diserah itu palsu, bukankah tujuan ia diserah kepada pihak luar itu supaya siasatan dilakukan ? Mereka akan siasat dan jika benar dokumen itu palsu, dengan sendiri kepalsuan itu akan terbongkar.
Pihak berkuasa luarnegara itu bukannya bodoh untuk menerima begitu saja bahan bukti yang diserahkan ! Silap2 Khairuddin pula akan mereka dakwa atas dakwaan cubaan menipu.
Khairuddin bukannya menyerah dokumen kepada pihak media luar tapi kepada badan kerajaan yang mempunyai integriti dan tahap professionalisma yang tinggi.
Dan laporan Khairuddin pula berkaitan dengan transaksi atau aset yang ada melibatkan dan berlaku di negara tersebut. Contoh, bukannya Khairuddin minta pihak berkuasaa Switzerland menyiasat pembelian IPP di Malaysia atau minta pihak berkuasa HongKong menyiasat penjualan tanah TRX.
Khairuddin bukan bertemu media tapi dia bertemu pihak berkuasa negara2 tersebut. Dan setiap negara itu juga punya undang2 perdagangan mereka sendiri, bukan boleh sebarangan siasat atau mendedahkan sebarang maklumat rahsia syarikat.
Jadi rakyat tertanya2 ..... tang mana yang dikatakan mengancam keselamatan negara atau sabotaj negara ?
Adakah 1MDB terlibat dalam aktiviti haram di luar negara ? Tidak mungkin .....
Apakah tindakan yang sama juga boleh dikenakan kepada sesiapa yang membuat tindakan sama terhadap syarikat2 gergasi milik kerajaan yang lain contohnya seperti Petronas yang punya banyak aktiviti di luar negara.
Atau ia khas untuk kes yang melibatkan 1MDB saja ?
Diharap pihak Polis dapat memberikan sedikit maklumat untuk menjustifikasikan tindakan Khairuddin untuk ditahan di bawah SOSMA. Ini bagi mengelakkan persepsi negatif di kalangan rakyat ..... rakyat boleh terima sekiranya tindakan itu punya asas yang kuat.
No comments:
Post a Comment